Dua kapal persiaran, SuperStar Gemini dan SuperStar Aquarius kini bersedia untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara bagi pekerja asing yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 di republik ini.
Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata SuperStar Gemini telah menerima pekerja asing yang telah pulih daripada jangkitan virus itu.
“Selepas melalui penilaian teliti pelbagai agensi, sekumpulan pekerja menaiki kapal itu pada 29 April dari Marina Bay Cruise Centre, yang kini dilengkapi ruang sakit dan stesen pengasingan,” menurut STB.
STB menyatakan beberapa penilaian turut diambil kira untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja asing itu seperti sistem pengudaraan kapal, makan di dalam kabin dan bilik dilengkapi tandas.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memindahkan pekerja ke tempat tinggal alternatif untuk mengurangkan penularan virus di asrama mereka,” katanya.
Menurut STB kapal persiaran kedua, SuperStar Aquarius, juga telah lulus penilaian pihak berkuasa dan bersedia untuk menerima pekerja asing. Pada 17 April, STB mengatakan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggunakan dua kapal persiaran bersaiz sederhana, sebagai tempat tinggal sementara pekerja asing. Kedua-dua kapal itu berupaya menampung sehingga 2,000 pekerja asing.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tapak Istana, Terowong Misteri & Perkhidmatan Kereta Kabel, Rahsia Hutan Dara Di Tengah Kuala Lumpur
Satu-satunya hutan simpan kekal yang masih ada di tengah bandaraya Kuala Lumpur terletak di Taman Eco Rimba Kuala Lumpur di kawasan Bukit Nanas. Hutan berkenaan adalah satu-satunya hutan asli berstatus hutan dara yang masih wujud diangkat sebagai salah satu produk pelancongan negara.
Hutan Simpan Kekal Bukit Nanas sudah berusia 113 tahun berdasarkan tarikh pewartaannya sejak 1906. Ketika itu, ia berkeluasan 17 hektar, tetapi kini hanya berbaki 9.37 hektar. Dahulu dikenali sebagai Bukit Weld atau Bukit Gombak dan sangat popular dalam kalangan pengunjung kerana kedudukannnya di tengah bandar. Selain itu kawasan ini juga dikelilingi dengan deretan hotel ternama serta pusat membeli-belah.
Kini di puncak bukit ini tersergam indah Menara Kuala Lumpur yang satu ketika dahulu merupakan tapak bekas istana Raja Mahdi Raja Sulaiman, Pentadbir Klang yang menentang campur tangan British di Kuala Lumpur.
Kereta Kabel Bukit Nanas
Selain itu, pada suatu masa ketika dahulu lokasi ini pernah dibangunkan perkhidmatan Kereta Kabel Bukit Nanas yang memberi peluang pengunjung untuk menikmati alam sambil bersiar-siar. Namun tarikan aktiviti dan perkhidmatan kereta kabel ini telah ditamatkan sekitar tahun 1980an.
Terowong Rahsia Di Bukit Nanas
Jangan tidak tahu, terdapat sebuah terowong rahsia dijumpai disekitar kawasan ini. Terowong itu ditemukan secara tidak sengaja semasa kerja-kerja baik pulih cerun runtuh oleh kontraktor pada Mei 2013 lalu. Penemuan ini juga mengukuhkan lagi beberapa cerita dan bualan mulut orang terdahulu tentang peperangan di puncak bukit itu selain wujudnya istana lama pernah dihuni oleh raja-raja Melayu. Terowong itu dipercayai dibina oleh kudrat manusia yang menghuni Bukit Nenas sekitar 150 tahun dahulu dengan menggunakan alat tajam untuk mengorek lubang menjadi sebuah terowong. Hasil penemuan mendapati terowong itu dijadikan pintu belakang untuk keluar masuk menuju ke Sungai Klang dan lombong bijih timah di kawasan sekitar tersebut.
Jambatan Gantung Titian Silara
Hari ini kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Nanas mempunyai pelbagai tarikan lain iaitu Titian Silara atau canopy walk yang siap dibina pada 2014. Canopy walk sepanjang 200 meter dengan ketinggian 18 meter dari tanah itu mempunyai keunikan tersendiri.
Mungkin anda tidak sempat untuk merasai ‘perkhidmatan kereta kabel’, namun dengan adanya jambatan gantung ini, pengunjung masih boleh menikmati pemandangan cantik Hutan Simpan Kekal Bukit Nanas dari atas. Paling penting canopy walk ini sangat mesra orang kurang upaya (OKU) terutama kepada pengguna kerusi roda.
‘Hiking’ Tengah Kota
Daripada titian terus berjalan masuk ke dalam denai hutan yang seterusnya menghubungkan laluan ke Menara Kuala Lumpur. Denai Penarahan, Denai Merawan, Denai jelutung, Denai Suboh dan Bamboo antara laluan siar kaki yang menawarkan pelbagai tarikan tersendiri. Kemudahan kerusi dan pondok rehat turut disediakan bagi memudahkan pengunjung melepaskan lelah seketika selepas melakukan penjelajahan di hutan ini.
Galeri Pusat Maklumat Perhutanan
Selain itu turut disediakan Galeri Pusat Maklumat Perhutanan menyediakan maklumat yang membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai Hutan Simpan Kekal Bukit Nanas. Pelbagai maklumat mengenai hutan ada di sini serta dilengkapi mini teater untuk tayangan video atau taklimat.
Bagi yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi tanpa perlu keluar jauh dari bandar raya Kuala Lumpur, Taman Eko Rimba KL destinasi tepat buat anda. Waktu Operasi dari 8 pagi hingga 5 petang dibuka tujuh hari seminggu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bercuti Sambil Berkuda Di Riders Resort Kulai, Sesuai Nak Rehatkan Minda
Riders Resort Kulai adalah sebuah resort yang sangat cantik dengan pembinaaan bergaya Eropah. Rasanya ramai yang tak tahu lagi wujudnya resort ini. Kedudukannya juga terletak di kawasan sedikit pedalaman.
Mengikut pengalaman saudari Adda, bukan sahaja orang dewasa akan suka ke sini tetapi anak-anak pun pasti enjoy dengan beberapa aktiviti yang ada.
Apa Yang Menarik Di Riders Resort Kulai
Menawarkan pelbagai kemudahan lengkap, anda boleh memilih beberapa pilihan bilik yang ada iaitu:
Verandah room
Manors room
Family suite
Untuk kemudahan bilik, resort ini menyediakan katil single, queen, dan king. Ada penghawa dingin dan juga kipas.
Jangan risau jika anda bawa anak-anak sebab di sini ada pelbagai mainan di lobi, ada ruang membaca dan untuk bersantai. Owh ya, ada kolam kecil juga untuk kanak-kanak mandi-manda.
Harga Horse Riding
Group lesson (2-5 person)
Harga RM140/seorang.
Groom Led Pony Rides.
Harga RM60 /seorang
* Jungle Trail
Harga RM140/seorang
Anda jangan risau bab makan, di sini menyediakan sarapan gaya Inggeris untuk 2 orang, malah ada pelbagai pilihan menarik di cafe.
Anda boleh lah ke sini nanti untuk bersantai. Lagipun resort ini jauh dari kebisingan, amat sesuai untuk rehatkan minda.
Dan yang paling best, anda boleh menunggang kuda kat sini.
Lokasi:
Riders Resort, inside The Legends Golf & Country Resort. Lot 1302, Sedenak Johor.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Untuk Korang Yang Bujang Atau Berkeluarga, Ini 6 Aktiviti Best Boleh Buat Di Putrajaya Pada Hujung Minggu
Sempena tahun bersejarah Jubli Perak Putrajaya, kemeriahan sambutan berkenaan akan diraikan sepanjang tahun 2020 dengan pelbagai acara, program serta pengisian yang dibawakan khas untuk semua pengunjung.
Kalau tidak tahu hendak ke mana pada cuti hujung minggu, bawa keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang berjalan-jalan di Putrajaya! Walaupun dah lama duduk area KL-Selangor, mungkin masih ramai yang tak pernah berkunjung ke Putrajaya selain untuk urusan rasmi. Kota yang sinonim dengan pejabat kerajaan ini menawarkan landskap serta senibina yang menarik untuk kunjungan pelancong luar mahupun orang tempatan.
- Cruise Tasik Putrajaya
Salah satu cara paling menarik untuk anda menikmati keindahan pemandangan dan keunikan mercu tanda di Putrajaya adalah dengan menaiki bot di Tasik Putrajaya. Terdapat 2 jenis bot yang boleh anda pilih iaitu Belimbing Cruise dan Perahu Dondang Sayang. Bagi anda yang dah ingin mencari kelainan pula, ada pakej santapan istimewa yang boleh ditempah dalam Dining Cruise Boat yang berhawa dingin atau Love Boat ala gondola.
- Taman Ekuestrian Putrajaya
Di Taman Ekuestrian Putrajaya, anak-anak pasti teruja untuk melihat kuda secara dekat dan cuba menunggangnya. Kalau serius ingin belajar menunggang kuda, anda boleh mendaftar kelas-kelas yang diajarkan oleh tenaga pengajar profesional. Bila dah penat berkuda, singgahlah ke Restoran Rallegra yang terdapat di dalam Taman Ekuestrian ini. Pelbagai menu istimewa dihidangkan setiap hari.
- Taman Wetland Putrajaya
Pelbagai tarikan yang akan anda nikmati jika berkunjung ke Taman Wetland Putrajaya seperti Menara Pandang Jauh yang berketinggian 18 meter, denai semula jadi, kolam flamingo, tasik angsa, kawasan berkelah dan tapak perkhemahan serta tarikan menarik lain yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini adalah menaiki tram dan buggy, berbasikal, berkayak, berkenu, atau menaiki paddle boat.
- Putrajaya Challenge Park
Walaupun telah mula dibuka sejak 2009, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan sebuah pusat sukan ekstrem di sini. Dengan harga yang amat berpatutan, anda boleh mencuba aktiviti sukan lasak seperti wall climbing, skateboard / inline skating, BMX, atau menghadapi cerun mencabar di mountain bike trail. Jangan risau kalau tak ada peralatan untuk wall climbing, anda boleh menyewanya di sini. Keselamatan anda juga terjamin dengan pantauan kakitangan di pusat ini. Aktiviti ini juga terbuka kepada anak kecil yang ditempatkan khas mengikut tahap kesukaran mereka.
- Kolam Mandi Rekreasi Awam @ Dataran Gemilang
Tak payah mahal-mahal ke taman tema air, datang saja bawa anak kecil ke kolam mandi rekreasi awam di Dataran Gemilang ini. Ia menjadi tempat bersantai bagi keluarga kerana tempat ini luas dan tidak sesak dan tiada bayaran yang dikenakan.
- Flyboard @ Putrajaya
Bagi penggemar sukan lasak dan aktiviti mencabar, anda patut merasakan sensasi terbang seperti ironman dengan menggunakan flyboard di Putrajaya. Flyboard adalah sejenis alat yang dikuasakan oleh tekanan jet air di bawah kaki, dan anda perlu cuba mengimbangkan badan untuk memastikan anda dapat menaikkan tubuh ke udara. Selain flyboard, ada juga aktiviti lain yang terdapat di sini seperti stand up paddling, bermain hoverboard dan berkayak.
Jom jalan-jalan Putrajaya!
image via google | :sirap limau
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI