Amerika Syarikat akan menyekat kemasukan pesawat-pesawat penumpang syarikat China ke negara itu tidak lama lagi. Berita ini pasti memberi sedikit kesukaran buat kedua-dua warga negara ini.
Arahan ini adalah yang terkini dalam peningkatan ketegangan di antara negara China dan Amerika Syarikat. Sekatan Washington ke atas empat syarikat penerbangan dari China ini bermula 16 Jun 2020. Keputusan ini dicapai selepas Beijing gagal meluluskan penyambungan penerbangan United Airlines dan Delta Airlines pada awal minggu ini ke China. Delta Airlines dan United Airlines sebelum ini menggantung penerbangan ke China akibat COVID-19.
Namun, pada ketika itu, syarikat China masih meneruskan penerbangan ke AS 20 kali seminggu pada Februari. Kekerapan ini ditingkatkan kepada 34 kali seminggu pada Mac. United Airlines dan Delta Airlines sebelum ini berharap dapat menyambung penerbangan mereka ke China pada Jun. American Airlines pula bercadang untuk menyambung penerbangan pada Oktober.
Sumber: astroawani