Persepsi tentang sesuatu tempat yang dilawati dengan khabar-khabar angin ternyata tidak benar apabila empunya diri menjejakkan kaki sendiri ke bandar Manila di Filipina.
Tanggapan tentang ibu kota negara Republik Filipina itu kotor, tidak selamat dan banyak lagi sama sekali tidak berasas.
Kesempatan bercuti ke Manila baru-baru ini selama 4 hari 3 malam membuka mata Khairul Nizam Mukhtar tentang bandar tersebut. Biasalah bila hendak bercuti, pasti akan membuat survey tentang apa yang menarik di lokasi percutian.
Kebanyakkan maklumat yang diperolehi ketika membuat kajian tentang Manila kurang meyakinkan, namun dek kerana suka dengan percutian yang ‘zero expectation’ membuatkan Khairul Nizam dan isteri meneruskan perancangan mereka bercuti ke Manila.
Bagi pasangan ini, Manila adalah destinasi yang tak kurang hebatnya. Tak cukup empat hari meneroka ke sekitar bandar tersebut, malah nak cari makanan halal juga mudah dan boleh diterima tekak orang Malaysia.
Berkongsi juga beberapa gambar sepanjang percutian mereka ke Manila, ikuti percutian pasangan ini ke Manila.
Manila Bandar Yang Best Untuk Dilawati
Manila kotor, tak selamat, susah nak dapat makanan halal, shopping tak best.
Ini lah antara review yang saya dapat masa buat kajian sebelum ke Manila.
Ads
Dan saya pun pernah sampai kat sana sebelum ni 11 tahun lepas dan ini memang expectation saya bila jejak kat Manila.
Tapi ni dah 2023, semuanya tak benar belaka bila dah sampai.
Bak kata Encik Azhar (bos besar Berjaya Makati Hotel).. Filipina ni dah berapa kali tukar presiden sejak saya datang dulu.. hahaha
In fact, Manila ni best dan rasa tak cukup 4 hari 3 malam saya kat sana.
Saya memang suka gi tempat yang saya ada zero expectation tapi bila dah sampai dapat totally ubah pandangan saya kat satu2 tempat.
Ads
Terasa wow gitu..
Tempat bersih walaupun pergi kat penduduk padat
Rasa selamat.
Makanana halal dan sedap… kena tekak orang Malaysia..
Ads
Shopping? Siap repeat 2 kali ke Greenhills (tempat shopping kat sana)…
Dah nak bailk baru tahu ada tempat shopping lagi best iaitu di Divisoria.. tapi tak sempat nak gi..
Negara Eropah memang terkenal mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati, antaranya adalah Lago di Braies atau Pearl of the Dolomites yang terletak di South Tyrol Italy. Tasik ini mempunyai pemandangan gunung-ganang yang cantik dengan air yang jernih kebiruan.
Diiktiraf sebagai salah satu World Heritage oleh UNESCO, dari kota Milan ia mengambil masa dalam 5 jam perjalanan untuk datang ke sini. kebanyakkan yang datang ke sini menyewa kereta dan memandu sendiri kerana pengangkutan awam ke sini agak terhad.
Bella Azemi yang baru-baru ini berkesempatan berkunjung ke sini berkongsi beberapa tip untuk anda yang merancang melawat ke sini kelak. Menurut Bella selain menyelusuri tasik biru, anda juga boleh hike pusing tasik di situ yang hanya mengambil masa 1 jam 30 minit.
Alang-alang dah sampai rugilah kalau tak manfaatkan pemandangan indah yang ada depan mata. Ikuti tip yang dikongsikan oleh Bella.
Lago di Braies Salah Satu Tasik Tercantik di Italy
Lago di Braies atau “Pearl of the Dolomites” merupakan salah satu tasik tercantik di Eropah yang terletak di South Tyrol, Italy dan diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site. Untuk datang ke sini korang kena sewa kereta dan drive. Untuk guna public transport datang ke sini agak terhad.
Bestnya datang sini tak perlu bayar entrance fees. Korang hanya perlu bayar kos parking kereta sahaja iaitu sebanyak €10 utk 3 jam pertama. Parking kereta yang terdekat dgn tasik ini adalah P4. So dah sampai sini cari parking bertanda P4 jangan pegi parking lain sebab yang lain tu jauh sangat jarak nak ke tasik.
Dekat tasik ini ada perkhidmatan bot yang korang boleh sewa. Waktu operasi bot ikut musim dari bulan Mei hingga Oktober sahaja ade bot. Musim winter tasik beku so tiada bot.Untuk musim Autumn ni buka dari pukul 10 pagi – 5:30 petang. Harga setengah jam €25 dan 1 jam €35. Bot ni kena dayung sendiri ye dan muat utk 4 orang. Jangan risau tak pandai dayung boleh je naik tak susah pun. Korang turunkan pendayung tu gerakkan kiri kanan kiri kanan bergerak la bot tu. Hihi. Paling teruk pun korang akan stay statik kat situ je. Tak pe set dalam kepala otak asal dapat view cantik.
Nak masuk visit tasik ni pukul berapa pun boleh tiada masalah. Waktu paling best datang sebelum jam 8 pagi. Sebab tak ramai orang dan lighting tengah cun meletop. Kalau korang datang pukul 9 mcm tu memang frame gambar korang penuh dengan lautan manusia. So nak gambar cantik kan sila datang awal pagi. Gambar sunrise kat sini memamg lawa dan meletop kebabommm.
Selain naik bot tu korang juga boleh hike pusing tasik ini. Ada trail disediakan utk yang suka hike. Nak hike pusing satu lake ni akan ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Ade banyak tangga ye so fikir dulu sebelum hike tu. Tapi view memang lawa la. So tak rugi pun kalau hike alang-alang dah sampai kan.
Harap perkongsian saya ini berguna utk yang plan untuk datang travel ke Lago di Braies. Nak travel tempat nature yang cantik dan murah sebenarnya ada kat Italy tak perlu ke Swiss pun. Jom layan gambar-gambar yang sempat saya ambil. Enjoyy
Video Ban Pecah Tanjung Piandang Perak oleh mohamad erwan
Ban ialah struktur tebatan air/banjir yang biasa dibina di tebing sungai untuk mengelakkan limpahan air sungai ke kawasan tebing sungai yang lebih rendah. Kebiasaannya ban di tebing sungai menggunakan tanah yang dimampatkan dan ketinggian ban dibuat mengikut rekaan paras banjir sungai tersebut. Namun di Tanjung Piandang, Perak, struktur ban dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Ini bagi mengelakkan hakisan oleh ombak laut ketika ombak kuat.
Ban Pecah Tanjung Piandang Perak, dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.
Ban ini menjadi popular dikalangan penduduk tempatan serta pengunjung luar yang biasanya datang untuk menikmati makanan popular disini iaitu kari ikan sembilang dan mi udang Tanjung Piandang. Tidak lupa juga ban ini menjadi lokasi menarik dan cantik untuk mengabadikan gambar kenangan terutamanya pasangan baru berkahwin. Juga lokasi menarik bagi kaki pancing mencuba nasib.
Pada awal tahun 1960an, ban ini asalnya sawah padi yang subur. Penduduk tempatan berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an. Akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak. Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Ada tanah penduduk kampung turut menjadi korban. Dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci sebagai bukti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila sebut iglu, kita pasti akan teringat kehidupan masyarakat Eskimo yang mendiami kawasan sejuk Kutub Utara. Rumah-rumah ini diperbuat dari bongkah salji menjadi pilihan kaum ini untuk berlindung dari kesejukan melampau di kawasan tersebut.
Yang tak merasai pengalaman begini tapi teringin merasainya tapi bukan dalam cuaca sejuk melampau sampai kita mengigil kesejukan kerana tertarik dengan bentuk bulat rumah iglu ini, boleh cuba menginap di MyRus Resort Langkawi yang terletak di Pantai Tengah, berdekatan dengan Cenang.
Direka berbentuk iglu tetapi dalamannya sangat luas dan selesa untuk percutian seisi keluarga. Hanya ada 12 villa sahaja, jadi MyRus Resort ini agak tenang tanpa hiruk pikuk orang ramai selain kedudukannya yang agak tersembunyi.
.
.
.
Pengalaman dikongsi oleh Anas Syauqi dalam Hotel Review Malaysia yang sudah menginap di sini, boleh dijadikan sedikit panduan buat kita kalau bercuti ke Pulau Lagenda, Langkawi.
Untuk ke resort ini, kena baik bukit yang agak mendaki sedikit tapi masih sangat selamat dilalui dengan kenderaan. Biliknya agak luas, cuma kalau berbual di dalam bilik agak bergema kerana ia berbentuk bulat. Jadi kalau geng korang jenis gelak kuat-kuat, tahan saja telinga masing-masing ya.
Waktu malam, suasana di MyRus Resort ini sangat cantik kerana lampu berwarna warni dipasang di kelilingi resort ini. Jadi kalau suka bergambar memang boleh sangat. Kalau korang dapat time promo resort ini harganya hanya RM280 untuk semalaman untuk deluxe room yang dalamnya ada 1 katil king dan 1 katil queen. Tapi harga biasa antara RM350-600 untuk semalam ya. Tapi semuanya kena buat tempahan di atas talian dan tiada walk in ya kerana biliknya agak terhad, ada 12 villa sahaja.
.
.
.
.
Sarapan pagi tak ada buffet tapi staff mereka akan serve dari bilik ke bilik, kira layanan macam tuan puteri dan putera raja la. Bestnya dekat sini ada mini waterpark, jadi ia menjadi kesukaan anak-anak untuk mandi manda. Memang puas hati sangat-sangat anak-anak dapat berenang lama-lama. Untuk mak ayah yang love nature, kKorang juga boleh saksikan view indah ke laut kerana resort ini terletak di kedudukan tinggi, memang cantik sangat-sangat.
Jadi, kalau tengah cari-cari penginapan di Langkawi, nakkan kenangan indah bersama keluarga, datanglah di sini.
Alamat: Lot 609 & 765, Jalan Pantai Tengah, Kampung Tasik Anak, 07000 Langkawi, Kedah
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!