Gemarkan aktiviti yang seram dan menakutkan? Setelah dua tahun berehat, Sunway Lagoon kembali dengan festival menyeramkan iaitu Night of Fright 8 (NFO8) yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.
NOF8 kali ini mempunyai paling banyak tarikan dengan kemunculan hantu atau makhluk menakutkan dalam satu festival seram.
Bertemakan Werewolf, NFO8 kali ini mempunyai sembilan attractions yang korang boleh terokai dengan barisan makhluk seram dan hantu yang berlainan mengikut dunia atau tema, setiap kali melangkah masuk ke rumah hantu ini, jantung korang pasti berdegup pantas.
Ini dia sembilan attractions yang korang boleh terjah di NFO8 kali ini.
- LYCAN – The Werewolves Of London
- Awas dengan serigala jadian yang berlari-lari tanpa arah tuju, korang mungkin yang mereka cari!
- The Harvest
- Patung orang-orang yang menyeramkan bertukar hidup dan memburu manusia.
- The Hotel Deville
- Tempat tinggal makhluk jahat dan menakutkan. Dah masuk sini jangan sampai tak keluar pula. Katanya yang menginap kat sini tak suka dengan tetamu ya.
- LUCHA LIBRE in UV3D
- Tengok Pertandingan Wrestling underground yang glamor kat Mexico. Masuk dalam ni pakai speck mata 3D ye baru lah jelas nak tengok keganasan mereka.
- Sharknado/Darknado
- Si jerung yang menakutkan, jangan sampai kaki atau tangan korang jadi mangsa!
- Zombie Hunters
- Zombie di mana-mana, jangan sampai korang dikesan kalau tak korang pun boleh bertukar jadi zombie!
- 99 Doors @ Scarytales Theater
- Inspirasi daripada 99 Door Mansion, tengok-tengok sikit tingkap dan pintu korang, mungkin ada hantu yang keluar.
- Horrorwood Studios
- Kat sini korang boleh jumpa Ikon karakter seram seperti Billy, Pennywise, Freddy, Ghost Face.
- Blood Shed 2
- Bloodier than ever, jangan sampai darah korang jadi mangsanya ya!
Selain tarikan-tarikan tersebut, NFO8 juga ada persembahan dan spot yang korang boleh enjoy. Antaranya:
- Circus FreakShow
- Dendam
- Reunited
- Tuer Pour Vivre
Ada beberapa sudut juga dijadikan tempat untuk korang merakam kenangan bersama hantu-hantu yang sentiasa berkeliaran. Jangan lupa ambil gambar dengan mereka tau!
Harga tiket NFO8
Normal tiket RM118
Xpress Pass RM88
Selain tiket biasa, korang juga boleh pilih pakej Howl-O-Ween dan juga pakej staycation bagi yang nak menginap kat sini. mesti lagi seram kan?
Berlangsung setiap Jumaat hingga Ahad sepanjang Oktober ini (30th September to 2nd October / 7th to 9th October / 14th to 16th October / 21st to 23rd October / 28th to 31st October), Korang boleh berada di Sunway Lagoon seawal 7.30 malam dan akan berakhir pada jam 11.30 malam.
So guys, dapatkan cepat tiket korang kerana waktunya terhad dan hanya ada di Sunway Lagoon sahaja!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI