Buntu atau kekeringan idea untuk percutiaan bulan madu? Anda dan pasangan boleh cuba percutiaan pelayaran mewah. Paling menarik, pakej dan harga yang ditawarkan sekarang banyak pada harga cukup berbaloi.
Trend percutian kapal persiaran semakin menjadi pilihan ramai merealisasikan percutian gaya hidup baharu apabila segala keriangan, aktiviti dan hiburan dinikmati sambil belayar. Pelancong yang beragama Islam tidak perlu was-was apabila seksyen dan dapur halal di situ turut memperoleh sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ikuti perkongsiaan trip daripada pasangan suami isteri bahagia ini ketika dalam pelayaran SuperStar Gemini.
Pakej:Port Klang-Phuket-Krabi-Penang-Port Klang
Sedikit sejarah tentang SuperStar Gemini, kapal ini hak milik Syarikat Star Cruises (Genting Hong Kong) dibina pada 1992 bernilai $240juta oleh Perancis. Pernah dinamakan Dreamward, Norwegian Dream sebelum dinamakan SuperStar Gemini pada 2012. Panjang kapal 229m, ketinggian hampir 18m dengan 10 tingkat yang boleh dikunjungi penumpang. Krew sebanyak 700 orang dan memuatkan penumpang sekitar 2000orang.
Hari Pertama
Check-in di Boustead Cruise Center, Port Klang 12tgh-230ptg. Big sized luggage perlu check-in, dan lain boleh hand carry. Dinasihatkan dtg awal, utk tak buang masa beratur dan sempat utk lunch atas kapal! Bila check in, akan diberi setiap seorang kad akses dengan nama dan nombor bilik dicetak atas kad. (Juga diguna utk makan dan semua belian sbb atas kapal semua cashless). Bila masuk pintu kapal, kad akses discan, dan passport disimpan pihak kapal. Fire drill hanya pada hari pertama, untuk kiraan penumpang sebelum kapal bertolak jam 4ptg. Mula2 naik, mestila jelajah sana sini, dari tgkat 5 hingga 12. Walaupun rasa jugak kapal bergoyang kadang2 tapi xperlu pun ubat pening/mabuk laut.
Hari Kedua
Turun di Phuket 3ptg-11mlm. Pakej boleh dibeli dalam kapal di Reception, lebih mudah sebab masa pejalanan diatur, bas dan bot disedia lebih cepat. Ada bnyk jenis pakej dengan harga berlainan. Hanya perlu bawa salinan passport utk turun ke Thailand, sebab passport dipegang oleh pihak kapal (mereka akan tolong copkan passport siap2). Utk sesiapa yang nak kekal di kapal pun xada masalah, makanan dan aktiviti tetap tersedia.
Hari Ketiga
Turun di Krabi 7pg-230ptg. Sama seperti di Phuket tapi Fa pilih utk free and easy tanpa pakej. Bot boleh booking awal di Reception tanpa bayaran cuma kena beratur lama jd buang masa sikit. Ada 1 malam yang kawasan Duty Free akan buat sale besar2an selama setengah jam. Masa pakej Fa ni 1015-1045 mlm ketiga.
Hari Keempat
Turun di Penang 7pg-3pm. Lebih mudah sebab xperlu bot. Hanya berjalan kaki macam di Port Klang. Nak jalan2 cuma guna Grab je. Petang dah boleh ambil balik passport dan buat bayaran semua bil. (Bayar siap2 nanti ramai sngt kalau last minute) Bagi yang nak check out luggage besar, bermula 11mlm dah boleh tinggal beg dimuka pintu bilik nanti pekerja akan ambil.
Hari Kelima
Boleh keluar bermula 8pagi. Kalau kad akses tu clear tanpa hutang, boleh terus keluar ke Port Klang. Luggage boleh diambil di sana ikut nombor bilik.
Bilik :
Makan :
Pertunjukkan :
Pakaian :
Kemudahan lain :
Harga:
Tips :
Sememangnya kenangan yang xdapat lupa naik Star Cruise ni. Lain dari holiday biasa. Kalau ada yang minat, boleh bukak website Star Cruise, xpun ada bnyk ajen pelancongan yang ada pakej cruise jugak.
Sumber: Fatiya Nasir