Penumpang yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow tidak perlu lagi menunjukkan pasport di kaunter daftar masuk bermula April lalu. Ini kerana Lapangan terbang terbesar Britain itu kini menempatkan teknologi pengecaman wajah bagi mempercepatkan proses di kaunter tersebut.
Malah, pas masuk (boarding pass) juga tidak lagi diperlukan. Projek yang menelan belanja 50 juta pound itu membolehkan penumpang melalui kios automatik untuk mengimbas pasport dan gambar. Gambar itu kemudiannya akan memadankan wajah penumpang ke dokumen dan butiran perjalanan mereka.
Ads
Lapangan terbang tersebut sudah menggunakan teknologi pengecaman wajah ketika memasuki negara ini melalui e-gerbang biometrik.
Gatwick, lapangan terbang kedua terbesar di Britain juga bakal menggunakan teknologi sama dan akan menjalankan sisi ujian kedua bulan depan.
Ads
Ads
Mereka yang berlepas dari Heathrow sebelum ini dikehendaki menunjukkan pasport sekurang-kurangnya tiga kali, di kaunter daftar masuk, keselamatan dan sebelum menaiki pesawat.
Pengurusan Heathrow mengatakan bahawa sistem pengecaman wajah lebih dipercayai berbanding pemeriksaan manual. Dengan lebih daripada 78 juta penumpang di Heathrow setahun, teknologi itu bertujuan untuk mengurangkan masa penumpang.
Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog Malaysia melancarkan Rasa-Rasa Malaysia, satu pilihan baharu aneka perisa yang memenuhi selera Malaysia. Minuman baharu itu dilancarkan bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, menggabungkan perisa-perisa yang disukai rakyat Malaysia dan diperbuat daripada juadah pencuci mulut tempatan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa Anis Nabilah dan penyanyi Rapper Nombor Satu Malaysia, Altimet. Anis menawan hati para hadirin menerusi penyediaan “juadah Kari Laksa Nyonya”yang merupakan gandingan tepat kepada air minuman Rasa-Rasa Malaysia, dan Altimet secara kreatif mempersembahkan rap gaya bebas 30 saat mengenai CoolBlog dan elemen hebat mengenai pilihan terbaharu minuman tersebut.
“Pilihan baharu perisa ini adalah diperbuat daripada cita rasa tempatan yang kita gemari dan benar-benar memaparkan jenama negara kita. Ia merupakan usaha yang kami semua di CoolBlog cukup gembira untuk laksanakan dan kami berharap perisa-perisa ini akan memberikan sesuatu yang rakyat Malaysia suka,’’ kata Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd.
Menurut Anis Nabilah, “Makanan adalah begitu dekat pada hati saya dan saya percaya makanan menjadikan kita rakyat Malaysia sejati. Saya teruja menerima peluang ini untuk tunjukkan versi sempurna saya untuk juadah istimewa ini dan saya pasti juadah ini sedap dihidang dengan Smoothie Cendol Durian.’’
“Malaysia adalah tanahair saya,” kata Altimet. “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia, dan saya fikir usaha yang dilakukan oleh CoolBlog untuk memaparkan makanan pencuci mulut berciri Malaysia adalah suatu kejayaan tersendiri. Mana lagi di dunia anda boleh menemui pelbagai cita rasa yang enak bila digabungkan, dan selepas mencuba minuman Rasa Rasa Malaysia, saya yakin CoolBlog telah meraih pencapaian hebat.’’
Sebagai tambahan kepada minuman baharu itu, CoolBlog juga melancarkan pencarian ke seluruh negara untuk mengetahui apakah yang menarik atau `cool’ mengenai Malaysia. Selain daripada jawapan lazim seperti Bola Sepak dan Kebudayaan, faktor nombor satu yang tidak syak lagi bagi Malaysia ialah, `Makanan’.
“Menerusi usaha ini, ia benar-benar membuktikan kepada kami betapa rakyat Malaysia amat berbangga dengan negara kita ini dan mengapa mereka memilih Malaysia sebagai tanahair mereka. Inilah bukti bahawa walaupun rakyat Malaysia adalah unik dan berbeza, satu perkara yang menyatupadukan kita semua ialah makanan,’’ ujar Keith.
CoolBlog adalah jenama Malaysia yang terkemuka yang berkembang di peringkat antarabangsa. Berasaskan konsep menggabungkan makanan pencuci mulut Malaysia dengan perisa global, CoolBlog merupakan inovator peneraju minuman berasaskan ice-blended dan smoothie di Malaysia. CoolBlog menyasarkan untuk melaksanakan inovasi dan mencipta minuman pencuci mulut yang hebat dan direka cantik, yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Menu produk baharu CoolBlog akan mula dijual di semua gerai CoolBlog bermula 7 September 2017.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.
Di bawah skim “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.
Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.
“Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA),” kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada satu taklimat harian COVID-19 baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.
Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.
Kredit: Pexel Photo
Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.
“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi.
“Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.
TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.
Jika berada di New York dan ingin cepat sampai ke London, penumpang kini boleh memilih untuk terbang dengan British Airways.
British Airways melakar sejarah apabila pesawat subsonik syarikat penerbangan itu mampu mencapai tahap kelajuan maksimum mencecah 1,300 kilometer sejam dari New York ke London.
Pesawat model Boeing 747 itu sekali gus merekod tempoh perjalanan empat jam 56 minit sahaja.
Ia menyaksikan ketibaan pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow yang direkodkan tiba awal lebih kurang dua jam daripada jadual asal iaitu pada pukul 4.43 pagi ahad minggu lalu dengan kelajuan kilometer sejam.
Lazimnya, waktu penerbangan dari London ke New York akan mengambil masa sekitar enam jam 13 minit.
Dalam pada itu, Flighradar24 menerusi Twitter memuat naik ciapan:
‘Jika tidak silap, BA kini menjadi pesawat subsonik terpantas ke dari New York ke London dengan merentasi Norway’
Kepantasan pesawat BA itu merekod masa satu minit awal daripada Virgin Airbus A350 yang mendarat di Heathrow tidak lama selepas itu termasuk sebuah lagi pesawat Virgin yang tiba di lapangan terbang sama sekitar setengah jam selepas itu. Ketiga-tiga pesawat berkenaan ‘mendahului carta’ pesawat dari Norway sebelum ini yang merekod masa lima jam 13 minit pada Januari 2018.
Sementara itu, jurucakap British Airways menegaskan mereka sentiasa mengambil berat soal keselamatan mengatasi rekod kelajuan. Juruterbang di British Airways juga dilatih dengan baik, untuk berjaya membawa semua penumpang dengan selamat ke London dalam tempoh masa yang cepat.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...