Tak Susah Cari Makanan Halal, Dapat Rasa Pelbagai Jenis Kopi. Wanita Kongsi Tip & Kos Ke Pulau Dewata, Bali!

Share

Pulau Bali atau turut dikenali sebagai Pulau Dewata sering menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, bercuti ke sini juga memberi peluang para pelancong mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat Bali yang rata-ratanya beragama Hindu.

Asyrafiah Sabri berkongsi dengan pembaca di Grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) tentang kunjungannya ke pulau yang terletak di Indonesia itu. Percutian selama 5 hari 4 malam itu memberi peluang kepada wanita ini untuk menyaksikan sendiri pertunjukan tarian yang popular di sana seperti Barong Dance dan bergambar di Paluang Cliff dan juga Kelingking Beach.

Memang tak sah kalau ke Bali tak shopping. Banyak juga barangan yang murah dan tiada di negara kita untuk anda dapatkan. Bali juga turut terkenal dengan aneka pilihan kopi pelbagai perisa termasuklah kopi luwak.

Tak lepaskan peluang untuk merasa semua itu ketika berada di sana, wanita ini juga turut berkongsi tip shopping di pulau tersebut.

Ikuti perkongsiannya!

TOTAL KOS TRIP BALI 5H4M

Baru berkesempatan nak kongsi, berapa total kos bercuti ke Bali haritu.

  1. Flight return by Malindo: KUL DPS KUL RM1,160. saya beli 2 bulan sebelum fly.

Asalnya kalau beli 3 bulan sebelum, harga return boleh dapat RM800 tapi sebab isu partner travel ghosting kan mesej dan tunggu dia, akhirnya delay beli tiket dan harga pun naik.

Please eh, jangan buat orang macam tu. Tak boleh ke mana pun dalam hidup kalau ada attitude macam tu.

2. Ground trip : RM 1,071.

Pakej ni termasuk transport, hotel selama 5 hari 4 malam berserta sarapan, entrance fees kebanyakan tempat tarikan, makan 3 kali sehari halal food (breakfast hotel, lunch, dinner).

Waktu sampai dan hari balik ke Malaysia je makan sendiri tapi tak mahal kos makan kat sana. Dan tak susah cari makanan halal.

3, Travel insurans, RM45.

4, Additional payment kat sana,

Tengok persembahan Barong Dance, IDR 150,000 (RM43.00)

Entrance fees ke Paluang Cliff, IDR 30,000 (RM8.50)

Entrance fees ke Klingking Beach, IDR5,000 (RM1.50)

Entrance fees ke Paluang Cliff dan Klingking Beach tu kena bayar untuk spot bergambar.

Saya suggest, bayarlah. Sebab pemandangan kat situlah yang orang selalu highlights kan bila sebut “Bali”.

5. Shopping

Part ni adalah part sensitif Tak boleh nak bagitau berapa habis pada shopping sebab Asyrafiah dan shopping berpisah tiada.

Cuma saya ada share tempat-tempat best dan tip untuk shopping di Bali

TIPS SHOPPING DI BALI.

BETTER GUNA KAD @ CASH UNTUK BERBELANJA?

Penggunaan kad ni antara benda yang saya nak tahu dan ambil tahu sebab taknak bawa cash banyak-banyak.

Saya pulak jenis kalau dah masuk tempat shopping, macam hilang pedoman sikit, tapi yelah saya kalau shopping memang banyak. Family ramai (alasan )

Ada tempat yang boleh bayar guna kad tapi biasanya bersyarat lah. Contohnya shopping di Krisna. Bayaran guna kad debit minimum perbelanjaan IDR50,000 (RM15+-) Kalau kredit kad, kena spend minimum IDR100,000 (RM30+-)

Saya guna jugak kad bila pergi Mini Mart (macam Speedmart kita). Minimum spend IDR50,000 baru boleh guna kad.

Dekat tempat kopi luwak, boleh guna kad, tak ada minimum pembelian. Tapi ada cas 2% gitu.

Sediakan je cash sebab haritu nak bayar barang kat IndoMaret (macam Speedmart tu) ada yang tak boleh bayar guna kad. Oh ye, kad tu saya guna BigPay.

Dan macam masuk toilet kat area pantai-pantai tu, off course lah kena guna cash.

TEMPAT SHOPPING DI BALI

Bali ni dia takde lah kain lace murah-murah ke apa. Dia more to silver jewellery dan juga jajan-jajan berasaskan pisang.

Kebanyakannya orang nak beli ole-ole akan ke Krisna. Sana lengkap semua ada. Harga pun not bad.

Tapi Krisna ni ada 3 cawangan. Cawangan paling saya suka, Krisna Sunset Road sebab ada banyak pilihan baju yang ada tulisan Bali tu boleh jadikan hadiah untuk family.

So saya share tempat-tempat best untuk shopping:

[ KRISNA ] ; T-shirt, keychain, beg, pie susu, pie pisang.

[ UC SILVER ] ; ada jual macam-macam jenis silver jewellery. Kalau tak dan nak ke situ, dekat Krisna pun ada.

[ BALI BANANA ] ; Banana Kek, kerepek dan pie yang diinovasi dari pisang, nangka dll.

[ ALAS BALI PLANTATION ] ; Macam-macam jenis flavour kopi dan teh yang ada dijual. Kopi luwak dan kopi Bali adalah top choice.

Gambar kat bawah ni masa saya kat Alas Bali Plantation. Lepas di tunjuk cara penghasilan coffee handmade, mereka bagi rasa semua jenis kopi dan teh yang ada.

Seronok hah boleh rasa dulu sebelum decide nak beli kopi atau teh yang mana. Saya beli durian coffee & avocado coffee sugar free. Lembut je rasa kopi dia.

Nak beli kopi yang ada gula pun, ada dijual. Harga teh dan kopi yang ada gula lebih murah dari yang sugar free. But I stand with my non-sugar coffee lah off-course.

Overall saya rasa harganya okaylah sebab saya memang malas nak plan sendiri ke mana ke mana bila kat Bali. Baru habis dari kesibukan kerja kan.

Cari ground pakej yang all in, settle.

Oh ya, ni nombor Pak Supir, +62 813-5148-5758

Nama FB beliau, https://www.facebook.com/agoes.sayid?mibextid=ZbWKwL

Bolehla contact beliau kalau nak ke Bali. Driver muslim dan suka dengar dia cerita tentang the real of Indonesia.

Kredit: Asyrafiah Sabri

 

 

Oleh
SAHR