Kalau singgah The Tree Top Walk, Sungai Sedim, yang suka camping dan aktiviti mencabar pasti akan layan suasana di sini. Hijau dan tenang!
Walaupun dah 15 tahun dibuka, masih elok terjaga dan kukuh. Bagi yang minat untuk camping, ada beberapa tempat rekreasi yang sesuai contohnya Lubuk Jong.
Jom ke The Tree Top Walk Sungai Sedim
Dengan aktiviti perkhemahan dan pelbagai aktiviti yang mencabar adrenalin, anda pasti berpuas hati datang ke sini.
Ads
Bagi yang ingin mencari kelainan dan mencuba aktiviti lasak, ayuh ke destinasi ini dan mencuba sendiri pengalaman bermain air di jeram sambil menikmati kesegaran alam semula jadi.
Ads
Untuk newbie yang masih belum mengetahui peralatan perkhemahan, anda boleh saja menyewa khemah yang disediakan oleh pemilik tapak-tapak perkhemahan yang terdapat di sekitar Sungai Sedim dengan kapasiti muatan sehingga lapan orang.
Ads
Pastikan percutian hujung minggu anda terisi dengan aktiviti menarik seperti water rafting, pemanduan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV), paintball, night walk serta mengunjungi Tree Top Walk Sungai Sedim yang merupakan kanopi hutan hujan yang terpanjang di dunia iaitu dengan 925 meter panjang dan dengan ketinggian 26 meter dari paras tanah.
Paling penting, anda tidak perlu bersusah payah memikul beban bahan mentah kerana makanan turut termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja pakej yang menepati cita rasa anda.
Alamat: Kampung Ulu Riau, Sungai Sedim, Kedah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Fokus untuk aktiviti menarik waktu bercuti, anda boleh singgah bermalam di Mantin Forest Art Farmstay, Negeri Sembilan.
Mantin Forest Art Farmstay
Sesekali nak lari dari kesibukan kota dan rutin harian, boleh hala ke tempat ini. Cukup sesuai untuk anda yang suka dengan alam sekitar. Malah ada basikal yang disediakan untuk penginap merasa pusing kawasan sekitar resort.
Dikelilingi rimba yang tebal dan ada tasik, resort ini dekat sahaja. Hanya 40 minit memandu dari Kuala Lumpur.
Tidak hanya duduk dalam resort, anda boleh join pelbagai aktiviti bersama keluarga seperti berkayak, menunggang kuda dan membelai haiwan manja dan eksotik seperti kambing, rusa dan itik.
Tidur di ruang bilik yang tenang dengan pemandangan tasik di sebelah, anda juga tidak perlu risau tentang makan kerana semuanya disediakan oleh pihak resort.
Lokasi:
Mantin Forest Art Farmstay, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika ini industri perhotelan negara sedang bergelut dan berdepan dengan kemerosotan jumlah pelanggan ekoran Perintah Kawal Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19.
Semua pasti sedar akan perkara tersebut.
Namun ia tidak menghalang sebuah hotel di Persiaran Kemajuan, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi untuk ‘tetap bersemangat’ dan kreatif dalam menyampaikan mesej-mesej positif kepada orang ramai.
Inisiatif Hotel Tenera menyalakan lampu bilik-bilik penginapan untuk membentuk paparan tulisan gergasi berkaitan penularan Covid-19 dipuji netizen. Mesej-mesej positif ini boleh dilihat beberapa kilometer di sekitar kawasan hotel pada malam hari. Ada kalanya mesej yang dipaparkan begitu menghiburkan dan terasa dekat dengan orang ramai.
Tahniah Hotel Tenera kerana bersama-sama membantu dalam memberi kesedaran dan menyahut arahan kerajaan dan pihak berkuasa untuk masyarakat kekal di rumah ketika PKP. We love you too Hotel Tenera!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rasanya sekian lama duduk terkurung di dalam rumah,buatkan kaki travel sudah tidak sabar pergi bercuti. Jika ada cadangan ke belah Pantai Timur, jangan lupa singgah dulu berehat di Adena Beach Resort, Kuantan.
Resort tepi pantai ini menyajikan pantai yang cukup indah. Ditambah ruang lepak disediakan oleh pihak Adena Beach Resort ini untuk pengunjung menikmati keindahan Pantai Balok ini sambil mandi-mandi memang terbaik, seakan terasa berada di Bali menyaksikan pantai indah mereka.
Tapi pemandangan indah ini turut ada di negara kita. Malah Adena Beach Resort Kuantan turut menawarkan pelbagai kemudahan lengkap bagi pengunjungnya. Bermula dari kolam renang yang luas, jalan sisir ke tepi pantai, kanopi kecil dan ruang lepak di tepi pantai, ruang makan yang luas, makanan yang sangat enak termasuk ada chalet yang mengadap laut, ruang parking kenderaan yang luas dan banyak lagi, ternyata ia satu tarikan yang sangat menarik untuk ke sini.
Terletak Mukim Sg Karang, Kuantan Pahang, pengunjung dapat menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam dan suasananya cukup indah sekali. Malah suasana malamnya yang cukup santai menambah tarikan di resort ini.
Jangan lupa masukkan list percutian korang kalau ke Kuantan nanti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!