Anda pernah melancong ke Sri Lanka? Sekiranya belum, anda perlu melancong ke negara yang mendapat jolokan nama ‘Pearl of the Indian Ocean’ dan ‘Teardrop of India’ itu kerana Sri Lanka menawarkan pelbagai keunikan yang anda tidak akan dapat nikmati di tempat-tempat lain.
Masa sekarang ini adalah masa yang terbaik untuk anda melancong ke sana kerana, Sri Lanka sedang berusaha untuk melonjakkan taraf industri pelancongan negara mereka dan tampil dengan satu inisiatif yang menawarkan visa percuma kepada pelancong dari lebih 30 negara.
Bermula dari 1 Mei, tawaran istimewa ini akan dapat dinikmati oleh pelancong-pelancong dari Malaysia, Singapura, Thailand, South Korea. Malah, pelancong-pelancong dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Eropah juga turut berpeluang untuk menikmati tawaran yang sama.
Rata-rata pelancong Malaysia yang ingin ke Sri Lanka perlu memohon visa dengan harga USD35 ke USD40 setiap seorang. Dengan tawaran visa percuma ini, setiap pelancong dapat menikmati tempoh masa sehingga 6 bulan dan sekiranya inisiatif ini berjaya, Sri Lanka menjangkakan untuk menambah bilangan negara yang dapat menikmati visa percuma ini dan mungkin akan mengekalkan taraf percuma ke beberapa negara.
Untuk tahun 2017 sahaja, Sri Lanka menerima 2.1 juta pelancong dan jumlah tersebut adalah satu peningkatan yang amat memberangsangkan sejak berakhirnya perang dingin di sana pada tahun 2009.
Sumber: USA Today