Pasti akan teruja bila berada di Tiarasa Escapes Pahang, anda akan rasa tenang dengan sekelilingnya yang dipenuhi dengan pokok hijau.
Apa yang lebih menarik, melihat tempatnya yang mesra untuk bawa kanak-kanak, umpama berada di satu perkampungan puteri gunung ledang.
Ada kolam mandi untuk bermain air, jadi ini juga satu tarikan kepada sesiapa yan merancang nak beri pengalaman percutian berbeza pada anak-anak.
Ruang untuk lena pun agak selesa dengan nampak pemandangan luar dari dalam bilik.
Kemudian, setiap malam ada aktiviti bornfire
pihak resort akan sediakan marshmallows dan biskut secara percuma.
Owh ya, selain itu ada aktiviti menonton movie di bawah bulan dan bintang.
Kalau ikutkan resort ini memang mampu membeli jiwa sesiapa sahaja yang singgah untuk bermalam dan sertai aktiviti di sana dengan cara berdamai dengan alam semula jadi.
Tengor dari atas, memang rasa teruja nak datang dan bila dah merasa, pasti puas hati untuk repeat datang lagi.
Jadi, apa lagi? Cepat booking dan bawa keluarga tersayang ke sini!