Tak Sangka Terengganu Ada Lokasi Seakan ‘Amazon’ Terletak Di Kuala Berang!

Share

Kehijauan alam semula jadi, kejernihan sungai yang mengalir serta kedinginan udara segar pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk menikmati suasana percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kota.

Keindahan berlatarkan hutan menghijau sekali gus menyingkap realiti khazanah yang masih terpelihara di negeri Terengganu. Keadaan ini semestinya memberikan inspirasi buat pemuja alam semula jadi. Tular di beberapa laman sosial utama negeri Terengganu, dek keunikan lokasi pelancongan baru di Kuala Berang dikenali sebagai ‘Amazon Terengganu’

Nak tahu apa yang menarik? Ini perkongsian daripada portal Amazing Terengganu

Tak Percaya Terengganu Ada Hutan Amazon? Ye! Ada di Kuala Berang! Pokok-pokok rendang di kiri kanan sungai. Redup dan mendamaikan. Memang instagram-worthy kata orang.

  • Nak datang sini kena cuba aktiviti berkayak dulu. Lagi menarik berkayak di tengah sungai. Kiri kanan ada pokok rendang memayungi kayak. Redup je bila berkayak kat sini.
  • Sambil-sambil berkayak boleh tengok banyak hidupan liar di kiri kanan sungai macam burung helang, burung enggang, monyet, lutong dan kerbau. Memang mendamaikan jiwa.
  • Yang tak biasa berkayak jangan risau, ada local guide akan follow korang berkayak dari mula sampai habis. Life jacket pun kami sediakan.
  • Tempoh masa untuk aktiviti menyusuri ‘Amazon Terengganu’ ini adalah 3 jam berkayak yang penuh dengan ketenangan dan kecantikan.

Ada untuk pakej ditawarkan untuk berkayak di Little Amazon of Terengganu. Harga lebih kurang RM129 seorang. Ia termasuk sewaan kayak, life jacket & paddle, bayaran guide dan domestic transfer.

Jom cuti-cuti Terengganu.

 

Oleh
Admin