Siapa kata zaman universiti/kolej hanya terhad kepada belajar sahaja? Waktu inilah sesuai sangat-sangat untuk anda dan kawan-kawan pergi melancong ke merata-rata tempat. Tidak perlulah fikir jauh-jauh sangat seperti luar negara atau luar negeri.
Perhatikan di mana terletaknya universiti/kolej anda dan lihat apa tempat-tempat yang menarik untuk dilawati dan ‘ditawan’. Mari Libur berikan 7 sebab kenapa anda perlu banyak melancong.
Melancong membantu pengajian anda
Jangan tidak percaya mengenai ini. Melancong bukan sahaja mampu memberi anda pengalaman hidup berharga malah ia boleh memberi insight yang baik terutama sekali jika tempat yang anda lawati itu berkaitan dengan pengajian anda.
Belajar dengan mata dan sentuhan lebih berkualiti daripada belajar dengan membaca sahaja.
Melancong bermakna bertemu orang baru
Memasuki universiti/kolej sudah tentu cukup mencabar terutama sekali jika anda bukanlah seorang yang sosial. Tetapi dengan melancong, sosial atau tidak anda tidak ada pilihan untuk survive!
Ads
Spread your wings dan jangan biarkan sifat segan atau malu menghalang anda untuk menjadi lebih konfiden dan mesra orang. Tetapi jangan sampai terlupa batas-batas agama dan adab ketimuran.
Melancong akan melebarkan sempadan anda
Semasa melancong anda mungkin akan mengalami peristiwa seperti tersesat barat, tertinggal bas, terlepas hentian, salah masuk tempat, tersalah pilih tempat makan dan banyak lagi pengalaman yang berharga.
Ads
Ketahuilah kesemua ini akan mengajar anda banyak benda mengenai hidup lebih dari apa yang anda boleh dapat semasa di universiti/kolej.
Kaya atau tidak, itu bukan penghalang
Jika anda mendapat pinjaman PTPTN atau tajaan biasiswa, sebolehnya janganlah anda boros habiskan majoriti duit anda untuk bercuti. Apa kata cuba buat kerja part-time untuk dapatkan sedikit income untuk percutian anda.
Ads
Di universiti anda pasti ada kedai-kedai kecil yang sentiasa memerlukan pembantu. Ini membolehkan anda berdikari dan juga berbajet dalam berbelanja.
Melancong akan mengikat tali persahabatan dengan lebih erat
Bila melancong bersama teman-teman, barulah anda tahu siapa sebenarnya sahabat sehidup semati anda. Kekurangan dan kelebihan masing-masing akan tertayang dengan jelas sepanjang melancong dan ini membolehkan anda menilai siapa yang sesuai dijadikan sahabat sejati.
Menyesal kalau tidak ambil peluang ini
Graduan yang memiliki CGPA yang mantap semata-mata tidak akan menjadi jaminan untuk mendpat pekerjaan dengan mudah. Ramai majikan sekarang yang mencari anak muda yang ada pengalaman yang unik dan pengalaman melancong membolehkan anda menjadi pilihan utama mereka.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan diri anda lebih marketable dengan pemilikan pengalaman melancong. Ia pasti akan membantu anda kelak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Satu daripada binatang terancam yang ada di Malaysia iaitu Tapir Malaya diangkat menjadi maskot pelancongan negeri Perak. Berita daripada akhbar The Star melaporkan satu lakaran grafik berupa Tapir Malaya yang dinamakan ‘Kopi-O’ itu telah dicipta oleh seorang pereka grafik berusia 21 tahun, Wan Sue Khay.
Tapi, kenapa Tapir Malaya? Wan menjelaskan kenapa beliau memilih Tapir Malaya adalah kerana haiwan tersebut kini diancam kepupusan. Laporan pada tahun 2017 menunjukkan populasi Tapir Malaya kini hanya 1,200 hingga 1,500 ekor sahaja di semenanjung.
Oleh yang demikianlah kenapa Wan menjadikan Tapir Malaya sebagai model utama dalam penghasilan lakaran grafik beliau. Selain itu, warna Tapir Malaya yang hitam dan putih menyebabkan Wan memanggil ia sebagai ‘Kopi-O’, turut sinonim dengan kopi sebagai minuman yang terkenal di Ipoh.
Maskot yang dinamakan ‘Kopi-O’ itu dilihatkan dapat berhubung kepada masyarakat dengan lebih dekat dan seterusnya mewujudkan kempen kesedaran secara tidak langsung bahawa Tapir Malaya kini berada diambang kepupusan.
Wan yang menang dalam pertandingan mereka maskot pelancongan negeri Perak itu membawa pulang wang berjumlah RM5,000 berserta sijil, hadiah penginapan hotel dan baucer Kellie’s Castle selepas mengenepikan 42 peserta yang lain.
Pengurusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing akan menjadikan Tapir Malaya ini sebagai maskot yang mempromosikan negeri Perak tidak kira di dalam ataupun di luar negara.
“tapir malaya ini hanya boleh dijumpai di Asia tenggara dan sejarah menunjukkan ia sudah lama wujud di negeri perak.
salah atu buktinya ada lukisan pra-sejarah yang terdapat di gua tambun, menggambarkan tapir sudah ada sejak era neolithic” – Tan kar hing
Diharap dengan kewujudan maskot baru ini, masyarakat terutama di negeri Perak akan lebih peka terhadap alam sekitar dan turut sama menyumbang dalam usaha untuk memulihara dan memelihara habitat alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Krisis dan ketegangan antara India dan Pakistan tercetus minggu lalu menyebabkan penerbangan antara Eropah dengan Asia Selatan serta sebahagian Asia Tenggara terjejas.
Kemarin Pakistan dikatakan telah membuka sepenuhnya ruang udara selepas ditutup selama beberapa hari kepada semua penerbangan awam menyebabkan ribuan penumpang terkandas. Rata-rata penumpang yang terkandas berasa lega dengan pengumuman itu.
Keputusan menutup ruang udara itu itu dibuat Rabu lalu, selepas pertempuran di udara antara pesawat tentera udara Pakistan dan India di Kashmir menyebabkan satu pesawat MiG21 India ditembak jatuh. India mendakwa berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Pakistan namun dinafikan Islamabad.
Semua lapangan terbang di seluruh Pakistan kembali beroperasi dan ruang udara sudah kembali dibuka sepenuhnya pada 0800 GMT,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada yang tengah mencari-cari percutian penutup untuk hujung tahun 2019 ini? Kami cadangkan untuk anda membuat tempahan percutian ke Phuket segera. Harga penginapan dan kos penerbangan ke Phuket dikatakan lebih jimat dan murah.
Dari semakan kami di beberapa laman sesawang tempahan penginapan di Phuket dan juga syarikat penerbangan memang harga kini agak rendah. Ayuh! Ini memang peluang terbaik untuk merancang percutian.
Hotel di Phuket, pulau pelancongan popular Thailand terpaksa mengurangkan harga kerana banyak bilik kosong manakala pantai lengang akibat kekurangan pelancongan dari China yang terjejas dengan perang dagang dengan Amerika Syarikat serta kenaikan nilai mata wang baht.
Menurut perangkaan kerajaan, 2.2 juta pelancong China mengunjungi Thailand pada 2018, namun antara Januari hingga September lalu, jumlahnya berkurang kepada tidak sampai dua juta orang. Nilai baht meningkat 10 peratus berbanding yuan tahun ini dan kejadian bot karam di Phuket menyebabkan 47 pelancong China maut juga memberi kesan.
Konsul kehormat Perancis di Phuket, Claude de Crissey, yang memiliki 40 bilik penginapan di Pantai Patong berkata, pihaknya terpaksa mengurangkan harga bilik sehingga 50 peratus akibat kekurangan pelancong. Masalah itu bukan hanya di Phuket, malah turut membabitkan hotel di Pattaya dan Koh Samui.