Penumpang yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow tidak perlu lagi menunjukkan pasport di kaunter daftar masuk bermula April lalu. Ini kerana Lapangan terbang terbesar Britain itu kini menempatkan teknologi pengecaman wajah bagi mempercepatkan proses di kaunter tersebut.
Malah, pas masuk (boarding pass) juga tidak lagi diperlukan. Projek yang menelan belanja 50 juta pound itu membolehkan penumpang melalui kios automatik untuk mengimbas pasport dan gambar. Gambar itu kemudiannya akan memadankan wajah penumpang ke dokumen dan butiran perjalanan mereka.
Lapangan terbang tersebut sudah menggunakan teknologi pengecaman wajah ketika memasuki negara ini melalui e-gerbang biometrik.
Gatwick, lapangan terbang kedua terbesar di Britain juga bakal menggunakan teknologi sama dan akan menjalankan sisi ujian kedua bulan depan.
Mereka yang berlepas dari Heathrow sebelum ini dikehendaki menunjukkan pasport sekurang-kurangnya tiga kali, di kaunter daftar masuk, keselamatan dan sebelum menaiki pesawat.
Pengurusan Heathrow mengatakan bahawa sistem pengecaman wajah lebih dipercayai berbanding pemeriksaan manual. Dengan lebih daripada 78 juta penumpang di Heathrow setahun, teknologi itu bertujuan untuk mengurangkan masa penumpang.
Sumber: Utusan