Kemudahan asas, terutama jalan menjadi keutamaan pembinaan di negara yang membangun.
Seperti di Malaysia kemudahan jalan raya dinaik taraf sehingga terbinanya sistem lebuh raya untuk memendekan jarak dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Malaysia. Lebuh raya di sini juga diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Asia, selepas Jepun dan China.
Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur adalah lebuh raya yang pertama dibina di negara ini. Ada banyak lagi lebuh raya yang terbina di Malaysia terutama di Lembah Klang dengan nama singkatan tertentu.
Pengetahuan tentang jenis-jenis dan lokasi lebuh raya yang ada perlu anda tahu agar memudahkan perjalanan selain tidak sesat jauh.
AKLEH – Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway
Dikenali sebagai Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, juga merupakan sebuah lebuh raya bertingkat yang pertama di Malaysia. Dibina bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di sepanjang Jalan Ampang untuk memudahkan para pengguna memasuki pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Ads
ELITE – Ekspress Lingkaran Tengah
Dikenali sebagai Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah / North-South Expressway Central Link. Dibina untuk memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari Persimpangan Nilai sehingga ke persimpangan Shah Alam di NKVE.
LKSA – Lebuhraya Kemuning-Shah Alam
Dikenali sebagai Persimpangan Bulatan Darul Ehsan (berhampiran bangunan MBSA) yang menghubungkan antara Persimpangan Kemuning di Lebuhraya Shah Alam dengan Persimpangan Persekutuan 2.
Ads
NKVE – New Klang Valley Expressway
Dikenali sebagai Lebuhraya Baru Lembah Klang yang berukuran sepanjang 35km bermula dari Jalan Duta hingga ke bandar Bukit Raja.
LEKAS – Lebuhraya Kajang-Seremban
Merupakan lebuh raya bertol yang berukuran sepanjang 48.5km yang menghubungkan Kajang ke Seremban. Ia dibina bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya PLUS dan mempunyai sambungan dengan lebuhraya Kajang SILK dan Lebuhraya Grand Saga terus ke Kuala Lumpur.
Ads
SKVE – South Klang Valley Expressway
Dikenali sebagai Lebuhraya Lembah Klang Selatan yang berukuran sepanjang 51.7km yang menghubungkan bandar-bandar pesat di kawasan selatan Lembah Klang termasuk Putrajaya.
DUKE – Duta-Ulu Klang Expressway
Sebuah laluan yang menghubungkan Duta yang berada di barat ke Ampang di timur dan juga ke Karak di utara. Ia juga dikenali sebagai penghubung lebuh raya NKVE, SPRINT (di Penchala Link) dan juga simpang Ulu Klang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II).
Tahun 2020 genap ulang tahun ke-50 pengisytiharan Rukun Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Walaupun sudah 50 tahun, usaha bagi memastikan penghayatan rakyat terhadap Rukun Negara sentiasa berada pada tahap yang tinggi terus dilakukan. Sambutan Jubli Emas Rukun Negara akan berlangsung selama tiga bulan, sebagai usaha kerajaan meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, ditambah lagi dengan pandemik COVID-19, perpaduan dan bersatu padu memainkan peranan penting dalam menangani cabaran tersebut, kerana Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkesan, akibat penularan tersebut. Telah terbukti rakyat Malaysia dari segenap golongan masyarakat telah bersatu padu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan meratakan lengkungan jangkitan virus itu.
Sempena ulang tahun Rukun Negara yang ke-50, kami membawakan semula tiga peristiwa penting yang membawa kepada kelahiran Rukun Negara:
Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei berlaku beberapa hari selepas pilihan raya ketiga yang menyaksikan Parti Perikatan gagal mempertahankan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat. Pertelingkahan antara kaum dipercayai tercetus akibat penghinaan antara itu mengorbakan lebih 196 nyawa sementara 149 lagi cedera.
Penubuhan MAGERAN
Peristiwa 13 Mei menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat selama 22 bulan. Serentak itu Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara. Majlis itu diketuai Tun Abdul Razak selaku pengarah operasi.
Penubuhan Majlis Perundingan Negara
Majlis Perundingan Negara ditubuhkan melalui MAGERAN yang bertangungjawab dalam merangka merangka perpaduan negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil.
Satu kawasan sejarah yang sangat luas lengkap dengan penemuan senjata berusia 10,000 tahun ditemui oleh pasukan penyelidik di Pulau Kotelny, Siberia. Kawasan purba ini kemungkinan dahulunya adalah sebuah ‘kilang memproses’ yang digunakan bagi menghasilkan senjata seperti lembing dan pisau daripada gading gajah mamot.
Menurut ahli-ahli paleontologi, kilang purba itu ditemui bersebelahan bangkai seekor mamot dalam keadaan beku di Pulau Kotelny.
Pakar mamot dari Akademi Sains Yakutia yang memeriksa kilang senjata tersebut memberitahu media tempatan terdapat kesan pertukangan pada gading serta tulang rusuk bangkai gajah berkenaan, menandakan ia diburu oleh manusia.
Kesan daripada proses itu, mungkin dilakukan oleh lelaki purba, berdasarkan apa yang ditemui pada cebisan gading gajah yang dijumpai.
Gading yang diukir itu mempunyai bahagian tajam yang sesuai digunakan untuk memotong daging serta dibuat senjata untuk membunuh. Terdapat contoh penggunaan gading yang dijadikan lembing di beberapa lokasi lain di Siberia.
Keadaan gading itu jelas menunjukkan manusia memotongnya dan menjadikan ia sebagai senjata.
Kajian lanjut akan dilakukan untuk mengetahui sama ada haiwan tersebut diburu menggunakan lembing yang dibuat daripada gading haiwan itu sendiri atau gajah lain.
Kumpulan pakar ini akan menentukan usia gading gajah tersebut menggunakan teknik radio karbon tetapi buat masa ini, boleh dikatakan usianya tidak kurang dari 10,000 tahun.
Malaysia sekali lagi berada di pentas dunia apabila seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam sebuah pertandingan masakan di Dublin, Ireland.
Siti Safura Mohd Tawil mendapat tempat pertama dalam pertandingan kelas masakan Asia-India di pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 (Chef Ireland Culinary Competition) yang dianjurkan oleh barisan panel chef dari Ireland. Namun, apa yang menarik apabila Safura mempertaruhkan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu resepi Nasi Lemak Bunga Telang dalam pertandingan itu.
Menerusi perkongsian gambarnya bersama pingat di laman sosial Facebook, Safura memaklumkan dia dianugerahkan pingat emas itu dalam pertandingan yang diadakan di Pameran Food & Bev Live 2020 semalam.
Chef Ireland culinary competition 2020 ☘️🇮🇪Alhamdulillah, Gold for Nasi Lemak Bunga Telang🍛🥇🇲🇾.Thank you to Malaysian Ambassador TYT Encik Zakaria Nasir and wife Puan Junainah for your endless support ✨..Also thank you to Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa and Sir Razman for your advices and opinion. Really appreciate it!.Walaupun masih demam, Allah izin juga, Thank you Allah♥️. #Doneexam .Safura Tawil5 February 2020Cook for Malaysian Ambassador in Dublin, Ireland 🇮🇪
Posted by Safura Tawil on Wednesday, 5 February 2020
“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga,” tulis Safura. Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” tambahnya lagi.
Sebab itu, jangan main-main dengan nasi lemak kita! Kalau ada yang kutuk nasi lemak kita ‘meloyakan’ atau mengubah resepi asal kononnya lebih baik memang buruk padahnya.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...