Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober 2020 ini.
Dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan.
Bukan sahaja penduduk, pelawat dan pelancong tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan terutama untuk ke pulau peranginan sekitar.
Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit.
Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup.
Arahan telah mula berkuat kuasa membabitkan seramai 962,661 penduduk. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat kes positif jangkitan COVID-19 yang tinggi di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020 lalu. Tawau direkodkan mempunyai kes positif yang tinggi diikuti Semporna, Lahad Datu dan Kunak
Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
Ads
Bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit. Individu yang terlibat di 4 daerah ini diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).
Ads
Manakala semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula 27 September sehingga 10 Oktober.
Ads
Anda diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.
Anda juga akan menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
Semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.
Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19.
Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan.
Sekiranya individu berkenaan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.
Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
2017 merupakan tahun yang sibuk buat Genting Highlands. Genting Highlands Premium Outlets dibuka kepada orang ramai bermula 15hb Jun, 2017 dan Taman Tema 20th Century Fox Genting Highlands dijangka dibuka pada hujung tahun ini.
Ini menjadikan Genting Highlands Premium Outlets sebagai Premium Outlet Center kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets. GHPO adalah Premium Outlet Center atas bukit yang pertama di Asia Tenggara. Jadi dapatlah rasa macam bershopping di negara dingin.
Foto:Businesssimon.com
GHPO menyediakan lebih 150 stor berjenama ; Adidas, Aigner, Coach, Furla, Hugo Boss, Kate Spade New York, Michael Kors, Moschino, Polo Ralph Lauren, Superdry, Tumi dan banyak lagi yang menawarkan penjimatan hebat sehingga 65% setiap hari kepada pengunjung.
Dari 15hb – 18hb Jun, Baskin-Robbins dan Starbucks Coffee masing-masing akan menawarkan aiskrim dan kopi ice-blended percuma kepada 250 pelanggan pertama. Untuk 100 pelanggan pertama yang membelanjakan RM200 atau lebih di pusat beli-belah ini, tiket percuma untuk naik Awana Skyway akan diberi dari 15hb Jun – 24hb Jun.
Sebelum ini, Libur ada perkenalkan jambatan ikonik negeri Terengganu yang menjadi lokasi pilihan ramai bergambar. Terkini, Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ ini diberitahu akan mula beroperasi sebelum Aidilfitri, sekali gus dapat mengurangkan masalah kesesakan bandar raya Kuala Terengganu setiap kali musim perayaan.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jambatan itu dijangka akan siap dalam tempoh sebulan lagi, sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri. Menurutnya, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang menguruskan pembinaan jambatan angkat dan menara jambatan itu akan membuat penyerahan pada 30 Mei nanti.
“Kita optimis dan berharap sekiranya segala proses dapat disiapkan termasuklah lampu isyarat dan jalan raya di kawasan sebelum naik jambatan dan di seberangnya dapat disiapkan, ia boleh digunakan sebelum hari raya iaitu pada awal Jun. Kita harapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan pada musim perayaan nanti.
Sebelum ini pengguna hanya menggunakan Jambatan Sultan Mahmud atau melalui Durian Burung-Manir. Selepas ini, anda sudah mempunyai pilihan lain di sebelah sini.
Jambatan angkat itu mula dibina pada tahun 2014, membabitkan kos RM248 juta dan pembinaannya melibatkan laluan utama jambatan, empat menara, dan dua ‘sky bridge’. Dengan panjang keseluruhan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut, jambatan itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.
Jambatan ikonik itu yang pertama seumpamanya di rantau ini dan bakal menjadi salah satu mercu tanda bandar raya ini serta negeri, merupakan antara komponen pembangunan Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu (KTTC) yang sedang rancak dibangunkan.
Sesuatu benda yang biasa tapi kalau dibuat dengan penuh kreativiti, akan menghasilkan satu benda yang sangat unik dan menarik untuk tatapan mata, betul tak? Macam tu juga dengan sains dan teknologi. Kalau dulunya jurutera rigid dengan rekaan bentuk yang sofistikated, tapi kini tidak lagi.
Pusat janakuasa solar terbaru di Datong, China, memutuskan untuk menjadi kreatif dengan rekaan baru mereka. China Merchants New Energy Group salah satu operator tenaga bersih terbesar di China, membina 250 ekar ladang solar dalam bentuk Panda.
Digelar Janakuasa Panda, ia mampu menjana 3.2 billion kilowatt perjam tenaga solar selama 25 tahun. Ini dijangka mengurangkan penggunaan arang yang selama ini digunakan untuk penghasilan elektrik, dan menurunkan penghasilan karbon sebanyak 2.74 juta tan.
China Merchants New Energy Group bersama United Nations Development Program (UNDP) menghasilkan projek Janakuasa Panda. Projek ini adalah usaha besar memberi kesedaran kepada orang mudah di China tentang tenaga bersih. Grup ini berharap membina lebih banyak bentuk Panda pada solar sistem mereka dalam masa 5 tahun akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!