Staycation Dengan Vibes Kampung & Suasana Padi Menghijau Kat Langkawi, Segar & Mendamaikan!

Share

Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan yang berbeza dari bandar atau pantai, anda boleh cuba bermalam di The Gemalai Village, Langkawi ini.

Bayangkan, bangun pagi sahaja dapat menikmati saujana mata memandang, dikelilingi sawah padi yang menghijau dan juga kolam dipenuhi teratai yang subur. Sesekali terdengar bunyi serangga dan juga kicauan burung, memang cukup mendamaikan.

Bersebelahan dengan laman padi dan juga berdekatan dengan pantai Cenang serta pusat membeli belah yang lain, dapat stay kat sini memang best. Kalau nak berbulan madu atau healing boleh datang dan menginap di sini.

FB: The Gemalai Village

Oleh
SAHR