Tak Perlu Ke Thailand, Sunflower Garden Di Bagan Datuk, Perak Pun Cantik. Port OOTD Cun Nak Bergambar!

Share

Sebelum ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, seakan menjadi ‘trend’ jika bercuti ke Lopburi sebuah daerah di Thailand. 

Namun di negara kita juga telah muncul beberapa ladang bunga matahari ‘mini’ yang tidak kurang menariknya. Antaranya ladang bunga matahari yang terletak di negeri Perlis.

Lokasinya berada di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini.

Bagi pencinta bunga matahari, ada lagi lokasi untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut. Anda boleh ke Sunflower Garden Bangan Datuk, Perak sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar.

Lokasi ini sangat dicadangkan untuk anda yang suka ‘berOOTD’ untuk dikongsi dalam media sosial. Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari ini juga berpatutan, hanya RM10 seorang.

Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datuk, Perak.
Waktu Operasi: 8 pagi – 7 mlm
Tiket Masuk:

RM 13 (Dewasa)

RM 10 (7 – 12 thn)

RM 5(3 – 6 thn)

  • Parkir: Percuma
Oleh
SAHR