Tak Perlu Ujian PCR Nak Masuk Thailand Bermula 1 Mei, Insurans Pun Dikurangkan Ke AS$10k Je!

Share

Kalau sebelum ini kerajaan Thailand menetapkan pelancong yang ingin masuk ke Thailand perlu melakukan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi, perkara tersebut tidak lagi diperlukan ekoran daripada kelonggaran syarat yang dibuat oleh kerajaan Thailand.

Pelancong tidak lagi diminta membuat tempahan awal penginapan hotel satu malam bagi menjalani ujian RT-PCR ketika ketibaan, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata mesyuarat itu juga bersetuju insurans perubatan dikurangkan daripada US$20,000 kepada AS$10,000.

photo: canva

Bagi pelancong tidak lengkap vaksinasi, mereka perlu mengemukakan ujian RT-PCR negatif bagi pengecualian kuarantin dan mereka yang gagal mempamerkan sijil vaksinasi akan dikenakan kuarantin lima hari di pusat kuarantin ditetapkan negeri.

Mulai 1 April, pelancong antarabangsa juga tidak perlu lagi menjalani ujian COVID-19 72 jam sebelum berlepas tetapi dikehendaki memohon “Thailand Pass” bagi bukti vaksinasi dan insurans.

Mesyuarat CCSA pada Jumaat juga meluluskan penjualan minuman beralkohol di restoran hingga tengah malam, bermula 1 Mei.

Thailand merekodkan 21,808 kes baharu dan 128 kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 4,128,038 kes dan 27,520 kematian.

— BERNAMA

 

Oleh
SAHR