Syoknya Percutian 5 Bintang Di Cameron Highlands, Kos Semalam Baru RM26. Sedapnya Makan Strawberi Putih

Share

Aktviti berkhemah sudah menjadi trend terkini dalam percutian. Dianggap satu percutian menarik khususnya dilakukan bersama suami isteri atau ahli keluarga, pelbagai aktiviti dapat dilakukan ketika camping.

Ramai menyukai pemandangan alam semulajadi di tapak perkhemahan. Ianya sangat indah dan menakjubkan alam ciptaan Allah. Bahkan dengan aktiviti camping ini juga, ia dapat menguatkan lagi ikatan kekeluargaan sesama ahli keluarga.

Bagi yang bercita-cita menikmati alam semulajadi yang indah, bolehlah mencuba aktiviti berkhemah di Sungai Pauh Campsite yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Kosnya tidaklah mahal mana, cukup RM26 untuk sewaan tapak dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (perlu buat booking dulu ya secara online dengan jabatan. Dah lulus baru boleh gerak). Syarat paling utama, korang dah ada khemah sendiri ya atau boleh sewa dengan Jabatan Perhutanan Pahang.

Di tapak perkhemahan Sungai Pauh Cameron Highlands. Sangat selesa, umpama percutian lima bintang tapi bayaran berbaloi dengan suasana
Jalan masuk ke campsite

Jom baca review dari geng camping, Daten Gweng yang membuat percutian lima bintang tapi dengan kos murah saja di Cameron Highlands.

Bercuti 5 bintang di Cameron Highland dengan kos penginapan RM26 sahaja berdua.

Selalu check in hotel. Kali ni check in khemah. Khemah sendiri.

Khemah di set up seringkas mungkin, namun tetap pentingkan keselesaan tulang belakang dan keselesaan mata memandang juga.

Tempat camping:-Sungai Pauh Campsite

Inilah khemah kami,
Beginilah suasana malam. Pekena air panas secawan dua sebelum masuk berehat
Di tapak perkhemahan Sungai Pauh Campsite. Tenang2 saja di sini
Kami guna tilam angin. Jadi tak adalah sakit badan ketika tidur dalam khemah. Memang agak selesa dalam nie
Rehat2kan badan sambil makan strawberi. Memang tenang suasana begini
Jalan masuk ke campsite. Cantik sangat dengan pemandangan pokok pines. Terasa macam di luar negara

Kos:Rm10 perpax (kena booking melalui web Jabatan Perhutanan Pahang)

Kos entry : RM3

Tandas bersih yang amat. Bilik air pun.

Ramai solat kat khemah masing masing tapi kami solat kat surau berjemaah berdua. Surau pun bersih.

Di tapak campsite, malam-malam cuaca memang sejuk. Tidur kena pakai stoking
Suasana pagi Jalan Jalan Cari Makan
Menikmati Nasi Lemak Opah, sambalnya memang sedap sangat
Nasik lemak opah ni sedap sangat..sambal strawberry
Jambatan gantung kecil ke Taman Sedia. Depan tu gerai Nasi Lemak Strawberi dan Nasi Lemak Opah, boleh jalan kaki saja dari tapak perkhemahan
Strwaberi putih, wajib cuba. Pilih buah yang besar2 sikit, rasanya lebih manis
Penyeri di campite, memang comel sangat

Day 1: Jalan kaki melalui jambatan gantung kecil ke Opah Strawberry Taman Sedia. Makan Nasik Lemak Strawberry. Sedap tau nasik lemak. Ayam crispy sangat, sizzling yee mee pun sedap kat sini.Scones.

Nak makan pizza dapur kayu pun ada. Pendek kata tak payah masak. Banyak kedai makan. Jangan lupa cari strawberry putih. Kak gweng suka, tak masam. Lebih manis. Cari buah yang besar-besar ya.

Day 2: Breakfast kat Abang Strawberry. Nasi lemak dan mee kari.

Malam malam sejuk 17c kena pakai setokin tebal. Ranjer Hutan bagi tahu semalam luck tak hujan. Cuaca cerah. Orang pun tak ramai kat Cameron.
#campinglife #DatenGwengCamping #cameronhighlands

Jadi bagi yang ada nak camping di sini, bolehlah prepare sikit-sikit dulu dari sekarang dan pergi ketika cuaca tak hujan. Pergi tahun depan pun ok. Yalah takut juga musim tanah runtuh di Cameron. Dah ragut nyawa pun. Katanya ada banyak lagi spot tanah runtuh kecil-kecilan tapi masih belum dibaiki. Jadi lebih baik berhati-hati dengan situasi ini.

Oleh
almaswa Haji Che Ros