Tak Perlu Balik Kampung Ketika Perintah Kawalan Pergerakan!

Share

Tempoh 14 hari yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat  Malaysia mengikut perintah kawalan pergerakan bukan bermaksud anda bebas untuk buat apa sahaja. Ini juga bukan bermaksud peluang keemasan untuk anda ‘cuti’ di kampung halaman.

Ini pesan ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac.

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar. Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,” kata beliau dalam sebuah rancangan bual bicara terbitan Astro.

Dr Adeeba memberi respon kepada kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan COVID-19.

Sumber: Astroawani

Oleh
Husna