Bulan Mac ini, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) menawarkan ganjaran kepada para pembeli-belah atas kesetiaan dan sokongan mereka melalui kempen Ultimate Spin & Win, dengan baucar serta hadiah bernilai lebih daripada RM1 juta untuk dimenangi.
Hampir setahun sudah berlalu sejak negara kita dan seluruh dunia dilanda dengan dugaan yang amat besar akibat penularan wabak semasa, dan Sunway Malls berhasrat untuk menunjukkan penghargaannya kepada mereka yang terus menjadikan rangkaian pusat beli-belah ini sebagai destinasi gaya hidup pilihan masing-masing.
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks berkongsi, “Kami di Sunway Malls bersedia untuk memberi khidmat kepada komuniti di sekeliling kita, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.
Selain menyediakan ruang yang selamat untuk para pengguna membeli-belah, pusat beli-belah kami juga mewujudkan sinar dalam kekelaman situasi semasa. Kami ingin menganjurkan kempen ini sebagai tanda penghargaan kepada para pembeli-belah atas sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh mereka, serta sebagai simbol solidariti bersama para peruncit kami yang sedang melalui liku cabaran yang besar.”
Ads
Mulai hari ini hingga 4 April, kesemua pusat beli-belah (kecuali Sunway Giza yang akan memulakan kempennya pada 19 Mac, dan Sunway Citrine Hub pada 20-21 Mac) akan menyaksikan setiap pembeli-belah membawa pulang hadiah atau baucar apabila mereka mengambil bahagian dalam Ultimate Spin & Win.
Membeli-belah hanya perlu membelanjakan jumlah minimum RM250 (RM150 bagi Sunway Giza) dalam dua resit, yang akan melayakkan mereka untuk memutar roda ganjaran di pusat beli-belah tersebut.
Ads
Roda berkenaan akan menentukan ganjaran yang bakal dimenangi oleh para peserta, yang terdiri daripada baucar beli-belah dan produk-produk yang ditaja oleh para penyewa yang mengambil bahagian dalam kempen ini seperti Brooks, L’Occitane, Oris, Origins, Samsonite, Yves Saint Laurent, Sulwhasoo, Tomei, Under Armour, Unilever, Watson’s, City Chain, Aveda, Li-Ning, Ogawa, Sony Centre, Braun Büffel, Oppo, Nescafe Dolce Gusto, Realme dan lain-lain.
Bukan itu sahaja, pembeli-belah yang mengambil bahagian dalam peraduan Spin & Win ini juga akan menyertai Cabutan Bertuah secara automatik yang menyajikan pelbagai hadiah menarik daripada pusat-pusat beli-belah tersebut seperti TV, telefon pintar, Playstation 5, jam tangan pintar, kerusi urut, fon kepala, produk kecantikan, katil Agro-Air Comfort oleh Napure (bersaiz queen), dan set LEGO.
Ads
Dengan pemansuhan PKP yang terkini, lebih banyak sektor perniagaan diberi kebenaran untuk membuka dan menawarkan produk serta perkhidmatan mereka kepada masyarakat umum.
Di kesemua pusat beli-belah Sunway, para peniaga yang menawarkan hiburan, perkhidmatan kecantikan dan pusat mengurut kini telah membuka operasinya, maka pembeli-belah boleh mengunjungi pusat beli-belah berkenaan untuk menikmati tawaran pembukaan semula yang eksklusif oleh jenama-jenama kegemaran mereka.
Sunway Malls akan meneruskan pengamalan standard operasi yang ketat bagi memastikan ketujuh-tujuh pusat beli-belahnya selamat untuk dikunjungi oleh pembeli-belah. Semua titik sentuh dan ruang tumpuan akan disanitasi secara berkala, di samping memastikan usaha penjarakan fizikal dipelihara. Ini dilakukan agar pembeli-belah dapat berlapang dada ketika mereka menikmati pengalaman yang dibekalkan oleh Sunway Malls.
Seorang pelajar Malaysia, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 21, dilaporkan lemas ketika berkelah di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, petang semalam.
Mangsa, pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal informatiks di Universiti Meiji, Tokyo adalah pelajar tajaan Yayasan Pelajaran Mara (YPM).
Pengurus Unit Koordinasi YPM, Khairul Amri Masrakin berkata, ketika kejadian mangsa bersama 10 rakannya mengadakan perkelahan di sungai berkenaan selepas tamat peperiksaan.
“Mangsa bersama rakannya tiba di kawasan perkelahan itu kira-kira 4 petang (waktu tempatan) …ketika lapan daripada rakannya menyiapkan bahan untuk memasak barbeku, mangsa bersama dua lagi rakannya pergi menyeberang sungai.
“Mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan lemas apabila tiba di kawasan tengah sungai, seorang rakannya telah sampai ke seberang manakala seorang lagi tidak jadi untuk menyeberangi sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya, mangsa cuba meminta bantuan, namun pelajar lain tidak dapat berbuat apa-apa.
Khairul Amri berkata, orang awam yang berada berhampiran segera membuat panggilan kecemasan dan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa 40 minit bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Red Cross Fukaya dan ketika dalam perjalanan, pasukan perubatan cuba melakukan pernafasan mulut ke mulut (CPR).
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 6.30 petang waktu tempatan,” katanya.
Beliau berkata, pihak kedutaan dan keluarga telah dimaklumkan oleh wakil YPM di Jepun dan setakat jam 8 malam tadi, jenazah masih berada di hospital berkenaan.
Khairul Amri berkata berkemungkinan keluarga mangsa akan berlepas ke Jepun hari ini, bagi menguruskan proses membawa pulang jenazah ke tanah air.
Anggota keluarga Muhammad Amirul Ashraf Abdullah yang lemas ketika berkelah di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun, semalam akan berangkat ke negara itu malam ini untuk urusan menuntut dan membawa pulang jenazah.
Pengarah Projek Malaysia-Japan Higher Education, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Mat Zailani Mat Nawawi berkata ibu Muhammad Amirul Ashraf, 21 tahun, iaitu Junaidah Mat Ali dan bapa saudaranya serta seorang pegawai YPM akan berlepas ke Jepun pada 11.30 malam ini.
Mat Zailani berkata jenazah dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada Rabu atau Khamis bergantung kepada jadual penerbangan serta prosedur sedia ada yang ditetapkan negara itu.
Semalam, Muhammad Amirul Ashraf yang menyertai perkelahan bersama 10 rakan selepas tamat peperiksaan kira-kira 4 petang di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
Allahyarham merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan mekanikal informatiks di Universiti Meiji, Tokyo tajaan YPM
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesiapa yang berada di Lembah Klang, jom hadir beramai-ramai ke pameran pelancongan terbesar Matta Fair di PWTC pada 15 hingga 17 Mac ini!
Pameran pelancongan yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam ini akan menawarkan anda dan rakan-rakan dengan pakej-pakej pelancongan terbaik serta berpatutan ke serata dunia.
Antara pakej-pakej terbaik yang pernah ditawarkan di Matta Fair kepada setiap pengunjung yang hadir adalah pakej pelancongan ke Jepun, Thailand, China, Korea, Taiwan, Turki, Vietnam, Sngapura, Indonesia dan United Kingdom.
Matta Fair juga akan menawarkan anda pelbagai jenis percutian dan aktiviti – percutian di hotel, resort, chalet, percutian atas kapal, atas laut, bawah laut, aktiviti udara seperti paragliding, aktiviti air seperti snorkeling, aktiviti darat seperti hiking – macam-macam jenis percutian dan aktiviti yang anda boleh dapatkan di sini.
Jadi jangan tunggu lama lagi. Ini lah masa yang terbaik untuk anda dapatkan pakej percutian terbaik dengan harga yang istimewa tahun ini.
Kepada anda yang berada di Pulau Pinang, Matta Fair akan bertemu anda di Setia SPICE Arena pada 5 hinnga 7 April ini. Jumpa anda di sana!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kegembiraan 150 penumpang yang menaiki perkhidmatan funikular (kereta kabel) di Bukit Bendera berdepan detik cemas selepas pengangkutan awam tersebut terkandas.
Pihak bomba menerima panggilan daripada salah seorang penumpang yang terkandas pada 3 Oktober 2020 (Sabtu) jam 2.33 petang. Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati perkhidmatan funikular itu terkandas di stesen tengah di pusat peranginan tersebut.
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PHCC) dalam satu kenyataan di Facebooknya mengesahkan kejadian tersebut.
“Perkhidmatan funikular Bukit Bendera sedang mengalami gangguan buat sementara waktu. Pasukan kami sedang berusaha menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih di atas kesabaran dan pemahaman anda,”
Salam hormat dari Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) Perkhidmatan funikular Bukit Bendera sedang mengalami…
Tidak lama kemudian, satu lagi kenyataan dimuatnaik di Facebook rasmi PHCC:
Salam hormat dari Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP)! Untuk makluman para pengunjung yang dihormati, pasukan operasi kami telah menyelesaikan keralatan yang berlaku dan perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada sekitar jam 3.55pm selepas mengalami gangguan selama 2 jam. Penjualan tiket kini dibuka semula pada 4.10 petang. Pihak PBBPP ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung, penduduk dan pihak perniaga atas sokongan dan kesabaran anda. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami dan kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Bukit Bendera. Sekian, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang.