
Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan yang berbeza dari bandar atau pantai, anda boleh cuba bermalam di The Gemalai Village, Langkawi ini.
Bayangkan, bangun pagi sahaja dapat menikmati saujana mata memandang, dikelilingi sawah padi yang menghijau dan juga kolam dipenuhi teratai yang subur. Sesekali terdengar bunyi serangga dan juga kicauan burung, memang cukup mendamaikan.
Bersebelahan dengan laman padi dan juga berdekatan dengan pantai Cenang serta pusat membeli belah yang lain, dapat stay kat sini memang best. Kalau nak berbulan madu atau healing boleh datang dan menginap di sini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Tasik Kuari Viral Tumpuan Ramai Sebenarnya Sangat Bahaya Ya!

Isi Kandungan
ToggleSebelum kita nak cerita pasal Tasik Kuari ni, jom kita ambil tahu dulu, apa itu kuari? Kuari ialah kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit. Contohnya kita boleh lihat bagaimana proses letupan di kuari melalui video di bawah:

Di Malaysia, lesen syarikat kuari dikeluarkan oleh kerajaan negeri kerana pentadbiran tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri. Bongkah-bongkah batu diletupkan dan runtuh ke bawah. Seterusnya dihantar ke mesin pemecah batu supaya ia lebih kecil dan halus.
Asal Tasik Kuari
Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung. Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan.
Tasik kuari mungkin berkedalaman +-2m ke 20m dari permukaan dalam bergantung pada hujan dan jenis lombong. Air di kuari juga terbentuk dari air mata air atau akuifer. Tebing bukit tinggi dah cukup bahaya sebab takut tergelincir jatuh. Kalau dah jatuh, berdepan pula dengan air dalam. Banyak kes lemas di tasik kuari direkodkan.
Berdasarkan kajian, aktiviti perlombongan yang telah dijalankan pada masa lalu telah meningkatkan jumlah pepejal terlarut dan logam berat. Tapi ramai yang mandi, maklumlah memang cantik air siapa tak geram. Cuma risiko sendiri sebab kawasan kuari adalah kawasan larangan masuk.
Tarikan Tasik Kuari
Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Ramai yang rakam video dan gambar cantik untuk perkongsian. Antara tasik kuari biru yang diketahui di Malaysia:
Tasik Biru Bukit Ibam


Tasik Biru Tasek Gelugor, Guar Petai Pulau Pinang



Tasik Biru Kangkar Pulai

Tasik Biru Seri Alam Johor Bahru

Gambar keindahan Tasik Biru Seri Alam ini juga pernah diabadikan dalam sebuah majalah yang bernama ‘DCM Magazine’ pada December 2013. Dengan tajuknya ‘The Blue Lake of Seri Alam’ yang dirakam oleh Gani Masai. Gambar inin juga diterbitkan dalam majalah Dunia Kamera isu Februari 2013.
Tasik Biru Marang, Terengganu


Tasik Biru Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi Kedah


Kecantikan dari kemusnahan
Lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja, meninggalkan tasik biru cantik yang berbahaya. Namun memang ada perancangan selepas itu. Proses untuk membangunkan bekas lombong memakan masa. Beberapa bekas lombong dijadikan tempat rekreasi seperti Sunway Lagoon, The Mines, Taman Ampang Hilir kini menjadi tarikan orang awam.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tempat Tersembunyi Di Perak, Syamille Agro Farm Berkonsepkan Resort Dalam Dusun

Isi Kandungan
ToggleRupanya ada sebuah resort tersembunyi di Perak, Kuala Kangsar. Bagi anda yang sudah berniat nak bercuti ke arah Utara tetapi belum jumpa tempat best, boleh lah bawa keluarga dan anak-anak ke Syamille Agro Farm Resort.
Menurut perkongsian daripada Nana Doraline, cukup berpuas hati bila datang ke sini sebab suasana kampung dan tenang.
Syamille Agro Farm, Konsep Resort Dalam Dusun
Resort agak terpencil, kawasan kampung dan menghijau di kelilingi pokok-pokok. Memang teduh dan sesuai untuk anda healing dengan anak-anak.
Paling best, ada sungai yang bersih dan selamat untuk anak-anak. Harga sangat berpatutan dan sangat berbaloi.
Resort: Syamille Agrofarm & Resort Sdn. Bhd.
Harga: RM100-RM200 semalam untuk 4 orang
Sarapan percuma
Kemudahan: Parking ada
Apa tarikan di sini, ada Mini Zoo(Rusa) dan Burung Merak, kucing dan lain-lain. Resort yang paling bersih saya pernah pergi dan pekerja sangat membantu dan ramah.
Jangan risau, tempat nak berehat dalam bilik pun memang bersih, selesa sangat! Nak tambah tilam pun boleh. Air-cond memang ada dalam bilik, jadi tak perlu risau dengan cuaca panas.
Boleh Beli Madu Asli
Resort ini memang menjual madu kelulut dan madu lebah. Owh ya, ada diskaun 20% pembelian semua madu kalau kita menginap.
Nak berjalan sekitar tempat itu, ada satu jambatan yang sesuai untuk anda ootd. Suasana hijau sekitarnya, menenangkan anda yang nak santai bercuti bersama keluarga.
Haaa… apa lagi, kalau masih tak tahu nak ke mana waktu cuti ini, cepat booking! Selamat bercuti di Syamille Agrofarm & Resort Sdn. Bhd. Perak, Kuala Kangsar.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fenomena Blue Tears Di Kuala Selangor

Fenomena ‘Blue Tears’ atau Air Mata Biru yang wujud di permukaan pantai Kuala Selangor kini sedang diperkatakan ramai.
Ada yang kata foto-foto fenomena tersebut bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Ya! fenomena Blue Tears tersebut memang berlaku di Kuala Selangor. Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi tarikan pelancong popular di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror.
View this post on InstagramA post shared by Sky Mirror Kuala Selangor (@skymirrormalaysia) on
Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Penduduk tempatan mula menemui kejadian air seakan berwarna biru pada malam hari sekitar tahun 2018 dan ia semakin kerap boleh dilihat hingga hari ini.
Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25+ untuk seorang. Pastikan anda memilih travel agensi yang berdaftar untuk mengambil pakej melihat Blue Tear ini.
Pelawat akan di bawa menaiki bot yang disediakan untuk menyusuri pantai di Kuala Selangor. Kawasan sekitar yang lebih gelap membolehkan seseorang melihat Blue Tears dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak sama apabila anda cuba menangkap dengan kamera, hanya mata kasar boleh melihat kecantikan ini.
Sumber Foto: wonderfy.asia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI