Seakan ‘trend’ ketika pandemik, di negara kita sekarang ini ramai sedang berjinak-jinak untuk turut serta dalam aktiviti perkhemahan dan bercuti dengan konsep sebegini.
Bukan itu sahaja, malah aktiviti ini turut disertai oleh seluruh ahli keluarga tidak kira peringkat umur. Tahniah diucapkan! Di Malaysia, hakikatnya mempunyai alam semula jadi yang begitu indah. Lihat saja rakan di media sosial memuat naik gambar pengembaraan mereka di air terjun, kawasan pantai atau meredah hutan dara.
Aktiviti sebegini sudah semestinya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan ketika melancong dan dalam masa sama kita juga boleh memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada generasi muda. Namun begitu, di Malaysia cuaca kita tidak menentu. sekejap hujan, sekejap panas. Bagaimana situasi kalau sedang berkhemah, hujan turun dengan lebat.
Risaukan keselamatan? Ini ada perkongsian berguna yang dikongsikan saudara Wan’s Aquarist via FB Family Camping Malaysia. Semoga bermanfaat untuk semua peminat aktiviti perkhemahan.
Masa saya post bab shovel sebelum ini, ada rakan campers kita tanya bab kegunaan shovel yang berkaitan penyediaan longkang (saya suka panggil camp trench / parit khemah) dan saya janjikan untuk sediakan post khusus bab penyediaan camp-trench ni. So, artikel panjang ni adalah berkaitan bab longkang / camp trench la..hehehe..(selamat membaca ya..).
Alkisah, kaedah camping di negara kita berbeza dengan luar negara dimana negara kita ni beriklim panas lembab (humidity) setiap waktu..bermakna hujan boleh turun anytime tambahan lagi di musim tengkujuh. Di luar negara (eropah khususnya), campers kat sana berkhemah secara bermusim dimana mereka ada empat musim. So, mereka camping diwaktu musim panas..kiranya no problem la. So, relatifnya kita di negara Malaysia ni kena sentiasa bersedia untk menghadapi hujan yang mungkin tiba tiba turun.
KEPERLUAN TRENCH
Maka, untuk menguruskan air hujan yang turun ni kita kena bina longkang / camp-trench / tent trench/ parit mini (dengan anggapan khemah kita dah takdek isu bab waterproof la ye..).
Tujuan trench tu adalah untuk menguruskan air hujan yang turun dari atas, aliran air hujan yang bergerak dilantai tanah dan yang turun dari dinding khemah.
Rujuk gambar pertama.. kaedah yang betul untuk korek trench adalah kedudukan trench tersebut bebetul bersebelahan dengan dinding khemah agar air yang turun dari sudut tanah yang tinggi terhalang dari masuk bawah khemah (dan bertambah teruk jika air bertakung), dan trench itu juga sepatutnya berfungsi mengumpulkan aliran air yang turun dari wall khemah (dikawasan ditanda A dan B).
Ramai yang silap buat trench jauh dari dinding khemah, adakalanya sehingga sekaki jauhnya dari khemah (gambar pertama, ditanda C). Bila trench jauh dari khemah, titisan hujan yang jatuh di ruang antara trench dan khemah, ditambah titisan air yang jatuh dari dinding khemah akan menyebabkan air hujan masuk dibawah lantai khemah.
Rujuk gambar dua, andainya khemah kita menggunakan flysheet yang dipasang diatas khemah, kedudukan trench bukannya berbetulan di bawah bucu flysheet (dengan anggapan air hujan yang terkumpul diatas flysheet akan jatuh terus dalam longkang atau trench)..sebaliknya perlu dibina kedalam atau sebolehnya mengikut jarak di gambar pertama. Kenapa?
Pertama kerana tempias hujan jika angin kuat akan membawa air hujan ke dalam kawasan litupan flysheet. Kedua, jika berlaku kegagalan pada flysheet (first tier pengurusan air), trench pula akan mengambil tempat sebagai first tier pengurusan air hujan tu..so, longkang atau trench mesti dibina menggunakan konsep pertama iaitu berbetulan bucu khemah.
SAIZ GROUNDSHEET
- Atas alasan jarak binaan trench dan khemah yang rapat, ini juga menjadi panduan bagi penyediaan saiz groundsheet setiap khemah. Ramai dari kita menyediakan groundsheet yang lebih besar dari lantai khemah, sedangkan lebihan groundsheet tersebut akan menjadi ruang takungan air hujan yang turun dari wall khemah dan dari langit lalu membawa air tersebut ke bawah khemah, maka tapak bawah khemah kita akan basah dek pengumpulan air. So, groundsheet yang besar perlu dilipat agar berbetulan saiznya dengan saiz khemah bagi tidak menjadi punca takungan air dan juga memberi ruang untuk kita membuat trench sekeliling khemah.
CONTURED vs FLATTED vs WATERFLOW
- Normally kita akan cari tapak khemah yang flatted / rata untuk keselesaan berbaring. Untuk waktu tidak hujan takdek isu, tetapi untuk musim hujan..ia akan jadi masalah.
- Normal practice saya dalam pasang khemah dimana saya suka mencari kawasan yang sedikit berkontur yakni ada sudut tinggi rendah. Ianya adalah atas alasan jika hujan lebat, air tidak bertakung dibawah khemah kita (berbanding khemah kita dipasang dikawasan rata).
- Dengan sedikit kawasan berkontur, air hanya akan lalu (water flow) dibawah khemah kita (jika hujan lebat) melalui gravity berbanding bertakung dibawahnya. Rujuk gambar ketiga.
- Apabila kita tahu aliran air / waterflow dari arah mana (kawasan tinggi ke rendah), kita cuma perlu membina trench keliling khemah agar aliran air dari atas masuk dalam trench dan divert mengikut trench yang dibuang. So groundsheet kita insyaAllah akan kekal kering.
- Rujuk gambar keempat, andainya kita pasang khemah di kawasan rata dimana arah waterflow jenis scattered (berterabur), bina trench sekeliling khemah dan pastikan ada satu aliran yang lebih dalam binaan trench (sebagai kesan graviti) untuk menggalakan pergerakan air dan elakkan limpahan.
- Kesilapan amatur yang selalu dilakukan adalah ramai bina trench tanpa ada aliran keluar, bermakna bila trench dah penuh menakung air ianya akan menyebabkan limpahan.
- So, lepas ini pastikan ada satu aliran keluar dari trench yang dibina sekeliling kita..ada beberapa aliran keluar lagi baik bagi mengurangkan risiko limpahan.
KEGAGALAN PENGURUSAN AIR
- Andaikata kita gagal uruskan air hujan ni dan bertakung bawah khemah, harapan kita bergantung kepada groundsheet dan tent floor sahaja untuk bertindak sebagai kalis air. Jika groundsheet gagal dalam tugasnya, pilihan lain ialah alih khemah didalam hujan lebat tu la. Worst nightmare la jawabnya..lencun basah nak alihkan barang dan bebudak demi nak ‘alih’ khemah. Serius ngeri..hehehe..
NIKMAT CAMPING DIDALAM HUJAN
- Sebenarnya, seronok camping dalam khemah time hujan ni apabila kita tahu ruang kabin khemah dan lantai khemah kekal kering atau setidaknya tidak bergenang air.
- Kesejukan tiupan angin hujan yang basah, bunyi rintik hujan yang tenang, pastu kepuasan melihat setup khemah kita berfungsi dengan baik akan beri satu macam perasan puas dan bahagia. Serius memang best!
- Yang penting, kita bersedia awal untuk menghadapi cuaca hujan dan kita punya ruang terbuka tetapi selamat dari titisan hujan (biasanya dibawah flysheet la) untuk menikmati segelas teh atau kopi panas sambil melihat hujan sedang turun membasahi tanah..serius..keseronokannya sukar digambarkan.
- Apa apa pun, lain orang lain la kaedah dan skill yang digunakan..terpulang kepada diri masing masing. Dalam camping ni, tiada betul salah, Cuma sesuai dan tidak sesuai, baik dan lebih baik sahaja..so cheers and have fun semua!
- Kalau ada yang silap dengan kaedah saya ni..feel free untuk tegur..kita sama sama belajar.
TERM AND CONDITION
Apa apa pun..tengok dulu kat mana kita camping..jangan korek sembarangan..paid campsite ada certain rule..nanti marah tuan campsite..hahaha! Untuk public area dan wild/semi-wild..no issue. Tapi ingat..dah korek, sila kambus balik sebelum beredar. Leave it as it is. Semoga ada manfaat untuk rakan rakan campers saya diluar sana ya. Kita semua satu keluarga besar dalam camping ni.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI