Setiap kali bercuti dengan keluarga atau dalam kumpulan yang besar, ramai memilih untuk mencari penginapan yang selesa dan tidak terlalu mahal. Paling penting ia boleh memuatkan ramai orang dan mempunyai fasiliti yang lengkap untuk kegunaan sepanjang percutian.
Bertemakan Desert dan Candy, sebuah penginapan Di Bandar Medini Iskandar, Johor Bahru ini memang cantik dan menarik. Lokasinya juga cukup strategik berdekatan dengan taman tema terkenal Legoland.
Diberi nama Sweet Party yang terletak di D’Pristine, memang sesuai kalau nak bercuti kat sini, bukan sahaja berdekatan dengan taman tema malah dekat dengan hotel dan juga gedung membeli-belah.
Ads
Dekorasi di dalam rumah ini sangat menarik dan berwarna-warni, sesuai sangat untuk percutian keluarga atau Girls staycation. Setiap sudut memang port untuk bergambar. Kalau bawa anak-anak, bukan mereka sahaja yang teruja, mak dengan ayah pun tentu seronok dapat tinggal kat sini ketika bercuti.
Dari ruang tamu hinggalah ke ruang dapur semuanya dilengkapi dengan dekorasi yang berwarna-warni, cukup happening dan cantik. Mempunyai kemudahan asas seperti kelengkapan dapur, untuk yang nak mandi-manda, kemudahan kolam renang juga ada disediakan.
Ads
Memang berbaloi kalau ke JB dan menginap di sini, jangan lupa bergambar puas-puas tau! Kalau ada yang nak buat tempahan boleh cari di aplikasi atau laman web www.airbnb.com
Alamat:
Ads
Sweet Party @ D’ Pristine Medini By OOOU
Lebuh Medini Utara Bandar Medini Iskandar Johor Bahru, 79250, Iskandar Puteri, Johor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdinding kayu serta beratap nipah atau rumbia kini semakin ditelan zaman, digantikan dengan binaan konkrit berbumbung genting yang lebih gah dan eksklusif.
Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa mungkin ada generasi muda langsung tidak pernah melihat dari dekat keunikan seni bina tradisional yang biasanya didirikan dengan hanya menggunakan kayu atau buluh. Justeru, orang ramai dipelawa untuk ‘menziarah’ Perkampungan Adat Melayu Seri Banian.
Perkampungan Adat Melayu Seri Banian yang diasaskan seorang guru silat di Pendang, Kedah menawarkan suasana kehidupan Melayu lama kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman berada pada zaman dahulu kala sekali gus dapat mengetahui budaya Melayu lama.
‘Seri Banian’ merujuk kepada kampung yang berseri iaitu perkataan ‘Ban’ bermaksud kampung dalam Bahasa Siam manakala ‘Nian’ membawa makna sunyi dan dingin yang jika digabungkan ‘Seri Banian’ menjadikan ia penyeri kampung sunyi itu. Projek membina perkampungan di Kampung Bendang Bukit ini berkonsepkan Adat Melayu Nusantara yang terdiri daripada rumah serta adat dan budaya suku kaum Melayu terdahulu seperti Acheh, Banjar, Bugis, Jawa dan Minangkabau selain budaya orang Malaysia.
Di perkampungan ini terdapat beberapa rumah Melayu lama yang memiliki identiti dan reka bentuk tersendiri yang menarik dan perbezaan reka bentuk itu berdasarkan struktur bumbung pada rumah tersebut. Suasana di situ sememangnya terasa seperti pada zaman Melayu silam termasuk terdapat balairung seri yang dibina dengan reka bentuk Melayu Nusantara selain makanan tradisional juga disediakan kepada pengunjung dengan harga berpatutan sekiranya mereka berkeinginan menikmati makanan tersebut.
Tujuan utama perkampungan itu dibina adalah untuk memperkenalkan budaya masyarakat Melayu Nusantara pada zaman silam apabila dapat mengumpulkan semua warisan Melayu itu di satu tempat bagi tatapan generasi muda kini.
Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke perkampungan ini yang dibuka setiap hari seawal 10 pagi hingga 7 malam dengan dewasa dikenakan bayaran RM3 manakala RM1 bagi kanak-kanak dan sekiranya ingin menunggang kuda ataupun bergambar bersama kuda dikenakan caj RM5 sahaja.
Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu akan ada hidangan makanan Melayu Nusantara yang istimewa untuk pengunjung seperti sate Anta Berahi dan sate Meranging. Menu-menu ini akan berubah dari semasa ke semasa untuk memberikan kelainan kepada pengunjung.
Pada hari Jumaat dan Sabtu itu juga pengunjung boleh menikmati hidangan makanan sambil menonton persembahan silat serta muzik dan nyanyian tradisional Melayu.
Terpesona dengan keindahan yang ada di salah sebuah tapak perkhemahan yang ada di Betong, Thailand membuatkan Mahathir Che Amad kembali semula dan kali ini lebih meriah apabila dapat membawa keluarga bersama.
Menurut Mahathir, kunjungannya sebelum ini hanya bersama isteri dan kali ini memandangkan mereka sekeluarga membuat trip ke Selatan Thailand, dia tak lepaskan peluang untuk singgah ke campsite yang dikenali sebagai Cool Camping yang terletak di Betong, Thailand sebelum pulang semula ke Malaysia.
Berasal dari Pahang, perjalanan untuk sampai ke sini sahaja lebih dari tujuh jam, namun dengan pemandangan yang ada memang berbaloi sangat.
Kunjungan kali ini merupakan kali ketiga buat Mahathir dan pasangannya, jika sebelum ini hanya datang berdua, mereka hanya menyewa khemah untuk bermalam. Tetapi untuk kunjungan kali ini, dia memilih untuk tinggal di dalam Chalet untuk keselesaan.
Menurut Mahathir, kalau cuaca baik pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri awan nano dari tapak perkhemahan, walaubagaimanapun pengunjung juga boleh ke Skywalk Aiyerweng yang terletak 10 KM untuk melihat awan tersebut.
Ikuti perkongsiannya:
Repeat! Cool camping Betong, Southern Thailand.
Datang kali ni dengan family, jadi kami pilih utk bermalam di Chalet.
Salah saru persinggahan dari trip 7 hari 6 malam kami di Southern Thailand.
700 Thb / night.
1 Queen bed & 1 tilam. Siap kipas & AC.
Plug point ready.
Toilet cantik siap ada water heater.
Coverage line Ais superb. Wifi pun ada.
Park kereta ada.
Makan tapau siap-siap dari bawah.. nak BBQ pun ada pit, nak masak pakai dapur camping pun mestilah boleh.
Suhu 20-22’C.
Kalau cuaca baik, boleh dapat awan nano dari campsite. Kalau tak, boleh ke Skywalk Aiyerweng dalam 10KM untuk tengok awan nano.
Taman tema air di Negeri Selangor telah mula beroperasi semula selaras kelonggaran Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bersedialah untuk membawa anak-anak anda bermandi-manda pada hujung minggu, atau nikmati keseronokan ini bersama rakan taulan anda.
Tentunya, taman tema air merupakan tarikan pelancongan yang digemari semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Permainan gelongsor dan ombak buatan sememangnya tarikan yang sinonim dengan taman tema air.
Akan tetapi, setiap taman tema air mempunyai keunikan yang tersendiri. Hanya individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi taman tema air di Negeri Selangor. Jom isi masa terluang anda bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu ini dengan mengunjungi taman tema air yang disenaraikan di bawah!
1) Sunway Lagoon
Siapa yang tidak tahu tentang Sunway Lagoon, teman tema air yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya? Sama seperti taman tema air yang lain, Sunway Lagoon juga dilengkapi dengan tarikan gelongsor pelbagai jenis yang sangat mengujakan.
Sunway Lagoon by kaionn.75
Antara tarikan popular di Sunway Lagoon yang sangat digemari para pengujung adalah Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, Surf Beach dan banyak lagi! Sempena pembukaan semula pada 7 Oktober 2021, Sunway Lagoon telah memperkenalkan aktiviti berkelah yang dinamakan “Camp Out! at Sunway Lagoon”. Jadi, rasai sendiri pengalaman bermalam di Sunway Lagoon yang pertama kali diperkenalkan ini!
2) Bangi Wonderland Theme Park & Resort
Bangi Wonderland by ohmedia
Bangi Wonderland merupakan taman tema air yang dikelilingi oleh hutan rekreasi dengan keluasan 12 ekar. Lokasinya yang terletak di tengah antara Bandar Semenyih dan Bangi sememangnya sesuai bagi anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota. Bangi Wonderland menawarkan 14 permainan yang menyeronokkan, antaranya Anaconda Trail, Body Slide, Green Pearl dan banyak lagi!
3) Waterworld @ I-City
Waterworld @ i-City by littlehumansonthego
Selain daripada cahaya lampu LED dan taman tema salji yang menjadi tarikan popular para pengunjung di i-City, Shah Alam, taman tema air di sini harus juga diberi perhatian kerana Waterworld i-City ini menawarkan aktiviti yang amat menarik dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung! Jom cuba satu-satunya Tornado Ride yang terdapat di Asia Tenggara, yang mencabar keberanian anda dan tentunya menyeronokkan!
4) Wet World Water Parks Shah Alam
Wet World Shah Alam by alifeady
Wet World Water Parks Shah Alam ini sudah beroperasi sejak 1996 lagi! Ianya menjanjikan keseronokan kepada para pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil. Antara tarikan popular yang anda boleh cuba cuba di sini ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.
Pilihan aktiviti yang ditawarkan di sini adalah sesuai untuk kanak-kanak, dan kebanyakan kolam di sini adalah berparas cetek. Jadi, anda boleh bawa anak anda ke Wet World Water Parks Shah Alam pada masa cuti nanti!
Taman tema air kerap kali dikunjungi secara berkumpulan atau beramai-ramai kerana kita tahu, “lebih ramai lebih meriah”. Tambahan pula, taman tema air merupakan hiburan yang dapat dinikmati tanpa mengira usia.
Menariknya lagi, sesetengah taman tema air turut menyediakan tempat penginapan sekiranya sehari tidak cukup untuk anda menikmati semua aktiviti yang ditawarkan. Debaran permainan gelongsor yang curam dan ketenangan kolam renang memberi penangan yang hebat kepada para pengunjung. Jangan ketinggalan untuk menikmati pengalaman taman tema air yang menakjubkan di Negeri Selangor ini!
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan kepada kita semua untuk berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...