Sementara menunggu kebenaran waktu untuk rentas negeri, bagi yang mahu melayan mood bercuti bolehlah berkunjung ke percutian ala desa.
Antaranya yang boleh dijadikan pilihan untuk staycation adalah Huda Haven Resort yang terletak di Batang Kali Selangor.
Hanya mengambil masa sekitar satu jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur, anda akan terasa seperti bearda di kampung halaman dengan suasana menyeronokkan.
Ayuh, kita lihat apa kemudahan yang disediakan di sini.
RESORT CANTIK ADA SUNGAI KAT KAWASAN KAMPUNG DI BATANG KALI
Lepas penat bekerja, terasa macam nak berehat sekejap dan jauhkan diri dari suasana hectic. Apa kata jom bercuti hujung minggu ke resort dalam kawasan kehutanan di Batang Kali ni.
Masa on the way nak masuk ke resort ni biasalah kalau terasa resah sikit sebab kawasan pedalaman. Mana tak nya kiri kanan ada hutan je. Tapi bila sampai je ke resort ni.. WAAHHH rasa heaven gilerr..
Terus jatuh hati sebab pemandangan cantik, kawasan luas, bersih, ada tasik, kolam renang, dan yang paling best dekat dengan sungai.
Huda’s Haven Resort
Resort ni menawarkan percutian back to nature. Macam-macam aktiviti boleh dibuat kat sini yang dekatkan kita dengan alam semulajadi. Boleh mandi kolam sambil nikmati pemandangan, boleh boating atau berkayak, main atv, mandi manda kat sungai dan macam² lagi. Confirm seronok cuti dengan family kat sini.
Penginapannya pun ada bermacam jenis. Nak bercuti dengan pasangan boleh, nak datang keluarga besar pun no hal, lagi² family day.
Bilik yang ada kat sini bukan biasa². Highly maintained, dekorasi cantik, selesa dan moden. Sesuai lah dengan nama heaven nya tu!
Ni senarai penginapan yang ada:
Ads
VILLA
Ada 9 unit
Boleh muatkan 4 orang dewasa
1 katil queen dan 1 sofa bed
Aircond, tv, kipas, dapur, peti ais, microwave, kettle, coffee, tea
Ada 1 villa darinya yang ada private pool dan jacuzi
Harga serendah RM320
RUMAH MAKCIK
Terdapat 10 unit
Boleh muatkan 4 orang dewasa
2 katil queen
Aircond, tv, kipas, kettle, coffee, tea
Serendah RM270
Ads
RUMAH KAYU
Terdapat 1 unit yang boleh muatkan 6 orang
1 katil king dan 2 sofa bed
Aircond, tv, kipas, dapur, meja makan kecil, peti ais, microwave, kettle, coffee, tea
Harga serendah RM420
RUMAH INDUK
Ada 1 unit yang boleh muatkan 8 orang dewasa
2 katil queen dan 2 sofa bed
Aircond, tv, kipas, dapur, meja makan, peti ais, microwave, kettle, coffee, tea
Harga serendah RM540
Dah macam standard hotel 5 star kelengkapan dalam bilik kat resort ni.
Menariknya, kolam renang kat sini bersumberkan air sungai. Ada kolam kanak-kanak dan dewasa. Tak cukup dengan mandi sungai, bolehlah berendam dalam kolam pulak kan. Susah nak merasa kat tempat lain air sungai sejuk di kawasan hutan macam ni.
Bukan tu je, kat resort ni banyak aktiviti lain boleh dibuat. Bercuti 2 hari kat sini pun mesti rasa macam tak cukup. Antara aktiviti yang ada:
– Memancing
– Berkayak / boating
– Main atv
– Berbasikal
– Games seperti pingpong, badminton, congkak, dan carrom
Ads
Nama: Huda Haven Resort
Alamat: Lot 1857, Kg Ulu Rening, 44300 Batang Kali, Selangor
No phone: 012-800 5608
#NotaCutiBajet: Selain daripada info di atas, korang tau tak ada cara macam mana kita nak stay hotel dengan harga murah?
Selain trip makan-makan, pastinya percutian akan diselangi dengan gambar-gambar untuk kenangan bagi setiap destinasi yang dipilih.
Nak tarik lebih ramai pelancong, kebanyakkan bandar-bandar utama menggunakan lorong-lorong yang terbiar dengan lukisan-lukisan mural yang cantik dan cukup kreatif. Wujud sejak Mac tahun lalu, kalau ke Kuantan, memang wajib singgah untuk OOTD.
Seperti juga di tempat lain, Kuantan Art Street juga tak ketinggalan mempunyai pelbagai lukisan mural hasil tangan artis tempatan yang boleh korang abadikan kenangan apabila bergambar di sini.
Terletak berhampiran dengan Masjid Besar Kuantan, korang yang ke sini boleh park di parking lot berhadapan masjid besar tersebut. Jalan kaki sahaja menuju ke Kuantan Art Street, on the way balik dah penat bergambar boleh singgah minum-minum kat café-café hipstur yang korang boleh nampak sepanjang jalan di depan menara itu.
Jom tengok antara mural-mural yang ada di Kuantan Art Street
Alamat: Lorong Seni, Jalan Taman, 25000 Kuantan, Pahang
Kadangkala dengan melihat langit yang luas sahaja boleh menginsafkan kita sebagai insan yang kerdil di bumi Tuhan.
Minggu lalu, seorang jurugambar di Kanada berjaya merakam fenomena cahaya seolah-olah memancar dari permukaan perut bumi ke langit. Foto tersebut berjaya dirakam di bandar Lacombe dan pekan Blackfalds di wilayah Alberta, Kanada.
Jurugambar yang dikenali sebagai Darlene Tanner memberitahu dia sempat merakam ilusi yang dikenali sebagai tiang cahaya (light pillars) ketika suhu di kawasan tersebut menurun di bawah paras suhu beku -30 darjah Celsius. Tiang-tiang cahaya tersebut kelihatan menari secara perlahan dan serentak mengikut hembusan angin.
Fenomena itu dikatakan akan terbentuk ketika zarah-zarah ais atau kristal memenuhi ruangan udara dan memantul semula cahaya daripada sumber luaran termasuk lampu jalan raya.
Tiang cahaya adalah fenomena yang sangat unik dan seringkali berlaku di kawasan bersuhu rendah. Fenomena ini akan terjadi sekiranya cuaca sangat sejuk dengan kehadiran kristal ais dalam udara hadir dalam keadaan berketepatan yang sesuai.
Beberapa keping gambar dikongsi Darlene menunjukkan satu barisan panjang tiang cahaya berwarna kuning dan putih memancar ke langit selepas terkena pantulan lampu jalan raya dan kediaman berhampiran.
Kristal ais akan berperanan seperti sebuah cermin gergasi yang memantul cahaya sama ada ke atas atau bawah sekali gus membentuk tiang cahaya yang kelihatan secara menegak dari jarak jauh.
Menarik bukan? Jika anda ingin menghayati permandangan langit sebegini, apa kata pergi melancong ke negara yang mempunyai suhu di bawah paras beku. Jika bertuah anda pasti dapat melihat fenomena alam ini.
St Basil Cathedral merupakan binaan ikon terkenal wajib melawat jika ke Moscow, Rusia. Ia mempunyai fungsi sebagai tempat beribadat termasyhur di negara Eropah. Jika anda ke Jerteh, Terengganu pasti terpesona dengan sebuah masjid seni binanya seakan-akan St. Basil Cathedral yang berjaya menarik perhatian orang ramai.
Terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Terengganu, Masjid Lapan Kubah atau mendapat jolokan sebagai ‘Masjid Russia’ menarik perhatian orang ramai erdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tangah kampung itu.
Pembinaan masjid ini telah dicetuskan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira tujuh tahun lalu dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai. Masjid ini menggantikan masjid kayu sebelum ini yang berusia lebih 100 tahun dan usang.
Masjid Lapan Kubah kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri. Keunikan seni bina masjid ini dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid itu yang mula digunakan sejak tahun 2017 tidak putus-putus dikunjungi.
Ada yang sanggup datang dari jauh bukan sekadar untuk melihat malahan dengan niat untuk turut solat di masjid. Dibina sepenuhnya menggunakan 100 peratus tenaga dan arkitek tempatan, masjid yang dibina di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.
Disebabkan masjid ini kini menjadi antara mercu tanda kampung di Jerteh, pengurusan masjid turut bercadang membuat satu sudut khas bagi menempatkan info dan bahan yang menampilkan sejarah awal masjid lama sehingga terbinanya masjid baharu ini.
Selain itu, terdapat beduk yang digunakan untuk memanggil orang kampung setiap kali waktu solat yang berusia lebih 50 tahun yang akan turut dipamerkan di sudut itu kelak.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...