Street Art Wajib Singgah Bergambar Di Ipoh, Perak. Cantik Weh!

Share

Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?

Jika mencari-cari destinasi menarik untuk bercuti di negeri Perak, anda dicadangkan untuk singgah di daerah Ipoh. Bagi yang suka bergambar, bandar ini pastinya tidak akan mengecewakan anda dengan lukisan seni jalanan yang begitu kreatif!

Di Ipoh sendiri hari ini semakin banyak lokasi diperkenalkan dengan karya seni jalanan pada dinding atau mural yang bukan saja menarik malah dapat membantu mempromosikan industri pelancongan setempat. Dinding yang menjadi kanvas kepada keunikan lukisan dan arca mampu memperdaya mata pengunjung ini lazimnya di lorong belakang premis perniagaan. Ini bagi menghidupkan suasana lorong yang suram, di samping mengubahnya menjadi tempat selamat, bersih dan boleh dilawati pengunjung.

Nak tahu mana lokasi street art menarik di Ipoh? Baca perkongsian daripada sumber Fariz Ali

Jalan Paling Terkenal Di Ipoh




Jika anda melawat ke Ipoh, saya cadangkan anda untuk singgah di Concubine Lane. Jika mengikut teori rakyat marhaen, pada zaman dahulu terdapat seorang peniaga beristeri 3 telah membina deretan rumah kedai yang banyak selepas berlakunya kebakaran besar di Ipoh. Dengan niat untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya, peniaga tersebut telah menghadiahkan satu lorong kepada setiap isterinya. Ideanya mudah sahaja, supaya isteri2nya dapat menikmati hasil kutipan sewa kedai di lorong masing-masing. Maka, setiap lorong itu dikenali sebagai:-

  • Wife Lane – untuk isteri pertama
  • Concubine Lane – untuk isteri ke-2
  • 2nd Concubine Lane – untuk isteri ke-3







Tetapi tidak diketahui tentang kesahihan cerita ini. Pada masa ini, lorong-lorong ini telah dijaga semula dan kedai-kedai telah dihidupkan. Banyak kedai-kedai makanan dan cenderahati. Bentuk asal kedai cuba dikekalkan dan dipelihara. Sangat nostalgik jika anda melalui lorong-lorong ini. Seperti kembali ke zaman silam sebentar. Jika teori cerita mengenai peniaga beristeri 3 itu betul, nampaknya peniaga tersebut lebih menyayangi isteri ke-2. Ini kerana lorong untuk isteri ke-2 atau lebih dikenali pada hari ini.

Oleh
Husna