Jika ingin melihat sisi lain bagi Sabah, anda boleh berkungjung ke daerah Kinabatangan. Antara aktiviti menarik di sini adalah menyusuri Sungai Kinabatangan untuk melihat keunikan alam semulajadi selain menjejak flora dan fauna unik yang ada disekitar lokasi tersebut.
Ketika menyusuri sungai ini di daerah hijau ini, pengunjung akan melihat kelibat kewujudan sebuah bukit batu kapur dikenali Tomanggong Besar di kawasan tanjung Sungai Kinabatangan. Bukit ini sangat unik kerana mempunyai mitos seakan sama seperti kisah batu belah batu bertangkup. Selain itu, keunikan struktur bukit ini juga sangat menarik perhatian.
Bukit batu kapur setinggi kira-kira 50 meter dari permukaan air terletak di Kampung Sukau, dianggap ‘keramat’ oleh penduduk setempat kerana selain mitosnya, kawasan berkenaan dipercayai sering berlaku kejadian pelik termasuk ribut.
Mengikut cerita penduduk, bukit itu mengambil sempena nama seorang pemuda iaitu Tomanggong yang ‘ditelan’ batu selepas dipercayai kempunan memakan seekor burung ketika memburu bersama enam abangnya.
Tujuh beradik itu kononnya memudik ke hilir Sungai Kinabatangan untuk berburu dan ketika perjalanan pulang, mereka singgah berteduh dalam gua pada batu kapur itu kerana berlaku ribut.
Ads
Selepas ribut reda, tujuh beradik itu keluar namun malang bagi si Tomanggong apabila pintu masuk gua tertutup sendiri sebelum sempat keluar menyebabkannya terperangkap sebelum enam abangnya berusaha mengumpil pintu gua menggunakan sebatang kayu belian tetapi tidak berjaya.
Sehingga kini, penduduk mendakwa kayu belian itu masih wujud di pintu gua berkenaan, namun hanya boleh dilihat ketika air surut. Air surut di Sungai Kinabatangan cuma berlaku dua atau tiga kali sebulan, namun agak sukar untuk menjangka waktunya yang bergantung kepada keadaan cuaca di hulu sungai menyebabkan usaha melihat kayu belian berkenaan sukar.
Ads
Biarpun ada pelbagai versi cerita mengenai bukit Tomanggong, penduduk khususnya masyarakat etnik Orang Sungai masih percaya terhadap pantang-larang jika melalui kawasan itu. Antaranya ialah tidak boleh membawa makanan dalam perahu, jangan berbuat bising dan memberi salam.
Mereka yang membawa makanan sama ada daging atau tumbuhan perlu buang sedikit ke batu untuk mengelak perkara tidak baik berlaku. Malapetaka seperti ribut, perahu karam, air sungai bertukar menjadi minyak atau serangan buaya berlaku jika pantang larang tidak dituruti.
Ads
Disebabkan mitos itu juga, ramai orang luar datang ke bukit batu kapur berkenaan untuk membuat hajat dengan memacak bendera dan menabur syiling. Walaupun tiada lagi kejadian pelik berlaku, penduduk masih ikut pantang larang dan mengelak ke situ pada waktu malam sebab ia tempat keramat.
Kira-kira satu kilometer di hulu Tomanggong Besar, ada sebuah lagi batu kapur setinggi kira-kira 20 meter dari paras air dinamakan Tomanggong Kecil atau dipanggil ‘Tomanggong anak-anak’ dalam bahasa Sungai.
Di Kinabatangan, selain Tomanggong Besar dan Tomanggong Kecil, ada dua lagi bukit batu kapur yang kini diwartakan sebagai kawasan pelancongan iaitu Batu Tulug berusia 20 hingga 25 juta tahun setinggi 29 meter yang menyimpan 125 keranda purba kayu balak. Selain itu, Gua Gomantong mempunyai 27 gua kecil dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung, terletak kira-kira 30 kilometer dari Kampung Sukau.
image via google | sumber: FB Lahad Datu Info, bhonline
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seorang artis jalanan yang menetap di New York, Tom Bob NYC telah memberi nafas baru persekitaran ‘tidak bernyawa’ kepada hasil seni yang ceria sekaligus menjadi tumpuan ramai.
Pada awalnya, Tom Bob hanya cuba menghidupkan suasana yang suram terutamanya lorong-lorong belakang yang gelap dengan warna-warna yang ceria. Ilham tersebut tercetus agar lorong yang sunyi tidak menjadi sesuatu tempat yang menakutkan dan tidak selamat untuk dilalui selain menjadi sarang untuk melakukan jenayah.
Tom Bob telah menukarkan objek yang ‘tidak dipandang’ kepada satu kehidupan dengan sentuhannya yang aneh. Dengan menggunakan cat semburan sahaja, segala imaginasi dan karektor pelbagai animasi mengubah jalan biasa dan dinding-dinding menjadi luar biasa. Bukan itu sahaja, malah rak basikal, paip air, kotak fius elektrik bertukar kepada seekor haiwan eksotik, makhluk fantastik, dan juga orang terkenal yang begitu comel.
Seni jalanan tersebut mendapat maklum balas positif dan tular di laman sosial. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kreativiti Tom Bob. Sehingga hari ini, lokasi-lokasi tersebut sering menjadi tumpuan ramai tidak kira penduduk tempatan dan juga pelancong untuk bergambar.
Lagi hasil Tom Bob yang dikongsikan di Instagram Tom Bob NYC
Percutian ke Cameron Highland tidak sah kalau tidak singgah ke Pasar Malam Cameron Highland. Dahulunya pasar malam ini bertempat di Brinchang, namun kini sudah dipindahkan ke kawasan yang lebih teratur iaitu di Golden Hills dan dikenali dengan panggilan Pasar Malam Golden Hills. Jangan ada yang tak tahu pula!
Pasar malam ni bermula pukul 4.00 petang sehingga pukul 11.00 malam. Beroperasi pada hujung minggu ( Jumaat dan Sabtu), cuti umum dan cuti sekolah sahaja. Jika anda datang bercuti pada hari yang tidak dinyatakan di sini jangan buang masa pula tunggu pasar malam buka. Anda boleh ke beberapa kawasan tumpuan lain yang ada menjual pelbagai produk tanah tinggi dan makanan lazat. Tetapi pasti tidak akan ‘sepuas’ dapat berbelanja di Pasar Malam ini.
Macam-macam dijual di sana. Dari sayur-sayuran, buah strawberry, pelbagai buah, bunga, baju, pokok, hingga makanan dan minuman yang pelbagai.
Ok nak cerita sikit pasal makanan boleh?
1. Nampak menarik kan bebola ubi manis? Nak beli boleh tapi saya sarankan perhati dulu, fikir baru beli. Kenapa? Sebab ada sebilangan kedai tokeynya orang bukan Islam ya. Yang gaul, yang bancuh tepung tu tokeynya. Yang goreng baru orang bertudung sama ada orang asli Islam takpun orang Indonesia. Ada sedikit keraguan mengenai halal di sini. Cari peniaga yang betul-betul orang melayu tempatan.
2. Ada seorang penjual ni bukan Islam jual Kuew Teow Goreng. No pork katanya! Are you sure semua bahan lain digunakan tu halal? Rasa macam sedih plus kesian pada pembeli yang beratur beli. Nak tegur macam tak sesuai, sebab dah menunggu order dah. Sigh.
3. Satu lagi, kalau korang tengok kedai ni seriyes macam ok je. Mesti korang tak sangka. Pekerjanya bertudung Orang Asli, tapi ownernya Bukan Islam ya. Korang takkan perasan sebab owner tak ada kat situ. Kedai tu jual meatball, ayam grill dan kambing grill.
Jadi korang memang kena betul-betul perhatikan dengan siapa yang korang beli. Kami kesian kepada semua pengunjung yang tertipu. Tak daya kami nak bagitahu semua. Harapnya dengan post ini dapat membantu.
Fikir-fikirkanlah.
Dan selamat bercuti.
Dan kat sini kami juga nak bagitau antara yang best di Pasar Malam ni adalah:
1. Burger Bakar
2. Kambing dan Ayam Grill
3. Air Jagung Mutiara
4. Cendawan Celup Tepung
3. Seafood Celup Tepung.
4. Air kelapa laut
5. Strawberry Celup
6. Aiskrim strawberry
7. Jagung ori Cameron Highland. Tengok warna tau! Kalau warna hijau gelap macam ni confirm ori. Kalau warna kuning pudar tu jagung Ipoh tau
Boleh jadi rambang mata beli kat sini tau. Haha
Waktu Operasi:
Jumaat – Sabtu (4.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi:
Jalan Sungai Ruil, Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland
Pulau Besar atau turut dikenali sebagai Pulau Babi Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing, Johor. Pulau Besar sebelum ini dikenali oleh peminat selam skuba yang kerap memilih untuk melakukan aktiviti selaman disekitar pulau ini.
Namun hari ini Pulau Besar semakin dikenali oleh individu yang hanya ingin datang bercuti di kepulauan daerah Mersing. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang begitu indah terletak berhampiran pulau ini. Walaupun Pulau Besar agak kecil, terdapat beberapa resort untuk dipilih dan jangan tidak percaya ada resort yang memiliki kemudahan padang golf 18 lubang. Jika ingin suasana yang sedikit klasik, anda boleh memilih resort berkonsep ala kampung.
Nak tahu apa yang best di Pulau Besar? Ini perkongsian sumber daripada Cik Kiah & Joe Haraza Memandangkan sebelum ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni plan nak try pulau belah Johor pulak iaitu Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Jangan risau takda seekor pun binatang itu kat sini. Yang ada hanya keindahan dan kejernihan air laut dia aje. Lawa gila okeh!
Perjalanan dari Kl ke Mersing makan masa dalam 5 jam. Sampai je Jetty Mersing, boat akan bawak kami ke Pulau tu dalam pukul 12.30 tengahari.
Naik boat dari Jetty ke pulau plak ambil masa 30 minit . Dekat la jugak dengan daratan kalau ombak tak besar time tu.
Resort yang Yah stay nama dia Mirage Resort Pulau Besar. Pulau ni agak privacy dan tak crowded sebab nya hanya ada 4 resort je kat sini. Yah pilih Mirage Resort sebab baca feedback semua best dan good review kat Tripadvisor lepastu dia murah sikit dari resort lain. Cam biasa la sebelum book kena la survey dulu review baik ke tak baik.
Apa yang best Mirage Resort ni lebih kepada konsep Kampung Style. Memang macam balik kampong la duk sini. Pastu sini chill2 dan tak crowded sangat dengan orang. Staff pun memang sangat friendly dan jaga kami dengan baik sepanjang dekat sini
Untuk pakej pulak Yah amek 4D3N cottage A Frame types hanya RM620 per person. Nak pergi 2 atau 3 hari ke takda masalah cuma kalau kat pulau wajib g 4 hari sebab takut tak puas kalu kejap sangat.
Banyak je aktiviti yang boleh buat dekat pulau ni antara nya, naik basikal keliling pulau, berkayak, snorkeling, memancing, jungle trekking dan berootidi. Yang rasa nak bercuti tapi tak nak bersesak ramai orang tu sini lah tempat yang paling sesuai.
Happy holiday dalam new norma dan patuhi SOP yang ditetapkan ok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...