Keindahan Sungai Kesang yang terletak di Laman Belia Sungai Rambai Melaka bersempadan negeri Johor pernah tular di Facebook ketika PKP, lalu menarik perhatian ramai untuk mengenali lokasi itu. Ramai menggambarkan kawasan itu sangat unik kerana air jernih kebiruan yang menampakkan dasar sungai.
image via google
Ramai yang datang begitu teruja untuk mandi-manda di kawasan berkenaan, namun Jabatan Perhilitan negeri Melaka telah pun menasihatkan pengujung agar aktiviti itu tidak dilakukan dibimbangkan akan mengganggu habitat buaya yang dilaporkan wujud di kawasan berkenaan sejak tahun 2018.
image via bernama
Ads
Ingat tau, kalau anda teringin datang ke lokasi ini agar mengikut segala arahan yang ditetapkan. Ini perkongsian menarik daripada saudara Muhammad Fariqh yang berkesempatan singgah ke sungai viral Melaka ini.
Ads
Hi guys, nak share sikit pengalaman aku semalam menerjah Sungai Rambai. Sesiapa yang sebelum ni pernah perasan, nama Sungai Rambai famous dan viral few months ago takala kajernihan air sungainya yang hijau dan sangat clear sehingga nampak ke dasar sungai!
Even dari rumah aku ke Sungai Rambai ni tak jauh (dalam 30minit je), baru sekarang berkesempatan nak lepak santai kat sini. Biasa pegi Dataran Pahlawan je. Sungai Rambai memang terkenal dengan jolokan Gerbang Selatan Melaka sebab kat sini sempadan Johor dah.
Ads
Korang lepas je Sungai Rambai, dah masuk area Muar, Johor. Sungai yang famous tu Sungai Kesang, bukan Sungai Rambai. Sungai Rambai tu nama tempat je jangan confuse pulak sebab ramai cakap sungai yang jernih tu Sungai Rambai. Aku yang dah lama dok Merlimau ni pon tercari-cari tang biler lak Sungai Kesang tukau nama jadi Sungai Rambai
Back to story, semalam ke sana ketika cuaca mendung sedikit dan hujan renyai. So agak cantik nak bergambau. Aku ke sini bukan nak tengok sgt sungai tu tapi nk amik gambau kat jambatan gantung kat sungai ni.
Tapi memang betul, sungai tu sangat jernih sampaikan reflection gambau sangt jelas dan dapat tengok ikan berenang kat dasar sungai!
Sampai jam 6pm, aiya…ghamai bebenau umat manusia lepak-lepak bawak family untuk santai kat sini. Nasihat aku, nk ke sini, elakkan weekend atau datang waktu pagi, nanti baru korang puas bergambau kat sini!
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda tergolong dalam individu yang suka akan kelainan dalam percutian, boleh mula menabung dan cuba melancong ke negara Mexico.
Mexico adalah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara, bersempadan dengan Amerika Syarikat dibahagian utara. Namun ramai yang masih ragu-ragu untuk bercuti ke Mexico dek tahap keselamatan di situ selain popular dengan kawasan jenayah antara paling bahaya di dunia.
Walau bagaimanapun, ia tetap menjadi kunjungan pelbagai pelancong dari serata dunia. Ini kerana Mexico mempunyai sisi yang lain yang sangat menarik terutama lokasi tarikan pelancongannya. Dari segi kebudayaan pula Mexico memiliki lebih daripada 1000 perayaan tradisi yang diwarisi dari penduduk pribumi dan dari penjajahan kolonial satu ketika dulu.
Teringin nak bercuti ke Mexico?
Baca perkongsian trip daripada Ayu Hasman yang pernah berlibur ke sana. Memang best!
Macam biasa, ekspedisi TMPL ni memang kekadang dibuat sebab terpengaruh dengan lokasi famous di Instagram. Hari ni sis baru sempat nak share journey sepanjang di Mexico atau lebih specifik nya di Yucatan. Fyi, kat Mexico ada 32 buah negeri. So Yucatan ni salah sebuah negeri yang famous dan banyak tempat best.
Ekspedisi kali ni kitorang decide untuk sewa kereta sebab nak jimat masa dan explore banyak tempat yang agak terpencil. Kitorang pick up kereta di Merida Airport dan return kereta di Cancun Airport.
Route perjalanan : Merida – Izamal – Valladolid – Tulum – Playa del carmen – Cancun
Antara main highlight sepanjang 7 hari di Yucatan adalah:
Merida – famous with Colonial Architecture. Half day pun dah boleh cover main attraction. Merida juga merupakan one of the safest cities in Mexico.
Izamal – Kalau kat Santorini famous dengan bangunan yang berwarna putih-biru, kat sini pula famous dengan bangunan warna kuning. Kalau ikut sejarah, sebelum ni bandar Izamal ni warna lain. Tapi masa 1993, Pope John Paul 2 plan nak datang melawat Izamal. So masa ni la dorang decide untuk cat bangunan dengan menggunakan warna kuning. Mengikut kepercayaan mereka, warna kuning merupakan warna yang melambangkan Tuhan Matahari. Sesuai dengan konsep bandar Izamal, yang juga merupakan tempat suci masyarakat Mayan.
Chichen Itza – Tempat ni merupakan the new 7 wonders of the world. Mengikut sejarah, tempat ni pernah menjadi pusat pemerintahan tamadun Maya sekitar tahun 600 AD sehingga 1000 AD. Kalau korang berminat nak tahu lebih mendalam cerita masyarakat maya ni, korang boleh layan movie Apocalypto.
Cenotes Xkeken – kat Mexico sebenarnya ada beribu-ribu cenotes. Setiap cenotes tu berbeza dan mempunyai keunikkan yang tersendiri. Kitorang decide untuk explore cenotes xkeken yang terletak berhampiran dengan bandar Valladolid. Kat cenotes ni korang boleh swimming & diving. Kalau tak reti swimming, korang boleh sewa life jacket kat sana. Jangan memandai nak main terjun. Sebab cenotes ni biasanya mempunyai kedalaman sehingga 40m.
Las Coloradas Pink Lake – sebenarnya tasik ni merupakan tasik garam yang terletak di sebelah kilang pemprosesan garam. Warna pink ni terhasil kerana wujudnya red-algae dan plankton. Boleh mandi ke kat tasik ni? Jawapannya tak boleh. Korang hanya boleh jalan-jalan dan snap gambar je. Celup kaki pun tak boleh.
Tulum Archeological Site – tempat ni pernah menjadi bandar pelabuhan semasa tamadun Maya. Senang cerita, macam major gateway untuk aktiviti perdagangan di Yucatan. Kat sini korang boleh tengok beberapa bangunan tinggalan Mayan, antaranya watchtower dan el castilo (pyramid)
Cozumel Island – bagi pendapat peribadi, tempat ni paling best. Untuk ke Cozumel Island, korang boleh naik ferry daripada Playa del carmen. Cozumel island ni merupakan sebuah pulau yang terletak di Caribbean Sea. Kalau korang jenis suka aktiviti laut, korang boleh try snorkeling dan juga scuba diving. Dia punya laut memang marvelous!
Playar Del Carmen – bandar dia tourist friendly. Ramai yang boleh berkomunikasi dalam english. Highly recommended untuk makan lobster dan segala jenis seafood. Murah dan sedapppp
Cancun – Cancun ni macam big cities yang lain. Time kat sini, kitorang naik catamarans ke Isle Mujeres. Pulau dia kecik je. Kat sini korang boleh jalan kaki ke Playa Norte. Playa Norte ni tersenarai dalam Top 10 best beaches in the world. Pasir pantai kat sini warna putih. Bergabung pulak dengan warna biru turquoise air laut, memang superb!
Tip:
Sewa kereta – korang boleh book secara online di Rentalcars.com. Jangan lupa untuk tambah full insurance coverage. Lesen memandu malaysia boleh digunakan disini.
Korang boleh bawa USD untuk tukar ke Peso. Ataupun, withdraw duit dari ATM. Saya prefer withdraw duit dari ATM dengan menggunakan bigpay. Kadar tukaran duit lagi bagus daripada tukar di local money exchange. Yang belum ada bigpay, korang boleh apply di http://bigpay.link/referrals. Dan masukkan code EXWRHCG1JQ untuk dapatkan RM10 secara percuma.
Simcard – saya beli simcard dari Telcel. Coverage di Mexico City dan Yucatan sangat bagus. Especially masa kat Rio Lagartos.
Visa – rakyat malaysia tak perlukan visa untuk ke Mexico. Yang penting, pastikan korang standby siap-siap return flight ticket dan travel insurance untuk memudahkan proses di kaunter immigration.
Makanan halal agak susah nak jumpa di Yucatan. So kitorang makan seafood je. Korang boleh try local dish – seafood tacos.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Salah satu tempat sejuk yang patut anda singgah merasa adalah Bilut Hills Resort, di sini memang menggigil dengan pandangan yang cantik untuk anda jamu mata.
Ini pula pemandangan sekitar pada waktu malam, indah sungguh tengok.
Baik pada waktu atau malam, sangat tenang. Sesuai untuk buat family day sebab tempatnya sangat selesa, malah siap boleh makan durian!
Boleh pusing naik ATV juga, yang minat tu memang enjoy lah!
Rate harga di sini biasanya RM150-200, rasanya berbaloi lah dengan biliknya yang luas dan cantik.
Nampak tak view dari atas, boleh pili resort ikut keselesaan anda, ya.
Haaa.. dari jauh pun nampak tempat ini best, jadi anda wajib jadikan salah satu tempat ‘healing’ bersama rakan atau keluarga tersayang.
Lokasi: Bilut Hills Resort, Bentong, Pahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Shah Alam merupakan pusat pentadbiran bagi Negeri Selangor, banyak tarikan yang ada kat sini seperti I-City, Masjid Negeri, Tasik Shah Alam, Taman Persahabatan Selangor – Jepun dan banyak lagi. Kebanyakkan tempat yang ada di Shah Alam memang menjadi tumpuan untuk bergambar. Paling best ada tempat yang tak perlu bayar pun untuk masuk.
Jom tengok 6 port bergambar yang paling best ada di Shah Alam:
i-City Shah Alam
Kalau ke Shah Alam, mesti singgah ke I-City, terutama pada waktu malam. I-City merupakan antara tempat pertama yang menawarkan hiasan lampu LED yang sangat meriah di Malaysia. Pada waktu malam, tempat ini sangat cantik dengan lampu-lampunya dan sangat seronok untuk mengambil gambar di sana.
Selain hiasan lampu, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana seperti Snowalk, taman tema air, musium 3d dan menaiki ferris wheel. Semasa melakukan aktiviti di sini pun anda boleh mengambil gambar juga dan pasti menjadi kenangan indah buat anda dan teman atau keluarga.
Taman Persahabatan Selangor-Jepun
Dibuka secara rasmi pada 12 Mac tahun lepas, -Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, dibuka secara percuma untuk kunjungan orang ramai.
Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.
Dipenuhi budaya kedua buah negara, di Taman Persahabatan Selangor – Jepun bernilai RM3.8 juta ini terdapat tasik serta ketenangan saat beriadah di sini. Ini kerana antara tarikan utamanya ialah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.
3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Dikenali juga dengan nama Masjid Biru, masjid kedua terbesar di Asia Tenggara ini juga merupakan salah satu tempat bergambar di Shah Alam yang sangat indah.
Walaupun masjid merupakan tempat ibadah bagi kaum Muslim, kita juga boleh datang dan menghargai keindahan dan seni bina Tamadun Islam yang agung ini. Masjid ini mempunyai rekaan dan seni bina yang sangat cantik selain mempunyai keluasan yang besar. Ruang solatnya yang luas serta siling dan dinding dalamannya juga direka indah, selari dengan agama Islam yang sukakan keindahan.
Waktu senja merupakan waktu yang paling cantik untuk mengambil gambar di sini. Silauan cahaya matahari yang menyinar menambahkan lagi kecantikan gambar anda. Jika anda bernikah di masjid ini, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini bersama teman dan keluarga.
4. Taman Tasik Shah Alam
Shah Alam memang mempunyai banyak taman tasik yang menarik. Antara taman tasik utama di sini ialah Taman Tasik Shah Alam. Meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 14, taman tasik ini begitu luas dan mempunyai beberapa bahagian yang menempatkan fasiliti tertentu seperti zipline, menara dan taman permainan.
Landskap taman tasik ini yang pelbagai membuatkannya tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Pokok bunga, susunan batu dan kilauan air tasik menambahkan lagi kecantikan gambar yang diambil. Kadang-kala terdapat juga majlis yang siap dekornya dan memang sangat cantik untuk photoshoot.
5. Laman Seni 7, Seksyen 7
Sekarang sudah mula banyak laman seni yang dihasilkan di Malaysia. Jika di Penang, kita ada Penang Street Art. Di Selangor pula, kita ada Laman Seni 7 yang mempamerkan pelbagai karya seni yang menarik. Shah Alam merupakan antara bandar pertama yang awal mempamerkan laman seni ini. Jika ada mencari tempat bergambar di Shah Alam yang unik, di sinilah tempatnya!
Terdapat lebih 10 lukisan mural yang dipamerkan dan kesemuanya mempunyai cerita yang tersendiri. Terdapat juga hasil seni yang 3d yang sangat menarik untuk anda lawati.
6. Taman Botani Shah Alam
Dikenali juga dengan nama Bukit Cerakah, Taman Botani ini sangat sesuai bagi sesiapa yang sukakan nature atau alam semulajadi. Kaya dengan pelbagai flora, tak kurang juga mempunyai fauna seperti kuda, rusa, itik dan kura-kura. Jika anda suka berjalan-jalan sambil menghirup udara segar, di sinilah tempatnya!
Dengan kawasannya yang menghijau serta mempunyai tasik dan bendang, di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda bergambar. Photoshoot juga sering diadakan di sini dek kawasannya yang memukau dan indah. Jangan lupa singgah ke sini bagi kaki fotografi.
7. Tasik Cermin Shah Alam
Siapa kata di Ipoh sahaja ada tasik cermin? Di Shah Alam juga ada tasik cermin. Tasik yang melangkaui Setia Alam dan Bukit Raja ini menjadi tumpuan penduduk sekitarnya kerana di sini juga mempunyai sebuah bukit iaitu Bukit Sapu Tangan yang menjadi kegemaran para hikers untuk berlatih.
Tasik ini memang sangat cantik untuk penggambaran tetapi anda harus hiking untuk ke sini, diingatkan untuk pergi bersama pendaki yang lebih berpengalaman untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!