Negara sudahpun beralih ke fasa Andemik pada 1 April yang lalu, justeru sudah banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat, tambah pula umat Islam seluruh dunia yang baru sahaja menyambut bulan Ramadan.

Antara yang ditunggu-tunggu termasuklah solat terawih dan juga majlis berbuka puasa beramai-ramai. Inginkan suasana yang cukup meriah berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, Madinah? Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf memberi peluang kepada semua untuk merasai suasana tersebut hanya dengan mendaftarkan diri dan datang ke Karangkraf yang terletak di Shah Alam untuk berbuka puasa beramai-ramai.

Iftar Ala Madinah @Karangkraf Sepanjang Ramadan, Kehadiran Orang Ramai Dinantikan

Ads

Program di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu diadakan bermula 4 April hingga 29 April ini. Bagi yang pernah berbuka puasa di Kota Suci Mekah dan Madinah, pasti dapat mengubat rindu dengan suasana Iftar yang cukup meriah namun masih menjaga SOP yang telah ditetapkan.

Tak perlu bawa makanan dari rumah atau beli dari luar, seperti yang pernah diadakan sebelum ini, juadah Iftar disediakan secara percuma selari dengan tujuan utama program ini diwujudkan iaitu untuk memberi peluang terutamanya kepada golongan yang memerlukan untuk datang berbuka puasa di Dataran Karangkraf secara percuma selama 29 hari.

Ads

Iftar Ala Madinah @Karangkraf Sepanjang Ramadan, Kehadiran Orang Ramai Dinantikan

Selain berbuka puasa, program kali ini turut disajikan dengan pengisian tazkirah yang akan berlangsung sebelum majlis buka puasa. Selepas berbuka turut diadakan solat Maghrib dan solat terawih secara berjemaah sepanjang program berlangsung.

Ads

Orang ramai yang ingin turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya di talian 019- 213 3315.

Untuk info lanjut mengenai program ini, kunjungi media sosial Kumpulan Media Karangkraf

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI