Sudah ramai yang teruja dan war-warkan keunikan dan kecantikan Pulau Besar di Mersing, Johor, pantainya cukup indah untuk anda rehatkan minda yang penat.
Singgah Pulau Besar di Mersing Johor
Kalau ikutkan dekat je dari Jeti Mersing. dalam 20-30 minit je naik speedboat. Jadi siapa yang tak tahan naik speedboat lama boleh lah datang sini.
Tak banyak resort kat sini. Jadi ini pilihan yang ada:
– Alun-Alun Island Resort
– Mirage Island Resort
– Bayu Lestari Island Resort
– D’Coconut Island Resort
Tak ada gerai atau kedai makan di sini. Ada 1 gerai burger sahaja. Jadi bab makan, anda kena beli di cafe resort. Alun-Alun Resort tak ada cafe. Kalau amik full board, dia akan bagi packed food.
Malam-malam pun cantik lagi, nak merasa pakej healing, memang sesuai anda datang sini.
Buat anda yang ketagih dengan bau laut dan masih tercari-cari port menarik sekitar Johor, boleh lah datang sini bersama keluarga tersayang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lari Dari Kesibukan Kota, Singgah Sekejap Di Sementra Nature Resort Gopeng
Nak merasa duduk resort dalam hutan, boleh ke Sementra Nature Resort, Gopeng. Bukan sahaja dikelilingi suasana pokok hijau tetapi ada sungai kecil berdekatan resort.
Risau jauh? Jangan risau, perjalanan dalam dua jam setengah sahaja jika anda dari Shah Alam.
Sementra Nature Resort
Masuk ke dalam area resort dari simpang utama lebih kurang 10km, anda akan jumpa banyak campsite dan resort/chalet lain sebelum sampai sini.
Anda yang suka berdamai dengan alam semula jadi, ini adalah pilihan staycation menarik untuk anda lepak dengan keluarga tersayang atau rakan-rakan sejiwa.
Suasana bilik memang terbaik, ada balkoni menghadap forest dan menghadap tasik. Tetapi televisyen dan internet ikut nasib. Kejap ada dan tak ada.
Minimalist, sesuai untuk anda yang suka dengan suasana lapang tidak serabut.
Jangan risau, tetap ada pool untuk anak-anak layan main air dan sungai pun ada. Lepas lah untuk celup kaki.
Makanan anda tak perlu risau, sarapan pun disediakan. Maklum lah, tempatnya agak ke dalam, jadi mungkin ada yang risau nak beli makanan susah. Tetapi jika nak bawa kudap-kudap lebih, pun bagus. Nak-nak anda yang ada anak kecil.
Layan rama-rama cantik sejenak, memang boleh layan mood bercuti dari kesibukan kota. Bersambung menjamu mata dengan suasana persekitaran bersih, bangun pagi boleh hirup udara segar.
Owh ya, tempat ini sesuai untuk anda bawa anak-anak merasa dunia camping. Nanti kalau balik Perak, singgah lah ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Private Pantai di Sutera Sanctuary Lodge, Ini Pilihan Homestay di Kundasang
Sutera Sanctuary Lodge Manukan, terletak di Taman Tunku Abdul Rahman. Ada dua beach iaitu public beach untuk orang awam (day trip) dan Tambun beach untuk anda yang menginap di sini.
Sutera Sanctuary Lodge
Namun, yang agak berbeza di sini ialah perkhidmatan bertaraf hotel yang mereka sediakan. Bukan sahaja tampak teratur dan mewah, juga lengkap dengan restoran, kedai cendermata dan reception.
Feel dan vibe di sini lebih kepada Hunter’s lodge atau kabin pemburu. Dengan penggunaan kayu sebagai motif utama, memang nampak rustic tetapi masih kekal mewah dan selesa.
Perjalanan dari Sutera Marina jetty ke Manukan ambil masa lebih kurang 30 minit menaiki bot.
Sampai jak jetty manukan kena beratur untuk bayar tiket masuk Taman-Taman Sabah, Rm5/head untuk local 18 tahun ke atas. Bawah 18 tahun kena bayar RM3 sahaja.
Check in boleh masuk jam 2pm, dan check out jam 12 tengah hari. Kemudian bab harga bilik boleh check di Agoda atau direct dari website Sutera Sanctuary Lodges.
Di sini terdapat beberapa lodge. Setiap lodge boleh memuatkan sehingga 3 pax dengan selesa. Lodge-lodge di sini konsepnya sama seperti studio apartment yang mempunyai hanya 1 bilik atau ruang tidur.
Setiap lodge di datangkan bersama bilik mandi en-suite dan ruang tamu. Sesuai untuk yang berpasangan atau keluarga kecil.
Biasanya bermula dengan harga RM400 hingga RM2k lebih per night. Ada banyak pilihan bilik, jadi jangan risau.
1) Beach suites
Kelebihannya murah sikit, Dekat sama public beach dan dekat dengan restaurant. Maksimum 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.
2) Hillside villa
Sedikit mahal tetapi puas hati pemandangan dengan privasi ngam untuk yang mahu berbulan madu di sini.
Sangat luas villanya sampai bilik mandi pun ada sofa. Dekat dengan Tambun Beach (private) tapi jauh sikit dari restoran.
3) Manukan Villa
Ini untuk anda yang mahu stay 1 family, maksimum 4 orang dewasa dan 1 kanak-kanak yang bawah 1 tahun.
Bagi yang akan bercuti dengan lebih ramai, boleh cuba dapatkan villa. Terdapat beberapa villa di sini yang mempunyai 2 atau 3 bilik tidur.
Setiap satunya didekorasi dengan konsep berbeza namun cukup cantik, dilengkapi dengan ruang tamu dan pantry ringkas.
Alamat: Mt Kinabalu National Park, Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mongolia: Di Tengah Peradaban China & Rusia
Perkongsian foto: Noor Azli Adna (Cekli)
Pengembaraan dan lawatan bersama keluarga merupakan satu kepuasan yang tak terhingga. Apabila anak bongsu saya berumur 7 tahun saya bercadang membawa keluarga saya melawat ke luar negara. Bermula dari tahun 2007 setiap tahun saya lakukan lawatan ke luar negara bersama keluarga. Baru-baru ini saya melawat Mongolia buat kali kedua tapi anak-anak lelaki tidak dapat turut serta kerana masing tidak dapat cuti. Sepanjang lawatan saya ke luar negara, Mongolia terlalu istimewa dan menambat hati saya sekeluarga. Terlalu banyak tempat-tempat menarik dan ada yang tidak dapat di lihat di Negara-Negara lain seperti Nomadic life, Eagle hunter dan Rein deer herder.
Eagle hunter village di Bayan-Ölgii , Barat Mongolia
Festival Helang Emas merupakan acara tahunan di Bayan-Ölgii, Mongolia. Pemburu helang Kazakh (Burkitshi) meraikan tradisi dengan memburu musang atau arnab liar menggunakan helang emas terlatih.
Festival ini diadakan pada minggu pertama Oktober, dan dikendalikan oleh Persatuan Pemburu Helang Mongolia. Festival yang lebih kecil; Festival Helang Altai Kazakh juga diadakan setiap tahun di kampung terdekat pada minggu terakhir September.
Klik gambar
Melawat puak (Dukha) Pengembala Rusa di Khovsgol ,Utara Mongolia
Puak pengembala rusa terdiri daripada kumpulan pengembara kecil, yang masih mempertahankan cara hidup tradisional. Mereka dikenali sebagai Tsaatan, tsachin atau Dukha. Puak pengembala rusa terbahagi kepada dua grup, Barat Taiga dan Timur Taiga. Kedua-duanya boleh dilawat dari pekan Tsagaan Nuur (guna kereta) atau dari Renchinlhumbe (dari Tasik Khovsgol via kuda atau berjalan kaki)
Jika anda mahu kesini sebagai kawan untuk memahami tradisi dan cara hidup lama mereka, anda dialukan datang. Jika tidak, batalkan niat anda. Untuk melawat puak pengembala rusa, anda perlu memberi notis dahulu secara emel ke reindeer@hovsgol.org dengan memberitahu:
- tujuan melawat
- jumlah orang yang datang
- jangkaan lawatan
- tarikh sebenar kedatangan anda
Informasi anda akan ke pusat NGO Mongolia, di Ulan Bator & di Muren, supaya dapat dipanjangkan melalui telefon, telegram atau mulut ke mulut ke Tsagaan Nuur & taiga. Sistem ini bukanlah yang sempurna, jadi anda mungkin mendapat maklumbalas atau tidak, namun anda akan mendapat emel dari NGO, Taiga Nature atau Reindeer Cooperative. Jika tiada maklum balas, sila datang, namun jika ada permintaan untuk mengubah tujuan datang, jumlah orang, atau tarikh kedatangan, maka anda diminta menghormati permintaan ini.
Tiada bayaran dikenakan bagi melawat taiga namun anda digalakkan membawa cendera hati seperti:
1. Makanan dan minuman, jangan bawa alkohol
2. Sediakan sendiri makanan dan khemah. Jangan harap untuk bermalam di khemah mereka.
3. Bawa berkalan ubat yang umum seperti pembalut luka, ubat sapu untuk diberi kepada mereka
4. Rokok, bateri, garam, tepung, dan gula-gula juga digalakkan beri kepada mereka
5. Ambil foto hanya pada hari kedua di taiga. Berkenalan dengan mereka dahulu pada hari pertama.Dan selalu bertanya dahulu.
Klik gambar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI