[et_pb_section admin_label=”section”]
[et_pb_row admin_label=”row”]
[et_pb_column type=”4_4″]
[et_pb_text admin_label=”Text”]
Apabila melancong di negara luar, ada masanya sukar untuk mencari makanan yang halal. Apatah lagi jika bercuti di negara yang majoriti masyarakatnya tidak beragama Islam. Sesetengah premis makanan tersalah anggap akan konsep hidangan halal.

Bagi mereka, ‘As long as no pork’, makanan tersebut sudah halal dan boleh dihidangkan kepada pelancong Muslim. Mereka juga beranggapan hidangan vegetarian sudah bebas unsur tidak halal.

Justeru itu, pastinya terdapat sedikit perbezaan di situ. Vegetarian membolehkan penggunaan bahan-bahan yang memisahkan mereka untuk menjadi halal. Contohnya penggunaan alkohol dalam kuah, sos dan perisa vanila. Sesetengah resepi vegetarian juga menggunakan wain sebagai ramuan. Walaupun kuantiti yang digunakan adalah sedikit, tetapi ia tetap dilarang.

Coklat dan manisan yang terdapat di pasaran luar juga kadangkala mengandungi alkohol. Selain alkohol, penggunaan gelatin yang berasaskan sumber haiwan yang diragui juga mudah dijumpai dalam kandungan pemakanan yang ditulis di luar pek. Pendek kata, sebahagian besar produk coklat yang dijual di luar negara mengandungi gelatin babi dan tidak sesuai untuk digunakan oleh pengguna Islam.

Ads

Entri kali ini memberi tip bagaimana mahu makan halal sepanjang pengembaraan anda.

Logo Halal

Cari restoran yang mempamerkan logo pensijilan Halal di premis mereka. Anda boleh mendapatkan info mudah mengenai restoran halal di internet. Pilihan kedua andai tiada restoran halal ialah mencari restoran yang menyediakan makanan berunsurkan seafood dan makanan vegetarian. Pun begitu, berhati-hati agar tiada penggunaan alkohol, wain dan minyak haiwan yang digunakan.

Ads

Bawa Makanan

Bawa sendiri bekas makanan untuk anda nikmati di dalam hotel. Tidak salah untuk menyediakan makanan sendiri dengan hanya membeli belah di kedai-kedai tempatan untuk produk semula jadi (buah-buahan, sayur-sayuran, roti, madu dan lain-lain).

Ads

Makanan Ringan

Pek makanan ringan yang halal dan sihat seperti oat untuk mengelakkan anda dari kelaparan. Kekacang, buah-buahan kering dan sesetengah makanan ringan mampu membantu anda untuk kekal kenyang sepanjang malam. Jika tidak, mi segera adalah pilihan yang mudah dan mengenyangkan.

Kenali Istilah Pengunaan Nama-Nama Untuk Makanan

Pelajari dan kenali istilah dan nama-nama lain bagi babi yang digunakan dalam menu makanan Italy, Mexico, French dan sesetengah restoran barat bagi membantu anda membuat pemilihan makanan dengan mudah.

Terpaksa Mencari Makan

Jika terpaksa makan di luar, pilih makanan vegetarian atau seafood yang dirasakan tidak mengandungi kandungan babi atau alkohol. Anda boleh bertanya kepada pelayan dengan lebih lanjut mengenai penyediaan makanan setelah mengimbas menu dan memberi sedikit ‘guide’ kepada pelayan mengenai diet halal.
[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI