Bagi yang mahu bersiar-siar bersama keluarga hujung minggu ini terutama yang tinggal di Gopeng, Perak bolehlah pergi ke Taman Alam Kinta. Ini kerana di lokasi ini telah diiktirafkan oleh Persatuan Alam Malaysia sebagai kawasan yang menjadi habitat kepada lebih daripada 150 jenis burung air. Bukan saja dihuni oleh ribuan burung malah sangat sesuai dijadikan lokasi bergambar.
Berkeluasan 900 hektar dan merupakan n bekas tapak lombong bijih timah ia menyajikan pemandangan yang sangat indah serta keadaan persekitaran yang cukup menenangkan.
Taman Alam Kinta terletak di Batu Gajah ini merupakan syurga dunia bagi ribun burung dari pelbagai spesis terdiri dari burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air, penyelam, panglim, bangau dan lain-lain spesis burung lagi yang mampu menjadi tarikan pelancong.
Pengerusi Taman Alam Kinta, Jek Yap menyatakan kajian tersebut yang dijalankan daripada 8 hingga 24 Januari menunjukkan bahawa Taman Alam Kinta didiami oleh 1,381 burung air di mana populasi tersebut telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun 2009. Malah Taman Alam Kinta ini turut dihuni oleh pelbagai jenis ikan dan memerang yang sentiasa mencari makanannya.
Taman ini Sebuah menara pemerhati burung dibina agar pelancong dapat memerhati habitat burung-burung air di Taman Alam Kinta ini.
Bagaimana nak ke sini?
Dipetik dari Perak Today, terdapat dua jalan masuk ke sini. Yang pertama adalah laluan daripada Batu Gajah dan yang kedua adalah daripada Gopeng/Kampar.
Jika daripada Batu Gajah, anda akan melihat sebuah papan tanda penanda arah ke kawasan ini berdekatan dengan lampu isyarat simpang empat di Jalan Bemban.
Setibanya anda ke sini, sebagaimana memasuki mana-mana taman negeri, para pelawat harus mendaftarkan diri terlebih dahulu di kaunter ranger di sini.
Ia dibuka setiap hari, seawal jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang.
Difahamkan sekitar tengah hari dan lewat petang, keberadaan burung di sini sangat banyak.
Taman Alam Kinta ini juga mempunyai beberapa kemudahan asas seperti tandas, pondok berehat dan juga tapak dewan terbuka. Di sini juga turut mempunyai kawasan untuk menjalankan aktiviti perkhemahan.
Jadi kalau boring2 di hujung minggu ini, jangan lupa ke sini.