Bagi peminat filem seram pasti tidak dapat melupakan adegan-adegan menakutkan dalam filem The Conjuring yang memaparkan kisah sepasang suami isteri diganggu entiti mistik di sebuah rumah.
Filem ini diadaptasi daripada kisah benar dan telah mendapat pelbagai reaksi kerana ada yang mendakwa kisah ini hanya rekaan dan sengaja diada-adakan. Sejauh mana dakwaan kisah ini hanya rekaan penghuninya masih diperdebatkan sehingga kini.
The Conjuring ditayangkan pada tahun 2013 yang dibintangi Vera Farmiga dan Patrick Wilson, yang membawa watak ED dan Lorraine Warren. Filem berkenaan mengisahkan tentang penyiasatan paranormal untuk membantu keluarga Perron (lakonan Ron Livingston dan Lili Taylor) yang mengalami peristiwa mistik di rumah mereka di Harrisville, Rhode Island pada tahun 1971.
Ads
Jika sekali lihat, tiada sebarang yang pelik terhadap rumah jenis dua tingkat yang menjadi lokasi pengambaran filem ini. Namun begitu, misteri yang menyelubungi rumah itu telah menarik minat pelbagai pihak untuk memilikinya. Sepasang suami isteri dari Mexico, Maine membuat keputusan untuk membeli rumah tersebut.
Setelah menginap di rumah tersebut, mereka mengakui mengalami gangguan misteri dan kejadian aneh selepas membeli rumah ladang yang menjadi lokasi penggambaran filem seram The Conjuring di Rhode Island, Amerika Syarikat.
Ads
Pasangan Cory dan Jennifer Heinzen yang merupakan penyelidik paranormal sejak 10 tahun lalu bagaimanapun masih enggan meninggalkan rumah itu yang dibeli mereka pada Jun lalu.
“Kami membeli rumah ladang ini meskipun tahu ia memiliki sejarah yang gila. Persekitarannya nyata mempesonakan dan amat tenang, malah siap dengan sungai di bahagian belakang rumah serta sebuah kolam. Kami jatuh cinta kepada rumah itu. Selain itu, sejarah keluarga Warrens menguatkan lagi minat kami untuk memiliki kediaman ini,” katanya.
Ads
Hampir dua bulan menetap di rumah itu, Cory mengakui berdepan gangguan misteri dan keadaan mulai seram. Tambahnya, mereka pernah terdengar bunyi suara-suara pelik, hentakan kaki dan ketukan di sekitar rumah selain daun pintu terbuka dan tertutup dengan sendirinya.
“Agak sukar untuk tinggal di rumah itu. Ia kedengaran sangat ‘sibuk’. Kali pertama bermalam seorang diri di situ agak menyeramkan. Bohong kalau saya katakan saya tidak gementar, tetapi itulah tujuan utama saya,” tambah Cory.
Sementara itu, Jennifer tetap optimis tentang projek mereka untuk membuka rumah mereka kepada penggemar paranormal atau pelancongan mistik.
“Amat menakutkan sebenarnya tinggal di rumah ini kerana banyak perkara yang berlaku, namun ia tetap selesa bagi kami. Kami merancang untuk melestarikan sejarah rumah ini sebelum membukanya kepada pengunjung dan penyelidik paranormal hujung tahun ini,” katanya.
Sembayu Villa, sebuah tempat istirehat mewag yang terletak di atas tanah tinggi jadi lokasi pilihan menarik untuk anda bercuti di Negeri Sembilan.
Nak mandi-mandi pun rasa teruja bila melihatkan suasana yang disediakan, puas hati! Ada kolam untuk anak-anak mandi dan mempunyai bathtub untuk anda yang suka berendam untuk tenangkan emosi sekejap.
Sembayu Villa Jadi Pilihan
Memang cun habis tempatnya, dikelilingi pokok-pokok hijau, nampak langit biru terbentang luas, tenang!
Nampak gah dari bawah, itulah simbolik villa ini buat pengunjung yang tiba.
Mempunyai pemandangan yang cantik dan menyenangkan, Villa ini berkonsepkan kayu dan industrial. Nampak moden tetapi pemandangan indah sungguh.
Sekiranya ada masa terluang nanti boleh lah ke sini untuk bercuti, retreat, atau team building. Sambil makan boleh menikmati keindahan alam.
Lihat sahaja ruang biliknya yang besar dan luas untuk anda berehat bersama yang tersayang, dengan view luar bilik yang cukup ‘mahal’.
Lokasi:
Sembayu Villa, Lot 3164, Kolam Air Pantai Kampung Baru Pantai, Pantai Hill, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kelantan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan kekayaan budaya dan tradisi.
Tidak kurang istimewanya seperti negeri lain, negeri Pantai Timur ini juga terkenal dengan makanan unik dan lokasi best untuk menjamu selera. Boleh dikatakan makanan di Kelantan kebanyakkan sedap dan menarik untuk dicuba.
Teringin menjamu selera sambil bersanta di tepi pantai? Ini lokasi yang dicadangkan:
Perkongsian daripada sumber FB Kelantan, lokasi makan paling cantik sambil ambil angin pantai sepoi-sepoi bahasa terletak di Pantai Kemayang, Bachok Kelantan.
Selamat datang ke Restoran Ombak Rindu Kemayang. Destinasi ini terletak di persisiran pantai dan mempunyai view yang sangat cantik. Kawasan sekitar restoran ini juga sangat bersih dan selesa untuk pengunjung datang menjamu selera bersama keluarga dan kenalan.
Antara pilihan sajian lazat untuk dinikmati seperti keenakan masakan panas, masakan barat, dan semestinya hidang udang, sotong dan ikan celup tepung resepi istimewa.
Di buka setiap hari dari jam 3 petang hingga 10 malam. Paling istimewa pada setiap hari Jumaat, ada persembahan ‘buskers’ akan dipertontonkan kepada pengunjung sambil menjamu selera.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Jeju merupakan pulau terbesar serta paling selatan di Korea Selatan dan memiliki daya tarikan pelancongan yang pelbagai. Pulau ini sangat popular di kalangan rakyat Korea Selatan sendiri sebagai destinasi percutian. Beberapa filem serta rancangan popular Korea Selatan seperti Running Man pernah dirakam di Pulau Jeju, sekaligus membawa keindahan Pulau Jeju kepada dunia luar.
Pernah terdengar perbualan seorang rakan yang jatuh cinta dengan pulau ini. Kalau boleh setiap musim, iaitu 4 tahun sekali dia ingin ke Pulau Jeju. Bahkan, bukan dia sahaja yang beranggapan sebegitu. Seluruh ahli keluarganya termasuk ayah dan ibunya terpengaruh dan ingin kembali ke Jeju saban tahun. Katanya mungkin terkena badi sambil berseloroh!
Pulau Jeju beriklim empat musim. Ini sudah tentu antara sebab utama anda mahu ke sana. Pilihan mengikut musim yang anda impikan. Pengalaman ini dapat dirakam dalam bentuk foto dan video kenangan serta dapat dikongsi bersama yang lain.
Pulau Jeju memiliki rangkaian sistem pengangkutan yang efisyen. Ada bas antara bandar, bas pelancong, kereta sewa dengan GPS, atau teksi. Anda boleh pilih dengan harga yang berpatutan. Sistem bas paling murah serta efektif dengan aplikasi kad sentuh dan Wi-Fi percuma.
Luas Pulau Jeju hampir tiga kali keluasan Singapura. Kebiasaannya empat hari diperlukan bagi anda lawati hampir setiap lokasi menarik jika menyewa kereta. Kereta di sana dipandu sebelah kiri. Pemanduan di sana mudah kerana Pulau Jeju tidak sarat dengan trafik. Anda tidak akan sesat selagi berpandukan sistem GPS. Jika menyewa, jangan lupa meminta GPS versi English.
Menariknya, Pulau Jeju ada juga menawarkan kereta sewa elektrik. Terdapat lokasi awam yang anda boleh cas semula bateri secara percuma. Pulau Jeju menyasarkan penggunaan total kereta elektrik menjelang 2030. Ini baik untuk kebersihan persekitaran alam semulajadi.
Pulau Jeju memiliki banyak lokasi menarik seperti Gunung Hallasan yang tertinggi di Korea Selatan, Seongsan Ilchulbong; kon tuf arketik yang dibentuk oleh letusan hidrovolkanik di atas laut yang cetek kira-kira 5 ribu tahun yang lalu, Love Land; taman tema erotik sesuai foto kenangan yang mencuit hati, Jeongbang Waterfall; air terjun setinggi 23meter berhampiuran lautan, Manjanggul; pada ketinggian 23m, tinggi 30m dan panjang 8.928km, ia adalah tiub lava yang ke-12 terpanjang di dunia, Teddy Bear Museum, Seonimgyo Bridge, dan banyak lagi menanti anda terutamanya pemandangan indah ketika musim yang berlainan.
Gunung Hallasan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!