Solo Backpacking Ke Phuket, Thailand Memang Best. Lepak 4 Hari Bajet Tak Sampai RM500. Ini Itinerarinya!

Share

Dapat buat trip solo secara backpackers memang seronok. Tak terikat dengan masa dan bebas untuk memilih destinasi yang hendak dilawati antara faktor yang membuatkan ramai traveler memilih bercuti secara solo.

Trip santai selama empat hari tiga malam ke Phuket Thailand memang best. Jika sebelum ini pernah melawat Krabi, kali ini Qimayra Mohammed atau Backpacker Bual berkelana pula ke Phuket.

Berkongsi beberapa perkara terutamanya yang melibatkan bajet, banyak tempat menarik yang sempat dilawati jejaka ini semasa kunjungannya ke Phuket. Kos yang digunakan juga tidak terlalu tinggi dan memang sesuai untuk backpacker traveler.

Ikuti perkongsian yang menarik ini!

SOLO BACKPACKING @ PHUKET, THAILAND

  • Baru-baru ni aku ke Phuket untuk trip secara santai memandangkan aku pergi solo so perjalanan ikut kepala sendiri.
  • Aku tak tahu sangat tulis itinerari jadi aku cuma share benda yang aku fikir penting sebagai rujukan semua terutamanya bab penjimatan.

Phuket airport ke Patong Beach aku naik Phuket Smart Bus, fees $100thb sehala. Lokasi PSB ni dihadapan domestic arrival. Kalau naik minibus $180bht so pilihan ditangan anda.

Simkad Happy DTAC Tourist 8 days, unlimited & 5G coverage, book kat apps Klook: RM29.85. Voucher untuk claim simkad akan dihantar ke email so voucher tu bagi tengok je kat staff kaunter DTAC kat Phuket airport.

Check-in Bearpacker Hostel Patong. RM165/3 malam book kat apps Hopper. Deposit $500bht.

Phuket City tour aku just walk-in kat kiosk sana & dapat price murah gila $500thb cover sampai 7 tempat. Kakak yang jaga kiosk tu pun muslim boleh cakap Malay. Harga inc pickup & drop-off hotel.

Whatsapp: +66983099744 (Kak Sonya, Matha Tour)

Kalau nak cari makan 100% halal boleh lepak makan streetfood kat Kalim Beach. Kalim merupakan perkampungan yang terdapat ramai komuniti muslim disitu.

Sepanjang 4 hari sarapan kat 7E je Nescafe tin & Shrimp fish steak Burger, dll. 7E Thailand wajib masuk banyak gila makanan best-best aih

Kalim Beach 100% streetfood halal

Phuket City Tour (common place yang semua tour akan bawa pelancong pergi)

-Karon view point

-Promthep Cape

-Big Buddha

-Wat Chalong

-Cashew Nut Factory

-Honey Farm

-Phuket Oldtown Night Market

– Kalau nak book city tour kat Klook pun boleh tapi mahal sikit dalam RM85+ = $700bht

– Kebetulan aku buat city tour hari Ahad so tour bawa sekali ke pasar malam kat phuket old town. Pasar malam phuket buka hari ahad sahaja.

Sebelah malam selama 3 malam free&easy, just chilling & walking street cuci mata sekitar Patong: Phuket Hardrock Cafe, Central Patong sambil layan streetfood & kebab.

Hari ke-3 kalau nak buat island hopping pun boleh tapi aku dah pegi masa kat Krabi so aku putuskan untuk tour sendiri ke bandar Phuket

Tunggu bas kat depan hostel untuk ke Phuket City, fees $40bht sehala (return $80bht)

Walking street sekitar Phuket Old Town, cuci mata kat Jalan Soi Romanee nampak bangunan lama tinggalan penjajah kolonial

Mesti pergi ke Sino-Portuguese Museum

Balik ke Patong naik bas yang sama, stesen bas Patong kat bandar Phuket di sebelah Phuket Town Central Market, Jalan Ranong.

watchalong temple
Sino-Portuguese museum
promthep cape
phuket oldtown night market

Dinner kat Wai Thai Restaurant (Halal) kat pantai Patong dekat Hostel

Hari terakhir Checkout Hostel

Tunggu Phuket Smart Bus untuk ke airport kat Bangla Police Box Station, 5 minit perjalanan dari Hostel.

Info tambahan:

Selain Patong Beach, korang boleh juga stay kat Kata Beach, Kalim atau Rawai Beach. Kat Patong agak sosial ye terutamanya kat Bangla Road. Kalau datang dengan keluarga (mak ayah/anak-anak) aku nasihatkan jangan masuk sebab banyak benda yang tak sepatutnya kita tengok kat dalam

Makanan halal tak terlalu susah nak dapat kat Patong, kalau bawa duit lebih boleh je makan kat restoran turkey atau arab.

Cannabis/ganja shop besepah kat Phuket since ianya legal kat Thailand.

Selain jalan kaki or naik tuktuk boleh je naik grab motor atau sewa motor untuk jalan-jalan sekitar Patong.

Jika kantoi oleh Polis Thai: bawa motor tanpa lesen fined 1000bht, jika tak pakai helm fined 500bht.

Patong bersih so buang sampah anda di tong sampah.

Muslim kat sini boleh cakap Melayu (loghat Kedah)

Plug kat Thailand tak sama dengan Malaysia so kena bawa universal adapter.

Vape, pod, e-cigar diharamkan di Thailand so jangan bawa, jika kantoi kat airport Thailand anda boleh kena fined atau penjara.

Aku takdapat nak buat kira-kira untuk ground cost sebab lain orang lain selera. aku bawa cash $3,500bht cukup untuk lepak 4 hari.

Seafood kat Thailand murah gila

Rice noodles, coconut ice wajib, padthai wajib cuba.

Jika nak datang ke Phuket better hujung minggu sebab pasar malam kat Phuket Old town buka hari ahad sahaja.

Travel insurance AIG Premium: RM73.00 – Travel insurance adalah optional tapi better ambil. sediakan payung sebelum ribut.

Banyak lagi tempat cantik kat sini di sekitar Rawai Beach & Nui Beach. Google je.

Tiket penerbangan AirAsia

TWU-KL = RM99 (promo bulan Oct,2022)

KL-HKT-KL = RM 264 (30% OFF Sept, 2022)

KL-BKI-TWU = RM 110 ( Free seat Promo Nov,2022)

Repeat Patong? mungkin tidak tapi jika ditakdirkan untuk kembali ke Phuket aku akan consider lepak di Karon Beach yang mana ianya nampak less social or maybe kat Kamala Beach dimana terdapat ramai muslim disitu.

Aku still prefer Ao Nang, Krabi sebab santai, tidak terlalu luas, & tidak terlalu crowded.

Next destination, Pattaya

Kredit: Backpacker Bual

 

Oleh
SAHR