
Bagaikan berada di Negara Matahari Terbit tapi sebenarnya kat Sabah je. Homestay yang terletak di Ranau, Sabah ini berkonsepkan kediaman Jepun.
Bangun pagi-pagi terus nampak gunung Kinabalu yang menjadi kegemahan rakyat Malaysia. Boleh enjoy pemandangan Gunung Kinabalu dan cuaca yang sejuk kat sini.
Nak lagi feel homestay ini juga menyediakan sewa cosplay pakaian tradisional masyarakat Jepun. Korang boleh pakai dan ambil gambar. Insta worthy sangat!
Kedudukan yang agak terpencil membuatkan tempat ini cukup privasi untuk dikunjungi. Bagi yang ingin bercuti lari dari kesibukan kota, tempat ini memang pilihan yang tepat!
Bagi yang tidak menginap pun boleh nikmati pemandangan dan juga bergambar di sini, tiket masuk yang dikenakan hanya RM5 seorang. Perkhidmatan sewa baju tradisional juga turut disediakan walaupun tidak bermalam di sini.
Alamat: Hidden Hill Kundasang, Nearby Perkasa Hotel and Kem Bina ,Kg Dodon Kasigau, Kundasang 89308 Ranau, Sabah, Malaysia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga sejak perjalanan rentas negeri dibenarkan.
Jika mempunyai keluarga besar, acara seperti reunion atau gathering sangat dinantikan untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.
Artikel Berkaitan: Nak Stay Di Kundasang? Ini Info 58 Penginapan Resort, Homestay & Hostel Untuk Korang Pilih
Inilah masanya merapatkan silaturahim dengan adik-beradik, apatah lagi apabila sudah kehilangan kedua orang tua.
Perkongsian Eswati Azni Jaafar yang mempunyai keluarga besar dan memilih untuk berkumpul sempena sambutan Aidiladha lalu di sebuah homestay ala kampung yang sangat menarik dan selesa.
Menurutnya dia yang mempunya keluarga besar merancang bercuti bersama-sama di sini selama 3 hari dua malam sambil mengimbau momen di zaman kanak-kanak.
Suasana kampung yang mendamaikan dengan dikelilingi pokok durian dan sungai memberikan pengalaman berbeza. Apatah lagi dapat berkumpul bersama 9 adik beradiknya dengan anak cucu, cicit masing-masing selama 3 hari dua malam.

8 Sebab Kenapa Kena Cuba Homestay Bagas Zakariah ini
1. Rumah yang berkeluasan agak besar
Terdapat 3 rumah di sini, Rumah Kuning, Rumah Merah, Rumah lenggong. Secara purata terdapat 3 bilik untuk setiap rumah ini. Seperti rumah Melayu lama.
Cuma kelebihan rumah ini terdapat ruang tamu yang agak luas jadi boleh lah penuhkan ruang dengan tilam/ toto tambahan untuk muatkan ahli keluarga. Ada 2 rumah yang ada loteng, rumah Merah dan Rumah lenggong. Rumah kuning pula ada 2 kawasan hall.

2. Kawasan BBQ yang lapang
Setiap rumah dilengkapkan dengan kawasan BBQ yang sangat luas dan selesa. Terdapat tempat bakar BBQ yang bersih, meja yang panjang, kerusi yang panjang, dan kawasan lantai yang berturap.
Jadi tidak ada kawasan yang lecak atau pun rumput panjang. Anak anak akan selesa berlari kesana sini. Selain dari itu lampu yang banyak dan kawasan memang agak terang. Jadi memang selesa nak lepak sampai malam hari.

3. Senibina yang menarik
Dengarnya ada salah satu rumah sini memang adalah rumah asal yang dibawa khas dari kawasan sebelum ini dan 2 lagi rumah juga dibina mengikut reka bentuk rumah Melayu kita sedia ada
Senibina rumah Perak memang dikekalkan. Rumah yang bertiang tinggi. Walaupun masih mengekalkan rumah lama tapi aku sangat berppuas hati dengan bilik air yang bersih dan kemas. Jadi tak perlu bayangkan kolah air lama. Malah bilik air juga siap lengkap dipasang dengan dengan water heater.

Manakala aksesori barang bilik air pun bukan biasa-biasa, jadi mengandaikan ownernya memang sangat mementingkan Interior design. Suis lampu, tingkap, selak pintu masih di kekalkan seperti rumah melayu lama.
Memang mengimbau kenangan zaman kecik dahulu. Sangat klasik. Selain itu terdapat lagi barang barang dan gambar-gambar lama di rumah tersebut. Bila tengok gambar lama ni memang lain perasaan tu.
Artikel Berkaitan: 6 Style Percutian Dalam Kabin Tengah ‘IN’ Mesti Try Bermalam Di Selangor
4. Boleh muatkan ramai penghuni
Selalunya kebanyakkan owner AIRBNB agak cerewet membenarkan jumlah orang yang akan masuk ke dalam homestay mereka tetapi alhamdulillah kami yang berjumlah hampir 70 orang masih boleh menginap dalam 3 bijik rumah yang sedia ada.
Sangat selesa, dan tidak berhimpit cuma masing-masing kena berebut bilik air di pagi hari. Tetapi begitulah suasana kampung dahulu kala.

5. Suasana kampung yang mendamaikan
Walaupun homestay ini tidak seperti homestay lain yang mempunyai kolam renang tapi aku berani cakap memang tidak rugi bawa anak-anak disini , selain dari rumah kampung yang best, ada pokok pokok di sekeliling kawasan sini.
Memang sangat mendamaikan dengan bunyi deruan air sungai dan juga ayam berkokok di pagi hari.

6. Landskap dan tumbuhan yang menarik
Selain dari faktor rumah yang menarik, memang terpesona dengan landskap dan tumbuhan di sini. Pelbagai jenis tumbuhan dan ulaman yang ada dan kita dibenarkan untuk ambil dan masak jika berkeinginan.
Katanya kalau musim durian kita juga di tawarkan makan durian bersama-sama .Apa yang penting sebenarnya ia dijaga rapi, sangat sangat bersih dan kemas.

7. Rasa selamat di Bagas Zakariah
Bagas Zakariah ini juga dilengkapi dengan kawasan berpagar di sekelilingnya. Jadi rasa selamat untuk membiarkan anak saudara yang masih kecil berlegar dan bermain di kawasan ini.
Paling yang tak boleh dilupakan cucu sedara yang masih kecil berulang-ulang dan turun naik antara rumah rumah ini sambil memberi salam . Sangat-sangat cute.

8. Senang di akses dari highway
Tidak disangka rupanya lokasi Bagas Zakariah ni memang betul betul berdekatan dengan tol Gopeng.
Jadi kalau dari Kuala Lumpur atau Utara memang senang untuk sampai ke sini. Oleh itu kurang lah risiko untuk sesat larat.
Lagi satu jika tak cukup barang dapur atau untuk masakan boleh sahaja pergi ke kedai atau pun pasar pagi di pekan gopeng.
Satu lagi, ada small incident untuk cucu aku, jadi kami tiada masalah untuk ke klinik. Yang pasti bila masuk compound di Bagas Zakariah tak sedar sedar pun lokasinya berhampiran Highway.

Info Bagas Zakariah:
Rate: Dari RM550 – RM850 per night on Airbnb bergantung pada jenis rumah.
Boleh search Bagas Zakariah dalam portal ni tau. Kalau tak faham bagaimana AIRBNB ni berfungsi boleh refer entri ini
Address: 65, Lot 32804, Jln Besar, Kampung Lawan Kuda, 31600 Gopeng, Negeri Perak, Malaysia

Artikel Berkaitan: Homestay Ujung Bukit Perlis, Penginapan Ideal Untuk Korang Yang Suka View Sawah Padi
Kredit: Modernmumthingy.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 10 Tempat Menarik Di Perlis Wajib Korang Pergi. Confirm Berbaloi & Menyeronokkann!

Perlis sebuah negeri kecil yang terletak di utara semenanjung. Walaupun hanya berkeluasan lebih kurang 800 kiloemter persegi, tetapi negeri ini mempunyai banyak lokasi menarik jika ada yang berhajat untuk bercuti di sini.
Tidak perlu lama, cukup sekadar 4 hari 3 malam untuk menerokai keseluruhan Perlis, Indera Kayangan ini.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Ved Vedder yang menyenaraikan tempat menarik di sini.
Salam… Ved nak share beberapa tempat yg menarik di Perlis, untuk rujukan rakan-rakan BBM dalam menyediakan itinerary. 4H3M is enough untuk cover seluruh Perlis..
Actually Perlis ini bermusim juga.. Ada bunga Sakura.. Ada jerami gulung.. Ada Pokok musim luruh.. Musim Harumanis dan Macam-macam lagi.
Tempat tempat yang must visit :-
1. Masjid terapung Kuala Perlis
2. Medan ikan bakar Kuala Perlis
3. Sunset Bukit Lagi / Gua sami
4. Mural Street Kangar
5. Rock climbing Bukit Keteri
6. Tasik Melati
7. Empangan Timah Tasuh (View ala2 NZ)
8. Wang Kelian view point
9. Padang Besar
10. Bendang view seluruh Perlis
11. Air Terjun Bukit Ayer
Boleh refer gambar-gambar utk rujukan juga.. Jumpa di Perlis


















Artikel Berkaitan:
9 Perkara Best Boleh Buat Kalau ‘Check-In’ Di Hutan Royal Belum, Gerik
9 ‘Blue Lake’ Sesuai Jadi Port Instagramble Yang Korang Wajib Pergi. View Cantik, Tapi Kena Waspada!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ilha da Queimada Grande, Pulau Paling Banyak Ular Berbisa Di Dunia

Baru nampak seekor ular pun ramai dah kecut perut. Inikan kalau jejak ke sebuah lokasi yang menjadi tempat tinggal beribu atau mungkin berjuta jenis spesies ular, mahu pengsan terus. Di Brazil, terdapat sebuah kepulauan yang mendapat jolokan Pulau Ular kerana menjadi habitat pelbagai jenis ular.
Paling utama ular di sini banyaknya tidak terkira! Pulau ini sangat bahaya adalah disebabkan oleh kewujudan ular Golden Lancehead, yang merupakan spesis Pit Viper dan antara yang paling berbahaya di dunia. Ular ini boleh membesar sehingga 118 sentimeter dan dianggarkan terdapat di antara 2,000 hingga 4,000 ekor di pulau ini. Ular Golden Lancehead adalah teramat bahaya dan berbisa sehinggakan boleh membunuh dengan satu patukan sahaja. Mangsa patukan akan mati dalam masa satu jam.
Namun pulau ini pernah menjadi kediaman kepada warga tempatan untuk tempoh yang singkat sehingga penghujung tahun 1920-an. Dikatakan penjaga rumah api tempatan dan keluarganya mati akibat patukan ular ini yang menyelinap masuk ke dalam rumah mereka melalui tingkap. Menurut cerita orang tempatan, ular tersebut dibawa dan dilepaskan di pulau tersebut oleh lanun-lanun yang ingin melindungi harta karun mereka di situ. Namun ular tersebut membiak dengan sangat banyak
Mengikut kajian, kehadiran ular tersebut disebabkan oleh kenaikan paras laut yang mana kurang menarik berbanding cerita lagenda lanun tersebut. Dahulu, Pulau Ular ini adalah sebahagian besar daripada tanah besar Brazil, namun ia terpisah dan menjadi sebuah pulau setelah paras laut meningkat lebih dari 10,000 tahun yang lalu.
Haiwan-haiwan yang sampai ke pulau ini mengalami revolusi yang sangat berbeza daripada haiwan-haiwan di tanah besar, lebih daripada beribu-ribu tahun, terutamanya ular Golden Lancehead. Disebabkan di pulau ini tiada mangsa lain selain burung, maka ular ini mengalami perubahan di dalam badannya di mana bisanya menjadi sangat berbahaya yang boleh membunuh mana-mana hidupan dengan serta merta.
Tiada seorang pun penduduk setempat yang berani menjejakkan kaki di pulau yang dikenali sebagai Ilha da Queimada Grande. Kerajaan Brazil juga telah mengharamkan sesiapa sahaja untuk singgah di situ kerana terlalu bahaya kecuali atas risiko sendiri. Namun terdapat beberapa individu yang mengaku berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat pulau ini, antaranya anggota keselamatan dan pengkaji hidupan liar. Anggota keselamatan perlu melawat rumah api tersebut secara berkala untuk menjaga dan memastikan pengembara tidak mengembara terlalu dekat dengan pulau tersebut.
Menurut cakap-cakap, orang awam terakhir yang diketahui berada berdekatan dengan pantai ini adalah seorang nelayan yang ditemui tidak bernyawa dan dipenuhi darah, di atas perahunya beberapa hari kemudian.
Team National Geographic berkesempatan melawat Pulau Ular ini, dan ada siarkan sedikit teser untuk tontonan awam.
Sumber: news.com.au
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI