Isu powerbank meletup bukan sesuatu yang baru di seluruh negara. Beberapa rekod kematian telah dicatat disebabkan letupan oleh powerbank ini. Baru-baru ini juga terdapat kes power bank meletup di dalam kereta, ketika mengecas di rumah dan ada juga kes berlaku di dalam pesawat.
Ya, baru-baru ini sebuah pesawat AirAsia yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong pada 25 Disember 2019 lalu terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Tan Son Nhat di Vietnam akibat letupan daripada powerbank.
Powerbank kepunyaan salah seorang penumpang pesawat terbabit meletup ketika beliau sedang mengecas telefon bimbitnya. Kejadian tersebut menyebabkan penumpang terbabit mengalami kecederaan pada tangan kiri dan paha. Setelah disiasat, pihak berkuasa mendapati powerbank yang digunakan oleh mangsa merupakan powerbank yang tidak mempunyai jenama.
Takut dengar kan? Ini ada tip dan perkongsian yang sangat berguna daripada saudari Siti Nur Syuhaidah untuk anda yang jika penumpang ingin membawa powerbank menaiki pesawat bersama.
Baru-baru ini aku dikejutkan dengan berita sahabat travel aku di tahan di lapangan terbang Bandung atas kesalahan membawa ‘powerbank’ berkuasa melebihi 20000mAh. Wah! Satu benda baru jika ditahan disebabkan powerbank. Yelah mana tak nya, powerbank adalah satu benda yang wajib bagi para traveller kan? Tengah syok-syok ambil gambar sekali bateri dah kong, mana hala pula lah nak pergi cari “plug point” untuk caj kamera/telefon bimbit kan. Jadi, “powerbank” lah yang menjadi penyelamat keadaan.
Namun sekatan membawa masuk benda berkaitan bateri “lithium” ini bukan satu benda yang baru.
Larangan untuk membawa peralatan berasaskan bateri lithium telah di kuatkuasa kan di peringkat antarabangsa oleh IATA – International Air Transport Association dan syarikat penerbangan di Malaysia (MAS, Airasia, Firefly dan sebagainya) sudah pasti mengikuti peraturan tersebut.
Malah baru-baru ini juga syarikat gajet terkemuka Apple.Inc ada mengeluarkan kenyataan penarikan sebilangan kecil produk Macbook Pro 15” yang terjual dalam tempoh September 2015 hingga Februari 2017.
Unit tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin pesawat kerana dikhuatiri bateri lithium komputer riba tersebut mudah terdedah kepada “over-heating” dan boleh menyebabkan letupan dan kebakaran kecil.
Jadi, beberapa “instant announcement” telah dibuat oleh syarikat penerbangan Malaysia berkenaan dengan insiden tersebut.
.
Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines, Airasia, Malindo Air dan Firefly menetapkan jika komputer riba anda Macbook Pro 15” adalah di bawah senarai penarikan, anda tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk unit tersebut kedalam kabin pesawat atau daftar masuk-bagasi. Tetapi para penumpang boleh menyediakan dokumen rasmi atau resit yang menyatakan bahawa unit anda telah pun di tukar ganti bateri nya supaya dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam kabin pesawat.
Namun, pasti nya anda tertanya-tanya, adakah semua barangan berasaskan bateri lithium tidak boleh di bawa naik? Tetapi smartphone juga mempunyai bateri ? Adakah bermaksud kita tak boleh bawa telefon bimbit bersama? Susah lah nanti kan..
Jangan bimbang… Ada beberapa syarat-syarat yang telah di tetapkan untuk para penumpang semua..Anda masih boleh bawa Power Bank dalam kapal terbang bersama dengan gajet-gajet anda yang lain, tetapi terhad dengan peraturan seperti di bawah.
powerbank (2).
Ini adalah info yang di dapati dari pihak IATA.
1. Anda perlu dapatkan info berapakah Watt Per Hour (Wh) bateri gajet anda.Biasa nya smartphone mempunyai kadar Wh yang rendah.
2. Cuma jika anda ada gajet-gajet yang bersaiz besar seperti power bank, laptop, dan lain-lain, sila dapatkan info bateri anda dari pengeluar anda. Ini bagi memudahkan anda untuk membuat tindakan lanjut jika kadar Wh nya tidak menepati syarat-syarat IATA.
3. Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = < 100 Wh (2g) – Jika bateri anda di bawah kadar 100Wh, anda boleh membawa gajet (built in battery) tersebut bersama-sama anda . Jika gajet anda dari jenis bateri boleh tanggal, anda juga boleh bawa seberapa banyak pun,tetapi ia tidak boleh di simpan di dalam beg di bahagian kargo.
Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = > 100 Wh ~ <160Wh – Anda boleh membawa gajet (jenis built in battery) ini bersama-sama dengan anda sama ada beg di ruangan penumpang ataupun kargo.
4. Untuk gajet dari jenis bateri boleh tanggal, anda hanya di benarkan 2 unit bateri sahaja di dalam beg anda dan tidak di benarkan di simpan di dalam ruangan kargo.
Watt Hour (Wh) / (Kandungan Lithium) = >160 Wh – Anda perlu memberitahu petugas di kaunter yang anda membawa peralatan yang mempunyai bateri yang besar dan melebihi 160 Wh. Petugas akan membantu untuk tindakan selanjutnya.
Untuk anda yang mempunyai Power Bank Pineng, anda masih boleh bawa power bank dalam pakal terbang tanpa sebarang masalah. Berikut adalah kadar Wh untuk power bank Pineng anda:-
Apa-apa pun, sentiasa pastikan gajet anda bukan dari barangan palsu atau tidak sah bagi memastikan kualiti dan jaminan keselamatan. Sentiasa patuhi arahan keselamatan petugas pesawat bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 30000 kaki atas langit weh. Kalau apa-apa jadi siapa tak kecut perut kenn!