Tak Perlu Travel Ke UK, Gordon Ramsay Bakal Buka Restoran Pertama Di Malaysia Jun Ini

Share

Siapa saja yang tidak mengenali jurumasak popular, Gordon Ramsay yang terkenal seantero dunia.

Beliau yang berasal dari United Kingdom sangat sinonim dengan hidangan istimewanya Beef Wellington dan Sticky Toffee Puding.

Dan menjelang Jun depan, penantian pencinta masakan Gordon Ramsay akan berakhir. Ini kerana dikatakan beliau akan membuka restoran pertamanya, Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway Resort, Petaling Jaya.

Untuk rekod, cawangan pertama restoran tersebut dibuka di Mayfair, London.

Memetik kenyataan Sunway Resorts pada laman web mereka, pemegang bintang Michelin itu akan menawarkan pelbagai jenis hidangan daripada makanan ringan kepada hidangan istimewa Ramsay seperti Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.

Restoran tersebut sudah membuka tempahan kepada penggemar makanan untuk menjamu selera bermula Jun 2021.

Ramsay juga telah melebarkan empayar restoran bertaraf bintang Michelin Star di serata dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Popularitinya melonjak apabila menjadi bintang utama dalam rancangan realiti seperti Hell’s Kitchen, Kitchen Nightmares dan MasterChef US.

Sumber: Astro Awani

Artikel Berkaitan:

Lelaki Ini Puas Sebulan Travel Ke 13 Negara 24 Bandar Di Eropah. Kongsi Itinerari Lengkap Dengan Bajet Hampir 12K!

Sipadan Kapalai Dive Resort, Julukan Maldives Malaysia Jadikan Resort Ini Popular Di Kalangan Pelancong

‘Camping Ala Hispter’, Tarikan Terbaru Di Perlis Cetus Kelainan. Lepas PKP Korang Patut Cuba!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman