Syok Camping Ramai-ramai Di Kampung Pagi, Taman Negara, Jerantut. Nikmati Alam & Buat Banyak Aktiviti. Balik Siap Singgah Makam Mat Kilau!

Share

Bila dapat camping satu keluarga memang syok, tambah pula yang join semua suka camping. Ada pula dalam kalangan keluarga yang merupakan guide di satu-satu kawasan, memang senang nak jelajah campsite yang dipilih.

Mohamad Wafi berkongsi pengalaman dia dan keluarga besarnya camping di Taman Negara, Jerantut Pahang. Perkhemahan selama 4 hari 3 malam itu padat dengan aktiviti menarik dan penjelajahan ke sekitar Taman Negara tersebut.

Berpeluang menikmati alam semulajadi sambil meneruskan ukhwah keluarga, camping adalah salah satu cara yang kini sedang mendapat tempat di hati pengembara Malaysia untuk meneroka ke lebih banyak tempat menarik yang ada.

Kesempatan berada di negeri kelahiran Mat Kilau tak disia-siakan begitu sahaja, sempat melawat ke Makam Pahlawan Melayu itu, ekspedisi keluarga ini antara kelainan yang boleh diadaptasi untuk keluarga lain juga.

Nak tahu apa lagi aktiviti best yang mereka buat sepanjang ekspedisi dan perkhemahan mereka, ikuti perkongsian ini!

Family camp meet 2.0

Kali ni saya dan family dari kedah buat trip ke Kampung Pagi, Taman Negara. Jerantut Pahang selama 4h3m

Tapak yg kami pacak dekat jeti Kampung Pagi. Tapak masih baru tapi kemudahan asas ada:

plug point

toilet

parking

Aktiviti yg kami semasa 4h3m

Day 1

-bertolak dari Raub bersama family dari kedah yang sampai sehari sebelum dan menginap satu malam di homestay saya Rumah Inap Wawa, Raub, Pahang

-sampai di Jerantut makan dan teruskan perjalanan ke Kuala Tahan

-perjalanan ke Kampung Pagi boleh pakai kenderaan biasa dah.

-kami konvoi so perjalanan agak lambat sikit dan sampai sebelum lewat petang sebab sekarang petang hujan. terus pacak khemah dan malam bebas dan santai

Day 2

-pagi kami ke Bukit Awan. Kat sana puncak bukit dan boleh naik kereta biasa juga.

-balik dari bukit awan aktiviti bebas. lepas makan dan solat jumaat kami buat aktiviti 4×4 ke Kampung Mat Daling. Kami berenti di satu jambatan. Jambatan tu menghubungkan satu perkampungan lama, Kampung Gusai di Kuala Tahan dan Kampung Mat Daling sempadan Terengganu. Tapi kami berhenti di jambatan tu sahaja dan hanya 4×4 sahaja lepas untuk ke Kampung Gusai

Day 3

-Kami turun ke Kuala Tahan dari Kampung Pagi

parking dekat jeti Kuala Tahan untuk Ke seberang menaiki boat untuk mohon permit ke Canopy Walk

RM 1 utk permit satu org

RM 5 utk permit camera

RM 3 utk tiket canopy

-dari jeti Kuala Tahan ke jeti Mutiara resort tu RM 1 satu kepala

-Untuk ke canopy ada dua jalan. Tracking dari Mutiara Resort ke canopy walk. (Free)

-naik boat dari Jeti Mutiara Resort tu ke Jeti Canopy Walk RM100 (2 way)

-dari Jeti canopy walk tu perlukan stamina sikit untuk daki ke entrance canopy walk. time kami sampi orang pun ramai. kena tunggu turn juga. Untuk nak bawak baby pakai terus baby carier.

-day 3 ni full sikit aktiviti kami. lepas turun dari canopy walk kami makan dan balik semula ke kampung pagi. kami buat aktiviti rapid shooting perang air dengan boat. tapi kalau korang ramai dan ada 2atau 3 boat lagi seronok. kami hari itu 2 boat. ending rapid tu kami mandi di tepi sungai. boleh refer gambar nanti.

-balik dan rehat setelah satu hari aktiviti

day 4

-pagi breakfast dan kemas-kemas la. apa lagi. hihi. kami buat perjalanan ke Jerantut dan singgah di Pulau Tawar untuk ziarah Makam Mat Kilau. Pahlawan Melayu Pahang

-dari simpang Masuk ke Padang Piol ke Pulau Tawar dalam 8KM sahaja. Rugi la kalau lepaskan peluang sebab datang dari Kedah kan.

-makan tengahari di Paya Gunung. Rumah family angkat. kami di jamu ikan talapia goreng dan Gulai Masam tempoyak ikan patin. surrrr..

-perjalanan pulang balik ke raub dan menginap di Homestay/Rumah Inap WAWA-Raub,Pahang kepunyaan saya dan family satu malam sebelum keesokkan nye balik ke kedah dan ada yang buat aktiviti sndiri.

malam last kami dikejutkan ada orang kampung nampk pak belang di simpang masuk ke kampung pagi hanya 2km dari base camp kami

kami buat aktiviti sendiri sebab sepupu saya adalah seorg guide di Taman Negara dan tapak yg kami duduk tu bersebelahan dengan warung dia di Kampung Pagi.

banyak lagi aktiviti boleh di buat di sana contohnya:

-memancing

-naik boat ke santuary ikan kelah

-aktiviti 4×4 pun ada track dia

-night walk di Hutan Taman Negara

ada lagi. tapi tak ingat. hihi. kena berhubung dengan sepupu saya balik.

kalau ada yang nak tanya boleh la roger

wafi 0132056725

sekian coretan dari saya dan tengok-tengok la gambar kami satu family bercamping di sini

Kredit: Mohamad Wafi

Oleh
SAHR