Tak Lengkap Ke Pulau Pangkor Kalau Tak Singgah Beli Ikan Bilis Mata Biru

Share

Anda ada plan nak ke Lumut atau Pulau Pangkor tak akan datang? Sekiranya ada, Libur cadangkan kepada anda satu kedai ni kalau nak beli ikan bilis mata biru atau produk-produk makanan laut yang lain sebagai buah tangan.

Senang je kalau nak ke kedai-kedai ni. Kalau Waze tu, cari saja Jalan Titi Panjang. Waze akan terus bawa anda ke destinasi.

Kedai dia ada banyak gila barang-barang makanan laut yang korang boleh pilih daripada sate ikan, sotong kering gula sampailah ke ikan bilis mata biru. Ikan bilis mata biru kan mahal sebab ikan bilis jenis gred A, sedap la nak buat masak. Jadi dekat kawasan ni ada jual semua benda.

Kedai Hasil Laut Jamilah di Lumut, Perak.

Harga pun berpatutan dan kalau nak datang, boleh datang seawal pukul 8 pagi sampai 11:30 malam setiap hari. Kalau boleh datang awal la sebab kedai dia ramai gila orang datang. Jadi kalau tak nak bersesak sangat, boleh datang awal. Kedai dia tak ada la sesak padat sampai tak boleh jalan. Ada saja ruang untuk anda shopping macam biasa tapi ramai orang yang datang, tu je.

Lagi satu tip nak ke sini, stand-by la secekak duit kertas. Haha, confirm banyak barang yang anda akan amik kalau ke sini. Tempoh hari Libur spend dalam RM50 dapat sebakul penuh makanan laut macam sotong kering (pelbagai jenis), sate ikan dan keropok.

Haa dan lagi satu, nak ke sini, make sure bersedia untuk cari tempat parking yang selesa untuk anda dan keluarga. Kedai dia betul-betul terletak sebelah jalan besar. Parking limited. So beware kalau anda bawa anak-anak yang suka main lari-lari berkeliaran ya.

Anyhow, happy shopping!

Ada banyak jenis produk hasil laut yang dijual di sini.
Ini la antara produk hasil laut yang dijual. Sotong kering ni best gila makan s
ambil drive.
Yang ini jenis lain pula. Semua ni Libur beli tapi campur-campur la. Jadi dapat rasa semua.
Selain daripada ikan bilis, nak beli ikan masin dekat sini pun ada dijual.
Ini la yang orang tercari-cari tu. Ikan bilis. Mak-mak atau isteri-isteri suka la beli ikan bilis ni nak buat masak. Cik abang tu pun jangan la buat keras je, tolong la bayarkan.. hehe..
Oleh
Epul