Travel

Singgah Taman Tanjung Ketapang, Tempat Healing orang Muar!

Share

Siapa cakap kat Muar tak ada tempat best? Jom singgah Taman Tanjung Ketapang, lokasi yang terletak di Johor ini memang sangat cantik dan tenang.

Biasanya ramai yang datang di Taman Ketapang ini untuk beriadah waktu pagi atau petang. Menurut perkongsian saudari Adda

, tempat ini cantik dan tenang bila datang awal pagi.

Taman Tanjung Ketapang

Untuk masuk menikmati alam semula jadi di sini, percuma. Jadi anda boleh lah tenangkan fikiran sejenak dengan pemandangan yang indah sekitar ini.

Selain daripada jogging, anda boleh tengok sunset di kawasan bakau ini. Tetapi kalau pergi terawal, anda tak dapat nak tengok sunset kat sini.

Korang kalau nak datang sini waze je Taman Tanjung Ketapang. Jangan pelik tak nampak pun bakau dari kawasan parking itu nanti.

Memang tak salah tempat, anda kena lah exercise sikit dalam 10 minit macam itu. Nampak signboard tg ketapang pergi arah kanan, baru lah jumpa kawasan paya bakau ini.

Lokasi:

Taman Tanjung Ketapang, 84000 Muar Johor.

IKLAN