Tak Perlu Pakai Mask Di Luar Bangunan, Imbasan Kod MySejahtera Tak Diwajibkan. SOP Terbaru Malaysia Bermula 1 Mei

Share

Selepas negara memasuki fasa peralihan andemik pada 1 April lalu, kerajaan nampaknya semakin memberi kelonggaran untuk SOP yang ditetapkan.

Dalam sidang media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang baru berlangsung sebentar tadi turut menyatakan:

photo: BERNAMA
  1. Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan kecuali jika anda bergejala, di tempat sesak dan individu berisiko tinggi.
  2. Penjarakan fizikal antara individu atau kumpulan tidak diperlukan.
  3. Semakan Imbasan Kod QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis.
  4. Aktiviti bersalaman dibenarkan TETAPI sentiasa mencuci atau membersihkan tangan.

KJ turut memaklumkan bahawa kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.

photo: Google

Bagaimanapun individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah individu positif COVID-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap.

Ia termasuk individu dalam tempoh Home surveillance Order (HSO)  termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.

Prosedur akan mula berkuat kuasa pada Ahad, 1 Mei 2022.

Sumber: KKM

 

Oleh
SAHR