Kuala Lumpur dikenali sebagai hub transit untuk mengembara, tidak sah jika tidak tinggal beberapa hari di kota ini kerana ia sentiasa menjanjikan seribu satu keseronokan. Disebabkan itu, penginapan berdekatan dengan pusat beli-belah, kemudahan awam dan tempat-tempat menarik merupakan pilihan tertinggi tetamu ketika mencari hotel terutamanya di sekitar bandar besar.
Maka tidak hairan jika Sunway Putra Hotel yang terletak di Jalan Putra, Kuala Lumpur menjadi lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang menginap. Berada pada lokasi yang strategik selain mempunyai akses mudah ke pusat membeli-belah Sunway Putra Mall, ia merupakan satu kelebihan kepada pengunjung. Pelbagai aktiviti sampingan boleh dilakukan seperti menonton wayang, membeli-belah, menjamu selera atau hanya bersiar-siar mencuci mata.
Sunway Putra Hotel dianggap lokasi menginap paling sesuai sekiranya anda ingin meneroka ibu kota metropolitan Kuala Lumpur.
Meskipun terkenal sebagai destinasi persinggahan untuk aktiviti pelanggan korporat di sekitarnya namun Sunway Putra Hotel masih mempunyai tawaran menarik kepada pelanggan dalam segmen bercuti pada hujung minggu bersama teman atau keluarga.
Jika mahukan percutian hebat bersama keluarga atau rakan, Sunway Putra Hotel menawarkan kemudahan yang pelbagai seperti kemudahan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak serta kolam tub panas.
Kawasan lapang yang terdapat di sekitar kawasan ini juga sangat sesuai bagi mereka yang ingin bersiar-siar menikmati ‘view‘ Kuala Lumpur suasana pagi dan petang dengan hembusan angin pada ketinggian tingkat 11.
Di lantai ini juga terdapat kemudahan Pusat Kecergasan (Gym) yang dibuka 24 jam untuk kegunaan tetamu sahaja untuk mencuba pelbagai alatan kecergasan yang moden.
Untuk tujuan bermesyuarat atau penganjuran majlis dan acara pula, Sunway Putra Mall menyediakan pelbagai dewan dan bilik serbaguna utama dengan kemudahan teknologi canggih.
Beralih ke ruang penginapan, Sunway Putra Hotel yang bertaraf lima bintang mempunyai 650 buah bilik dan suite. Bagi yang ingin meluangkan masa pada hujung minggu bersama keluarga, jenis-jenis bilik percutian yang ditawarkan di Sunway Putra Hotel merupakan pilihan yang paling ideal. Terdapat sembilan jenis bilik iaitu Superior, Deluxe, Club Room, Club Suites, Family Room, Junior Suite, Classic Suite, 2-Bedroom Classic Suite dan Premier Suite. Sunway Putra Hotel dengan ketinggian 35 tingkat membolehkan pengunjung yang menginap dapat menikmati pemandangan yang sewajarnya.
Melangkah masuk ke ruang bilik pula, rekaannya berkonsepkan moden kontemporari dengan ruang selesa, bilik mandi luas, katil serta tilam yang empuk.
Kesemua bilik lengkap dengan sambungan Wi-Fi percuma, televisyen LCD dan seni reka dalaman yang unik. Setiap bilik juga mempunyai pelbagai kemudahan disediakan untuk tetamu seperti peti keselamatan, bar mini, alat pengering rambut dan seterika.
Soal makan pula, Sunway Putra Hotel menawarkan restoran Coffee House yang dibuka setiap hari bermula awal pagi hingga lewat malam di tingkat 9. Coffee House merupakan lokasi tempat makan seharian yang menyajikan aneka makanan tempatan serta antarabangsa.
Kari Kepala Ikan merupakan signature dish di sini. Bagi keluarga yang membawa anak-anak, terdapat ruang untuk kanak-kanak bermain disediakan di sini.
Penggemar kopi , snek enak serta rangkaian minuman terpilih boleh menikmatinya di Atrium Lounge yang berada di tingkat 9. Pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda.
Terdapat sebuah restoran yang menawarkan makanan Jepun yang lazat bertempat di tingkat 10. Gen Japanese Restaurant menyediakan makanan terbaik citarasa Jepun dalam suasana cozy. Jangan lupa untuk mencuba menu set Teppanyaki bermula dari harga serendah Rm45 dan juga menu set Bento (Chicken Teppanyaki Bento / Grilled Salmon Bento / Beef Teppanyaki Bento) berharga Rm55.
Selain itu, jika masih terasa lapar, terdapat khidmat pesanan makanan 24 jam terus ke bilik anda (in room dining) atau boleh mencuba lebih 80 outlet makan dan minum yang berada di pusat membeli-belah bersebelahan (Sunway Putra Mall).
Kemudahan yang hebat dan lokasi yang strategik menjadikan Sunway Putra Hotel pilihan yang sempurna untuk percutian atau bersantai di hujung minggu.
Sunway Putra Hotel | Address: 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur | Phone: + 603 4040 9888 | Website: www.sunwayhotels.com