Hampir 10 ribu jemaah antarabangsa tiba di Arab Saudi pada 1 November 2020 lepas sebagai kumpulan pertama dibenarkan melaksanakan ibadat berkenaan selepas tujuh bulan ibadat umrah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19
Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah berkata, 10,000 jemaah yang tiba dari luar negara itu mesti mendapatkan kebenaran terlebih dulu. Antaranya:
Ads
Setibanya di sana, jemaah mesti mengasingkan diri selama tiga hari sebelum dibawa ke laman Miqat, sempadan kawasan di mana jemaah yang ingin menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.
Mereka hanya dibenarkan berada di sana sehingga 10 hari, termasuk tiga hari dalam pengasingan.
Seiring protokol, 500 kumpulan, masing-masing dengan 20 jemaah antarabangsa, bergerak sepanjang hari mengikut tempoh yang diperuntukkan.
Had umur maksimum yang ditetapkan bagi jemaah antarabangsa adalah antara 18 hingga 50 tahun.
Negara yang dibenarkan harus dinilai oleh Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian standard serta protokol yang dipersetujui oleh kerajaan.
Namun, visa bagi jemaah yang tiba dari negara mencatatkan peningkatan ketara jangkitan COVID-19 akan ditangguhkan.
Jemaah juga mesti mempunyai insurans kesihatan penuh yang merangkumi rawatan kecemasan jika dijangkiti dan kemungkinan menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).
Ads
Sebagai permulaan pembukaan tahap ketiga ini, masjid-masjid akan beroperasi pada tahap 100 peratus. Jika pada mana-mana tahap wujud kemungkinan yang boleh menimbulkan bahaya kepada jemaah, kementerian akan menilai keadaan untuk kembali ke tahap sebelumnya dan mengurangkan jumlah jemaah. Pada masa ini, Saudia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan untuk membawa jemaah ke sana. Jemaah yang tiba dari negara di mana Saudia tidak beroperasi perlu melalui pihak ketiga, yang sudah diberi pelepasan oleh kerajaan Arab Saudi.
Ads
Semoga kes jangkitan pandemik di Malaysia semakin berkurang dan rakyat Malaysia juga antara negara yang akan dibenarkan melakukan ibadah umrah dalam masa terdekat.
Umum mengetahui Sukan Olimpik 2020 bakal diadakan di negara Jepun tahun hadapan. Akibat kekurangan tenaga kerja manusia disebabkan kadar kelahiran yang rendah, kepimpinan negara matahari terbit telah sebulat suara untuk menggunakan khidmat robot. Ia berfungsi bagi membantu mengendalikan jutaan pengunjung ketika penganjur sukan terbesar di dunia ini.
Pada tarikh detik permulaan Olimpik Tokyo 2020 nanti ahli sukan, pengujung dan pelancong akan disambut dengan deretan robot yang sentiasa berkeliaran sama ada di stesen-stesen kereta api atau di lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo. Ramai berpendapat lebih ramai pelancong dan peminat sukan akan berkomunikasi dengan mesin berbanding dengan manusia.
Arisa Si Pembantu Arah
Di stesen kereta api bawah tanah, robot bernama Arisa akan membantu pelancong asing dan pengguna kereta api mendapatkan arah yang betul dan tandas di sekitar kawasan stesen itu semasa berlangsungnya sukan berkenaan.
Robot wanita bermata besar dengan ketinggian 182.8 sentimeter dilengkapi monitor skrin sentuh bukan sahaja boleh bertutur dalam bahasa Jepun malah bahasa Inggeris, Korea dan Cina. Selain memberitahu lokasi tarikan pelancongan di ibu kota itu, Arisa yang peramah tidak keberatan untuk berswafoto jika diminta oleh pelancong.
Perseusbot Robot Pengesan Bahaya
Terdapat juga robot bernama, Perseusbot digunakan. Fungsi Perseusbot mampu mengesan dan membuat laporan tentang individu dan objek yang mencurigakan di stesen-stesen kereta api selain mengurangkan bebanan tugas kakitangan stesen terlibat.
Robot berketinggian 167.5 sentimeter itu mampu mengelak sebarang halangan semasa meronda menggunakan jubin braille dan memberi amaran terus kepada telefon bimbit kakitangan stesen jika mengesan sebarang objek terbiar dalam tempoh yang lama. Perseusbot juga boleh mengesan pergerakan penumpang yang berpotensi melakukan tindakan agresif seperti menggenggam tangan seperti hendak memulakan pergaduhan.
Bestkan? Jom la book tiket ke Tokyo tahun hadapan 🙂
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai yang sudah merancang ke Cameron Highlands dalam masa terdekat bimbang untuk meneruskan percutian mereka ke tanah tinggi tersebut ekoran tularnya beberapa keping foto yang mengundang keselamatan penggunjung.
Jangan risau, anda boleh teruskan plan percutian ke Cameron Highlands dengan hati yang tenang setelah kerajaan Perak memberi jaminan bahawa Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan berlaku runtuhan cerun, selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya.
Kerajaan negeri melalui agensi teknikal seperti JKR akan terus memantau secara mendalam berkenaan keadaan cerun tersebut dan mereka sempat meninjau kawasan tersebut selepas melihat gambar-gambar yang ditularkan. Dalam satu kenyataan, kerajaan negeri Perak juga berharap rakyat untuk lebih bertanggungjawab, serta tidak menular gambar-gambar atau berita tidak benar yang akan menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya.
Walau bagaimanapun merekat turut mengakui terdapat runtuhan kecil yang berpunca daripada hakisan air hujan dan bentuk muka bumi yang berbukit, tetapi keadaan tersebut tidak seteruk seperti yang ditularkan. Kerja-kerja penambahbaikan cerun sudahpun dijalankan iaitu membabitkan kerja-kerja ‘tie back wall’ dan ‘micropile slab’ sejak beberapa tahun lalu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekarang ini satu dunia sedang menyaksikan kekejaman tentera Regim Zionis di Palestin yang membedil rakyat di sana dengan senjata merbahaya tanpa belas kasihan.
Namun penduduk Palestin di sana tidak gentar, malah sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat solat pertama bagi umat Islam.
Perkongsian di grup Backpackers Buddies Malaysia, Nora Othman berkongsi keindahan Masjid Al-Aqsa ini dan memberitahu perkara yang perlu diketahui ketika masuk ke Palestin.
Bila kita menyebut tentang israk mik’raj mesti teringat perjalanan nabi Muhammad SAW ke 7 pertapa langit menemui tuhan dan menyaksikan kejadian2 disetiap lapisan langit Seventh Heaven.
Dari Al Haram di Mekah nabi bergerak ke Al Aqsa di Palestine menaiki buraq. Sedikit perkongsian tentang Al Aqsa, Baitul Maqdis.
Masjid Dome of The Rock dikenali sebagai Masjid As-Sakhrah terletak dalam kompleks Al-Aqsa sering ditonjolkan. Al Aqsa adalah kompleks yg mengandungi
5 buah masjid; 1. Masjid Qibli – yg paling depan sekali mengadap kiblat. 2. Masjid Dome of The Rock 3. Masjid Buraq 4. Masjid Marwani 5. Old Al Aqsa mesjid. (Masjid 1 dan 2 terletak di atas manakala 3, 4 and 5 terletak di bawah tanah. (underground).
Apabila tiba di Palestine, nabi mengikat buraqnya di tempat pengikat seperti gelang tapak kuda. Maka masjid itu dinamakan masjid Buraq.
Ikuti penerangan di gambar nanti.
Masjid Dome of the Rock. Di sini terdapat batu tergantung yang mahu mengikut Nabi ketika baginda naik ke langit tetapi Allah menahan batu tersebut.Dome of the Rock waktu Maghrib.Buraq diikat berdekatan pintu ini.AlAqsa adalah kompleks suci bagi Judaism, Christian dan Islam. Belah kanan “Wailing Wall” tempat orang Jewish meratap. Sebelah menyebelah ya.Tu mereka meratap dekat Wailing Wall.Masjid Al Buraq ni tidak besar sangat.Batu ini dikatakan tergantung . Tapi ada structure dibina kiri kanan supaya senang orang ramai lawati. Wallahualam banyak versi.Interior Dome of the Rock.Di bawah batu tergantung. Hanya penceritaan tiada bukti hadis dan sebagainya.Perjalanan ke bawah Masjid Al Aqsa yang bawah tanah.Ambil berkat solat sunat di AlAqsa level bawah tempat Nabi Muhammad SAW mengimamkan nabi-nabi lain sebagai jemaah.Interior Masjid Al Aqsa bahagian atas.Pintu masuk Masjid Al Aqsa bahagian atas. Ground floor ni.Interior Masjid Al Aqsa sisi kiri.Pintu masuk Dome of the Rock.Masjid Buraq.Tempat kelahiran Nabi Isa A. S.Dulunya Solomon Stable tempat Maryam menyendiri dari orang ramai. Sekarang sudah jadi bahagian underground wing kiri Masjid Al Aqsa. Ada quranic school bawah ni.Perjalanan ke kompleks Al Aqsa melalui souk. Jadi memang perlukan guide. Souk negara-negara Arab ini macam ular kena palu.Inilah Masjid Al Aqsa sebenarnya. Kompleks utama yang paling besar. Bila masuk waktu semua masjid melaungkan Azan. Pilihlah masjid mana nak solat. Bagi mereka mana-mana pun mereka masuk untuk solat.Dome of the Rock yang indah.Mimbar dimana Nabi Muhammad SAW menjadi imam. Underground AlAqsa.Bandar Palestine yang cantik tapi sayang telah dirampas semuanya dari penduduk Islam.Mount Olive lambaian AlAqsa sebelum keluar dari Palestine.
Perkara yang perlu diketahui ketika masuk ke Palestine.
1. Bukan semua tetamu dijanjikan visa kemasukkan. Ada satu atau dua yang kena reject juga contoh social activist dan doktor. Jadi berdoalah banyak-banyak dan solat hajat. Majoriti dapat visa masuk jangan risau.
2. Jangan sibuk nak keluar kamera sepanjang perjalanan ke immigration. Simpan kamera kalau tidak mahu dirampas.Kalau disuruh delete gambar saja dah beruntung itu.
3. Jangan berlagak pandai, lagak biasa sahaja kalau pandai bahasa Inggeris pun cakap sikit2 sahaja. Jangan sekali-sekali nak peramah-peramah.
4. Pakailah pakaian biasa sahaja, janganlah berjubah-jubah sangat. Kopiah simpan dulu ya untuk menyenangkan perjalanan nanti. Sudah dapat masuk nanti pakailah apa yang suka.
5. Bersedia untuk sengaja ditahan tanpa sepatah bicara. Saja jer nak buat susahkan kita. Jadi tenang dan duduk saja diam-diam sampai immigration officer lepaskan. Jangan sekali-sekali bercakap. Jawab apa yg ditanya sahaja.
6. Tenang saja mereka ni muka lawa handsome tapi serius, masam dan tegas dengan senapang bagai. Apatah lagi dengan yang Islam. Kalau agama lain senang sahaja dilepaskannya.(Berlaku tetapi tak selalu ya, jangan panik tapi bersedia).
7. Jangan bawa USD melebihi 300.00 nanti dia ingat kita nak bantu menderma penduduk sana.
8. Orang muda selalu banyak kena soal, passportnya akan ditanda dikuatiri sosial aktivis lah bagai yang penting tenang, tenang saja.
9. Yang sudah lepas duduk diluar sambil menunggu yang belum lepas. Bacalah dua’ banyak-banyak semoga Allah mempermudahkan perjalanan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...