Hujung tahun merupakan bulan paling ditunggu-tunggu oleh ramai daripada kita kerana bulan ini adalah cuti panjang persekolahan dan waktu terbaik untuk mereka yang bekerja menghabiskan cuti tahunan.
Namun begitu, pada hujung tahunlah selalunya setengah-setengah negeri di Malaysia mengalami musim hujan atau tengkujuh. Nak ke mana pun tidak boleh jika cuaca hujan berterusan dan paling buruk jika kawasan percutiaan kerap berlaku banjir berlaku. Nak bercuti pun rasa tidak seronok, terpaksa batalkan percutian duduk diam-diam dalam rumah sahaja. Anak-anak tarik muka, kawan-kawan terasa hati dan boleh jadi isteri pun merajuk.
Jangan begitu, waktu bercuti anda tidak patut dilupakan walau apa pun cuaca yang melanda kecuali jika betul-betul darurat. Seperti percutian di waktu lain, anda juga perlu bersedia dengan segala yang diperlukan. Jika membuat persediaan lebih awal, pasti anda dapat mengelakkan segala perkara yang tidak seronok berlaku.
- Sentiasa peka dengan keadaan semasa. Rajin-rajin menyemak berita atau aplikasi kecemasan untuk mengetahui cuaca terkini.
- Sediakan pakaian yang sesuai seperti topi, tuala, baju hujan, payung, selipar yang tidak licin dan jaket tebal. Baju hujan pastikan beli yang jenis pakai buang. Dengan keadaan cuaca yang agak basah, kesemua keperluan ini sangat diperlukan dan wajib dibawa.
- Pengangkutan juga merupakan antara faktor utama dalam merancang percutian. Periksa kenderaan anda agar berada dalam keadaan baik terutamanya keadaan bunga tayar, penghawa dingin yang berfungsi, lampu dan break.
- Bagi yang memilih bercuti bersama agensi pelancongan, pilihlah pakej yang bersesuaian dengan keadaan dan kesesuaian keluarga anda. Bincang dan minta nasihat dari agensi pelancongan anda tentang lokasi-lokasi yang hendak dilawati sepanjang percutian.
- Pastikan anda membawa ubat–ubatan untuk semua ahli keluarga. Kita tahu, musim hujan dengan cuaca yang tidak menentu, keadaan kesihatan juga cepat terganggu. Paling tidak bawalah ubah sakit kepala, vitamin C dan minyak panas.
- Cuba elakkan dari pergi ke kawasan yang berisiko tinggi. Contohnya melakukan aktiviti snorkeling di pulau-pulau, mandi pantai, mandi sungai, air terjun dan sebagainya.
- Bawa kelengkapan kalis air seperti beg pakaian kalis air, tempat letak telefon kalis air atau kamera tahan lasak/ underwater. Anda juga disarankan membawa beberapa keping beg plastik untuk meletakkan barang yang basah seperti kasut atau baju kotor.
- Biasakan si kecil dengan keadaan atau cuaca hujan dan basah. Pembabitan anak-anak dengan cuaca hujan atau basah juga akan membuatkan mereka lebih bersedia dan mereka akan lebih peka dan kreatif terhadap percutian di musim hujan.
- Beritahu saudara mara atau kenalan terdekat mengenai percutian anda. Ini penting jika berlaku kecemasan, ada orang yang mengetahui kedudukan terkini anda.
Selamat Bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI