Kehijauan alam semula jadi, kejernihan sungai yang mengalir serta kedinginan udara segar pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk menikmati suasana percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kota.
Keindahan berlatarkan hutan menghijau sekali gus menyingkap realiti khazanah yang masih terpelihara di negeri Terengganu. Keadaan ini semestinya memberikan inspirasi buat pemuja alam semula jadi. Tular di beberapa laman sosial utama negeri Terengganu, dek keunikan lokasi pelancongan baru di Kuala Berang dikenali sebagai ‘Amazon Terengganu’
Nak tahu apa yang menarik? Ini perkongsian daripada portal Amazing Terengganu
Ads
Tak Percaya Terengganu Ada Hutan Amazon? Ye! Ada di Kuala Berang! Pokok-pokok rendang di kiri kanan sungai. Redup dan mendamaikan. Memang instagram-worthy kata orang.
Nak datang sini kena cuba aktiviti berkayak dulu. Lagi menarik berkayak di tengah sungai. Kiri kanan ada pokok rendang memayungi kayak. Redup je bila berkayak kat sini.
Sambil-sambil berkayak boleh tengok banyak hidupan liar di kiri kanan sungai macam burung helang, burung enggang, monyet, lutong dan kerbau. Memang mendamaikan jiwa.
Yang tak biasa berkayak jangan risau, ada local guide akan follow korang berkayak dari mula sampai habis. Life jacket pun kami sediakan.
Tempoh masa untuk aktiviti menyusuri ‘Amazon Terengganu’ ini adalah 3 jam berkayak yang penuh dengan ketenangan dan kecantikan.
Ads
Ada untuk pakej ditawarkan untuk berkayak di Little Amazon of Terengganu. Harga lebih kurang RM129 seorang. Ia termasuk sewaan kayak, life jacket & paddle, bayaran guide dan domestic transfer.
Ads
Jom cuti-cuti Terengganu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika ini kerajaan Malaysia sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan buat warganegara atau bukan warganegara bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Tindakan ini diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang berkemungkinan meragut ramai nyawa rakyat negara ini. Oleh sebab itu orang ramai yang berada di negara ini diseru agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit COVID-19. Sebarang ‘perjalanan’ untuk melancong, bercuti atau bersiar-siar di dalam negara mahupun luar negara tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh tersebut.
Bagi mereka yang gemar ‘berjalan-jalan’ atau melakukan aktiviti perkhemahan di luar, perintah ini mungkin agak sukar untuk dilakukan. Namun sebagai individu yang ‘tidak pentingkan diri sendiri’ mereka semestinya patuh kepada arahan tersebut.
Sungguh pun begitu, aktiviti kesukaan anda seperti camping tidak harus dilupakan meski pun perlu berada di kediaman masing-masing. Melalui perkongsiaan di group Facebook seperti Family Camping Malaysia dan H&n Campsite, pasti ramai tersenyum melihat foto yang dikongsikan rakyat Malaysia yang begitu kreatif ini. Masih boleh ‘bercamping’ walaupun hanya di kawasan kediaman sendiri. Cayalah! Anak-anak mesti tak bosan.
Nah! Ini mungkin boleh dijadikan idea buat anda untuk menghilangkan bosan ketika di rumah dalam tempoh ini. Walau bagaimanapun pastikan ‘sesi perkhemahan’ anda di rumah masih mengikuti prosedur yang dibenarkan untuk mencegah COVID-19 seperti tidak ‘berkumpul’ atau lakukan gathering dalam jumlah yang besar. Jaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan jarak diri sejauh 1 meter sekiranya bergejala. Jangan lupa tutup mulut dan hidung anda dengan tisu jika anda batuk atau selsema.
Ramai yang suka masuk Hatyai untuk bercuti dan merasa makanan viral di sana, jadi memang tak pelik kenapa di sana cukup meriah dengan orang Malaysia.
Malahan jarak yang dekat membolehkan rakyat negara ini berkunjung ke sana dengan menggunakan pengangkutan darat sahaja.
Masuk Hatyai Dengan Kereta
Selain kereta api, bas serta van pelancongan, ramai juga dalam kalangan kita yang memilih untuk ke sana dengan kenderaan sendiri.
Insurans
Namun, anda haruslah mendapatkan insurans kenderaan sebelum memasuki sempadan Thailand.
Urusan untuk membeli insurans kenderaan boleh dibuat secara dalam talian, contohnya menerusi laman sesawang www.gothai.my.
Anda boleh menghubungi ejen insuran melalui WhatsApp dan mereka akan meminta maklumat seperti salinan geran kenderaan dan pasport pemandu serta semua penumpang.
Mereka juga akan meminta maklumat mengenai model dan warna kenderaan, jumlah pelancong, tarikh masuk dan keluar serta pintu masuk (border gate).
Pihak ejen akan membantu anda untuk mengisi borang dan insurans boleh diambil sebelum memasuki sempadan.
Urusan mengambil insurans boleh dibuat secara pandu lalu sahaja.
Namun, periksa dahulu semua dokumen yang diberikan sebelum anda meneruskan perjalanan.
Jangan lupa isi minyak kenderaan sehingga penuh sebelum masuk ke Thailand kerana harga minyak di sana lebih mahal berbanding Malaysia.
Selepas itu, anda akan melalui pemeriksaan kastam dan imigresen.
Saman
Dalam pada itu, akaun TikTok PaiThai.my turut berkongsi empat tip agar anda tidak disaman ketika memandu di Thailand.
1. Jangan letak kereta pada kiri dan kanan jalan yang ada garisan merah putih.
2. Jangan letak kereta secara lawan arus.
3. Pandu kereta mengikut had laju kawasan.
4. Ikut sistem yang ditetapkan sama ada parking hari genap atau ganjil.
Bajet Kasar Masuk Hatyai
Ini sedikit bajet yang dikongsi oleh saudara Mohd Yusrin sewaku masuk ke Hatyai dengan kereta baru-baru ini, mungkin anda boleh sediakan awal-awal sebelum berniat ke sana.
Minyak – RM300
Hotel – RM1097
Insuran – RM43
Borang tm6 – RM16
Simkad – RM25
Menurutnya, ini tidak termasuk makan dan shopping sewaktu ke sana. Moga bermanfaat buat anda yang ada pla nak masuk Hatyai dengan kereta.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekarang semakin ramai golongan belia yang mula melibatkan diri dengan aktiviti outdoor seperti mendaki. Mendaki ni umum, jadi tak kira naik gunung atau bukit, itu semua dikira mendaki.
Untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, jangan risau. Artikel ini akan kongsikan basic 101 apa yang perlu kita lakukan untuk pergi mendaki.
Rancang Pengembaraan Anda Dengan Teliti
1. Bila nak pergi dan berapa lama? Ini persoalan pertama yang kita perlu tahu supaya senang nak rancang durasi trip. Dalam masa yang sama, mudah untuk mohon tarikh cuti dan sebagainya.
2. Berapa ramai nak pergi? group atau solo? Sebaiknya, untuk pendaki yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, jangan pergi berseorangan. Lebih baik pergi berkumpulan. Sekiranya ada apa-apa yang terjadi, kita tak bersendirian.
3.Kenalpasti kapasiti diri. Tahu kemampuan diri kita. Kalau rasa fizikal kita tak mampu, jangan seksa fizikal dengan mendaki bukit atau gunung yang tinggi. Takut nanti berlaku kecederaan.
4. Pilih lokasi sebaiknya. Ada sesetengah hutan lipur menyediakan fasiliti kepada para pengunjung manakala ada sesetengah yang lain tidak. Jadi, pastikan kita tahu serba sedikit maklumat tentang tempat tujuan kita.
5. Maklumkan kepada waris. Ini paling penting. Jangan pergi semberono je. Maklumkan kepada kenalan rapat akan ketiadaan kita. Kalau boleh, maklumkan juga keberadaan kita di balai polis berhampiran dengan lokasi. Jangan risau, polis tak akan tangkap punya.
Persiapkan Diri Sebaiknya
1. Nak pakai kasut apa? Mesti la kena pakai kasut hiking. Kasut hiking ni ada dua jenis; satu kasut biasa dan satu lagi but. Bergantung kepada keselesaan kita. Kalau rasa nak lebih protection, pakai but kerana ia akan beri perlindungan kepada buku lali.
2. Nak pakai stokin yang macam mana? Cari stokin yang lightweight. Sekarang dah ada jenis stokin yang cepat kering dan anti bakteria. Jadi tak adalah stokin tu berbau busuk.
3. Baju apa yang sesuai? Semestinya baju dri-fit sebab kain baju jenis ini sejuk dan cepat kering bila berpeluh. Nak pakai jenis baju lain pun boleh tak ada larangan, cuma pastikan pengudaraan baju tu bagus dengan aktiviti mendaki kita.
4. Seluar panjang atau seluar pendek? Secara peribadi, Libur lebih suka seluar panjang kerana hutan di Malaysia ini hutan hujan tropika. Hutan tebal dengan pelbagai jenis pokok seperti pokok rotan yang berduri, menutupi hampir keseluruhan lantai hutan. Melainkan kalau kita hiking ke hutan alpine yang mana pokoknya renek, tak ada masalah. Tak adalah bercalar-balar kaki kalau terkena duri atau dahan pokok.
5. Perlu ke pakai topi? Bergantung kepada cuaca. Kalau hujan atau panas, seeloknya pakai. Tapi kalau cuaca redup, tak pakai tak menjadi masalah. Boleh juga pakai topi sebagai aksesori pakaian mendaki.
6. Perlu pakai jaket? Perlu, kalau kita mendaki ke tempat tinggi yang sejuk atau kita akan bermalam di camp site berketinggian lebih 800 meter dari aras laut. Jangan tak bawa! Percayalah, anda akan menyesal.
Peralatan-peralatan yang perlu dibawa
1. Apa jenis backpack yang sesuai? Backpack ada banyak jenis mengikut isipadu dan sistem galasan beg. Kalau trip daypack, cukup kalau kita bawak backpack 15 liter ke bawah. Tapi kalau bermalam sehari dua, persiapkan diri kita dengan backpack 45-70 liter.
2. Air. air sangat penting dan jangan sesekali kita hike tanpa bawa barang sebotol air pun. Ini untuk mengelakkan diri kita daripada dehydration akibat mendaki. Bawa dalam 1.5 liter air setiap seorang. Jangan minum banyak semasa mendaki, itu akan membuatkan kita menjadi cepat penat. Minum seteguk sewaktu berhenti rehat di checkpoint sudah memadai. Minum untuk elak dehydration, bukan untuk hilangkan dahaga.
3. Bawa first aid. Ini sangat penting. Ramai Libur perhatikan bila mendaki atau masuk hutan, benda basic macam ini selalu diabaikan pendaki-pendaki baru. Kalau sakit pening, mana nak cari ubat? Takkan nak kemam kulit pokok dan akar kayu? So, Libur tegaskan di sini, ubat-ubatan persendirian wajib dibawa!
4. Bawa pisau lipat. Tak perlu pisau komando. Cukup satu pisau lipat yang kecil sekiranya ada apa-apa yang hendak kita potong nanti. Tapi jangan potong pokok ya! Sayangilah alam sekitar kita.
5. Last but not least, bawa makanan secukupnya. Satu trick Libur ajar, siapkan satu set makanan untuk satu malam sekiranya kita hiking daypack. Sebabnya, malang tak berbau. Ada kawan-kawan yang hiking daypack pun kadang-kadang tersesat dalam hutan. So, set makanan yang kita bawa tu adalah untuk emergency. Jangan makan makanan tu sehingga habis trip kecuali kalau kita berada dalam keadaan kecemasan.
So, ini tips yang dapat Libur kongsikan. Kalau nak lebih lagi, selalulah berdampingan dengan otai-otai outdoor yang ada diluar sana. Sesungguhnya, ilmu mereka lebih banyak lagi.
Selamat mendaki!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...