Tarikan paling terkenal di Pulau Langkawi iaitu kereta kabel SkyCab akan menutup sementara operasi kereta kabel mereka kepada orang awam selama 14 hari bermula pada 1 hingga 14 April 2019.
Penutupan ini adalah bersifat sementara ini dipercayai bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan selain SkyCab, penutupan ini turut membabitkan SkyBridge dan SkyGlide.
Oleh yang demikian, sekiranya anda merancang untuk pergi ke SkyCab, SkyBridge dan SkyGlide pada tarikh tersebut, adalah dinasihatkan untuk mengubah itinerari percutian anda atau datang sebelum atau selepas tempoh penutupan itu selesai.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan lain yang terdapat sekitar lokasi itu seperti SkyDome, 6D Cenimotion, SkyBoutique, 3S Art Langkawi, Time Travel, SkyAdventure Park dan One Stop Center masih beroperasi seperti biasa dan tidak terlibat dengan penutupan operasi seperti di atas.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
30 Foto Terkini Kebakaran Teruk Hutan Di Sydney Sehingga Australia Isytihar Darurat
Jika anda sudah buat perancangan untuk bercuti ke Sydney dalam masa terdekat ini, diharap membuat sedikit persediaan awal dan menjaga keselamatan diri.
Buat pertama kali, bandar terbesar di Australia iaitu Sydney dan kawasan sekitar berdepan tahap amaran kebakaran paling tinggi. Pihak berkuasa turut memaklumkan risiko terhadap nyawa dan kediaman. Australia kemarin dilaporkan mengisytiharkan darurat di Sydney dan penduduk dinasihati berjaga-jaga susulan siri kebakaran hutan yang melanda timur negara itu.
“Tiada binaan atau rekaan yang mampu bertahan dalam situasi yang mungkin terjadi dalam keadaan bencana,” kata Shane Fitzsimmons, Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales yang merangkumi Sydney.
Suhu tinggi dan angin kencang mencetuskan kebakaran menyebabkan Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian mengisytiharkan darurat selama tujuh hari bermula kelmarin. Menurut Berejiklian, fokus utama mereka adalah melindungi nyawa, harta benda dan memastikan keselamatan semua pihak. Sejenis cecair yang menghalang kebakaran lebih besar berlaku dilihat disimbah sekitar lokasi ini menggunakan helikopter dan bantuan anggota keselamatan.
Setakat ini, tiga orang dilaporkan maut manakala ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal, 150 kediaman turut musnah susulan berpuluh kebakaran tidak terkawal di utara negeri terbabit. Dalam pada itu, situasi terkini dilihat sedikit pulih, membolehkan sebilangan penduduk pulang ke rumah masing-masing namun jerebu dilaporkan di beberapa kawasan yang dilanda kebakaran.
Sumber: Dailymail | Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penumpang Malaysia Airlines Wajib Pakai Topeng Muka
Semua penumpang Malaysia Airlines dikehendaki untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri berkuat kuasa 23 April, 2020, di lokasi seperti daftar masuk, menaiki kapal terbang, di kabin pesawat, pengeluaran dan pengambilan bagasi semasa ketibaan untuk mengurangkan penularan COVID-19.
- Keperluan ini terpakai kepada semua penumpang (tidak termasuk bayi) yang melakukan perjalanan dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan sewa khas Malaysia Airlines, untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan setiap penumpang dan petugas syarikat penerbangan.
- Malaysia Airlines tidak akan menerima penumpang yang tidak mempunyai/memakai topeng muka semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawat, katanya.
- Bagi keselesaan penumpang, terutamanya dalam penerbangan jarak jauh, anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka tambahan dan cecair pembasmi kuman tangan untuk kegunaan sendiri.
- Penumpang turut diingatkan untuk menghormati ruang peribadi orang lain dan memerhatikan jarak sosial jika diperlukan serta mematuhi langkah-langkah keselamatan lain dalam proses sebelum berlepas dan ketibaan untuk memastikan anda mendapat perjalanan yang selamat. Keselamatan penumpang dan kakitangannya amat penting kepada Malaysia Airlines.
Malaysia Airlines requires all passengers to wear a face mask on all flights. Find out more: https://t.co/bQZAB0SRdV pic.twitter.com/rbMHf513ax
— Malaysia Airlines (@MAS) April 21, 2020
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Budapest Berduka Bot Persiaran Karam. Ramai Pelancong Korea Maut
Budapest adalah antara Kota Eropah yang tercantik. Budapest merupakan gabungan dua nama kota iaitu Buda dan Pest yang dipisahkan oleh Sungai Danube. Dua kota ini disambungkan oleh jambatan yang dikenali sebagai Chain Bridge. Bandar Pest lebih mendatar berbanding Kota Buda yang sedikit berbukit-bukau. Ternyata Pest lebih sibuk dan padat berbanding Buda.
Budapest masih memelihara reka bentuk warisan bangunan lamanya. Tarikan utama Budapest semestinya bangunan Parlimen Hungary yang merupakan Parlimen ketiga terbesar di dunia. Seni bina arkiteknya begitu mempesonakan seperti sebuah istana. Disebabkan itu Budapest sentiasa menjadi pilihan pelancong untuk datang.
Namun ada berita duka dari Budapest yang diterima. Untuk tarikh hari ini, sekurang-kurangnya tujuh warga Korea Selatan disahkan maut. Menurut pihak berkuasa Hungary dan Korea Selatan, selain pelancong yang maut, tujuh mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.
Manakala masih ada baki 19 yang lain dilaporkan hilang apabila sebuah bot persiaran yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong karam di Sungai Danube, Budapest. Seramai 33 warga Korea berada dalam bot persiaran terbabit yang turut membawa dua anak kapal warga Hungary.
Bot yang dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah bot lain pada kira-kira jam 10 malam waktu tempatan semalam. Insiden berlaku berhampiran bangunan Parlimen yang terletak di tengah ibu kota Hungary.
Operasi mencari mangsa yang hilang dilakukan sepanjang malam dengan bantuan penyelam. Namun hujan lebat sejak permulaan Mei lalu menyebabkan paras air naik sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.
Bot karam tersebut kemudian ditemui beberapa jam selepas pencarian di sepanjang Jambatan Marguerite yang menghubungkan bandar lama Buda dengan daerah Pest. Ekoran insiden terbabit pihak berkuasa kini menutup laluan ke lokasi nahas.
Presiden Moon Jae-in dilaporkan mengerah segala sumber yang diperlukan bagi membantu melancarkan operasi menyelamat, petugas kedutaan Korea Selatan turut bekerjasama dengan pasukan kecemasan. Sementara itu, Menteri Kesihatan Hungary, Ildiko Horvath yang melawat lokasi insiden menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Syarikat pelancongan Korea yang diupah untuk membawa kesemua mangsa dari Korea itu ke Budapest turut memohon maaf kepada keluarga mangsa yang terlibat atas kejadian kemalangan maut itu.
Sumber: Dailymail | Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI