Tak Sangka Perlis Kini Jadi Port Hujung Minggu Paling Epik. Gadis Pengembara Ini Senaraikan 8 Fakta Menarik!

Share

Perlis adalah negeri paling kecil di Semenanjung Malaysia. Ramai yang tidak tahu walaupun berkeluasan kecil dan terletak paling hujung di utara Semenanjung, tetapi rupanya Perlis adalah sebuah negari yang sangat epik.

Dalam satu perkongsian oleh seorang pengembara Aisha Preece di laman sosial Facebooknya, dia menyenaraikan 8 fakta menarik tentang Perlis sepanjang percutian hujung minggunya di Perlis yang disifatkan sebagai hujung minggu paling epik.

Malah Aisha juga turut berterima kasih kepada mereka yang terbabit dengan percutian ini sebagai satu perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Percutian hujung minggu paling epik.
Bersama teman-teman.

Dia turut memberitahu bagi yang mencari pengembaraan luar paling epik, makanan, budaya, sejarah dan keramahan dan kemesraan penduduknya yang begitu menghargai kedatangan menyambut pelancong, #perlis adalah tempat yang sesuai!

Aisha yang berasal dari Barcelona, Sepanyol ini juga turut berjanji akan datang lagi ke Perlis satu hari nanti.

Berjanji akan datang lagi.

Ini antara fakta menarik yang ditemui sepanjang berada di Perlis Indera Kayangan.

1- Anda boleh menaiki bot ke #langkawi dan memandu ke Thailand dalam masa 30 minit dari Perlis.

2- Mempunyai salah satu tempat untuk rock climbing terbaik di dunia.

Menerokai keindahan gua.

3- Makanannya sangat sedap dan murah, juga hidangan makanan laut yang segar!

4- Mempunyai National Park di mana anda boleh berkhemah, mendaki dan juga berenang di sini.

Antara hidangan disediakan.
Makanan sedap dan murah.

5- Anda juga boleh mendengar live music atau melihat cool artwork atau tempat lepak santai di Kangar Street.

Cool artwork di sini.
Mendengar live music.
Tak lepaskan peluang bergambar kenangan.

 

6- Mempunyai pemandangan sawah sangat cantik dan indah dengan konsep Homestay yang menyenangkan untuk anda berehat dan bersantai.

Pemandangan di sawah padi.
Keseronokan tak terhingga.

7 – Perlis juga mempunyai beberapa tempat untuk pendakian bagi mereka yang suka aktiviti lasak ini.

8 – Juga mempunyai gua berusia ratusan tahun iaitu ‘Gua Kelam’ dan tasik yang kelihatan seperti laut di “@tasohlakeresortperlis.

Antara beberapa lokasi menarik.

Artikel Berkaitan:

10 Tarikan ‘Nature’ Menarik Negeri Indera Kayangan. Patut La Perlis Ni Aman Damai Je

Gua Kelam Perlis Kini Boleh Diterokai Secara Maya. Canggih Dah La Ni!

4 Lokasi Popular Membeli-Belah Di Perlis. Penuh Bonet Kereta Kalau Singgah Negeri Indera Kayangan

Oleh
Siti Zurina Mat Saman