Konsep alam perkerjaan seseorang manusia dalam dunia ini sebenarnya sangat mudah, jika mereka gembira dan bahagia dengan apa yang mereka lakukan. Lebih bermakna jika sesebuah organisasi memainkan peranan sebagai majikan yang bertolenrasi dengan kakitangannya.

Sebuah syarikat pembangunan permainan video dikenali sebagai Rocketwerks, menjadi idaman ramai selepas tampil dengan konsep yang sangat berbeza apabila menyarankan pekerjanya mengambil cuti tanpa had dan cuti sakit pekerja yang juga berbayar. Idea tersebut telah beberapa tahun dipraktikan sejak tahun 2015 lagi.
Syarikat Di NZ ‘Paksa’ Staf Ambil Cuti Melancong Sebulan Terus Dalam Setahun Untuk Tingkat Produktiviti Kerja
.

Rocketwerks yang bertapak di New Zealand meletakkan beberapa lagi peraturan cuti menarik kepada staf mereka iaitu semua pekerja perlu mengambil sekurang-kurangnya cuti empat minggu setiap tahun untuk mengembalikan stamina mereka. Bukan itu sahaja, pekerjanya juga ditawarkan gaji tahunan secara purata kira-kira 40,000 Pound Sterling

Ads

Ketua Eksekutifnya, Dean Hall berkata strategi itu membantu syarikat menarik ramai kakitangan berkebolehan dan berdaya saing serta dia meletakkan kepercayaan yang penuh kepada kakitangannya untuk melaksanakan projek bernilai jutaan Pound. Baginya pekerja berkualiti dan gembira dengan kerjayanya adalah aset terhebat sesebuah organisasi.
Syarikat Di NZ ‘Paksa’ Staf Ambil Cuti Melancong Sebulan Terus Dalam Setahun Untuk Tingkat Produktiviti Kerja
.

Syarikat teknologi itu mengambil pendekatan progresif dengan memperkenalkan skim pekerjaan tersebut dengan tujuan melonjakkan keterlibatan staf dan produktiviti. Konsep yang tidak ortodoks itu mungkin membuatkan sesiapa sahaja membayangkan sebuah pejabat yang kosong dan sasaran syarikat yang tidak terlaksana. Namun, selepas dipantau beberapa tahun, konsep tersebut terbukti dapat meningkatkan hasil kerja selain menggalakkan autonomi dan kesan positif dalam pasukan kerja.

Ads

“Lebihan waktu untuk diri sendiri membolehkan pekerjanya menguruskan hal peribadi tertentu yang menjejaskan tumpuan kerja seperti melancong, memperbetulkan soal perhubungan, bersedih atas kematian haiwan peliharaan tersayang, kesibukan berpindah rumah dan menangani isu kesihatan mental.

“Para pekerja diberi kebebasan untuk perkara di luar pejabat supaya mereka mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan. Semua idea ini dipengaruhi pengalaman sewaktu saya berkhidmat dengan tentera,” ujarnya seperti yang dipetik dari portal gaya hidup Australia, Happy Mag.

Ads

Menarik bukan? Dah la bos kacak, dapat gaji besar, nak cuti pun senang. Dengar cerita syarikat ini sedang mencari calon pekerja baru di seluruh dunia, kalau rasa anda berkelayakan boleh la cuba.
Syarikat Di NZ ‘Paksa’ Staf Ambil Cuti Melancong Sebulan Terus Dalam Setahun Untuk Tingkat Produktiviti Kerja
.

Sumber: staff.co|astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI