Ads
Home Hobi & Minat Student Kena Banyak Melancong Untuk Bina Soft Skill Dalam Diri!

Student Kena Banyak Melancong Untuk Bina Soft Skill Dalam Diri!

Ads
Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada study sahaja? Waktu inilah sesuai untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.

Student Kena Banyak Melancong Untuk Bina Soft Skill Dalam Diri!
Melancong membantu pengajian anda
Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.

 

Student Kena Banyak Melancong Untuk Bina Soft Skill Dalam Diri!

Melancong bermakna bertemu orang baru
Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive! Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.

 

Ads

Student Kena Banyak Melancong Untuk Bina Soft Skill Dalam Diri!
Melancong akan melebarkan sempadan anda
Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga. Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.

 

Student Kena Banyak Melancong Untuk Bina Soft Skill Dalam Diri!

Ads

Kaya atau tidak, itu bukan penghalang
Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.

 

Ads

Student Kena Banyak Melancong Untuk Bina Soft Skill Dalam Diri!

Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat
Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.

 

Student Kena Banyak Melancong Untuk Bina Soft Skill Dalam Diri!Menyesal kalau tidak ambil peluang ini
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI