Kalau singgah Pantai Tanjung Buluh Johor yang terletak di Sedili Kechil, Daerah Kota Tinggi, anda pasti tenang apabila melihat pemadangan indah air menghempas pasir. Cukup puas untuk release tension setelah lelah mencari rezeki.
Pantai Tanjung Buluh Johor
Apa yang menarik, suasana mahal di sini terutama ketika matahari terbit dan terbenam menjadikan pantai ini antara pantai awam yang kerap dikunjungi orang ramai yang ingin beriadah bersama keluarga tersayang. Tempat terjaga dan tiada sebarang bayaran kemasukan dikenakan.
Nak Berkhemah Pun Boleh
Sesuai untuk dijadikan spot bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, di Pantai Tanjung Buluh terdapat kemudahan seperti taman permainan, buaian, banyak tempat menarik untuk bergambar, tapak perkhemahan, bilik air dan tempat bilasan, dan sesuai untuk berkelah di petang hari.
Ramai pengunjung suka singgah sini untuk ‘berootd’ dan layan teduhkan emosi yang penat dengan melihat sekitar lokasi yang tak serabut untuk dipandang.
Lokasi:
Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sabah Sekat Masuk Rakyat Malaysia Bukan Penduduk Sabah Ada Sejarah Perjalanan Ke Korea Selatan
Sabah perluas sekatan perjalanan penumpang dari Korea Selatan mulai 1 Mac 2020 bagi membendung wabak COVID-19.
Walaupun setakat ini tiada seorang pun diuji positif COVID-19 di Sabah, namun, dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kerajaan negeri memperluas sekatan perjalanan ke semua pintu masuk udara, laut mahupun darat berkuatkuasa 1 Mac. Antaranya:
- Warga negara asing dan rakyat Malaysia bukan penduduk Sabah dengan sejarah perjalanan ke Korea Selatan dalam tempoh 14 hari lepas tidak akan dibenarkan memasuki negeri ini berkuat kuasa 1 Mac 2020.
- Mana-mana penduduk Sabah, penduduk tetap dan mereka yang menetap di Sabah menggunakan permit kerja, permit pelajar, pas lawatan sosial jangka panjang atau mana-mana perintah pengecualian, yang pulang dari Korea Selatan, wajib menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
- Perintah sekatan sementara untuk memasuki Sabah juga terpakai kepada semua penumpang transit dari atau melalui Korea Selatan.
- Warga negara Korea Selatan yang masih berada di Sabah dinasihati untuk meninggalkan negeri berkenaan atau kembali ke tanah air mereka sebelum visa mereka tamat dengan hanya satu lanjutan visa untuk maksimum tujuh hari boleh diberikan.
- Penumpang warga negara Malaysia yang menaiki pesawat dari Korea Selatan dibenarkan masuk, begitu juga, tiada sekatan untuk penumpang warga Korea Selatan dan pengembara bukan warga Korea yang tiba dengan penerbangan bukan terus dari Korea Selatan.
- Penerbangan keluar dari Sabah ke negara berkenaan turut dibenarkan.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tonton In Flight Safety Video Dari Malaysia Airlines Terus Teruja Nak ‘Terbang’. Cukup Kreatif & Tersendiri!
Syarikan penerbangan Malaysia atau Malaysia Airlines (MAS) sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, muncul dengan video keselamatan dalam penerbangan baru menggabungkan dunia seni persembahan, budaya dan keselamatan dalam cara yang cukup kreatif dan unik, Satu, Dua, Tiga, Jom! memberikan pandangan baharu untuk video seumpama itu yang pernah dihasilkan.
Menampilkan bakat-bakat seni dan juga figura kebanggaan Malaysia dalam video yang berdurasi selama 7 minit ini, tetap mengekalkan signature Malaysia Airlines dengan kru kabin yang berpakaian baju kebaya cantik mengalu-alukan penumpang untuk menonton video demonstrasi keselamatan dalam penceritaan muzikal sebelum menyampaikan lapan langkah mudah keselamatan dalam penerbangan untuk diikuti oleh penumpang kelak.
Daripada gimnas Olimpik yang menunjukkan kedudukan pendakap sekiranya berlaku kecemasan, kumpulan rock menggesa penumpang supaya tidak merokok di dalam pesawat, sehinggalah watak kelab bola sepak Harimau Malaya yang menyanyikan kepentingan keselamatan tali pinggang keledar.
Konsep video dalam penerbangan Malaysia Airlines yang dipertingkatkan adalah selaras dengan cara kerja baharu dan perjalanan penggunanya, memandangkan keghairahan untuk mengembara terus melonjak apabila sempadan di seluruh dunia dibuka semula. Video tersebut, walaupun pada terasnya menonjolkan kepentingan keselamatan di atas kapal, juga menawarkan pengembara jauh dan luas peluang untuk merasai kehangatan dan kepelbagaian Malaysia, meskipun hanya dalam penerbangan.
Diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina, penerbit, Pengarah dan Pengasas yang memenangi anugerah dari The Enfiniti Creative Universe dan diarahkan bersama oleh Datuk Yusry Abdul Halim, pelakon dan pengarah; yang video menampilkan bintang dan figura Malaysia yang cukup terkenal antaranya termasuk Tan Sri Dr. Mazlan Othman, Ahli astrofizik pertama Malaysia; Farah Ann Abdul Hadi, gimnas artistik; Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Pengasas MERCY Malaysia; Francisca Luhong; Miss Universe Malaysia 2020 dan ramai lagi.
Video itu dihasilkan dengan kerjasama Enfiniti, pernah memenangi anugerah dan mencipta pengalaman bertaraf dunia merentasi hiburan, pelancongan dan pendidikan, video tersebut ditayangkan pada acara yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya.
Turut hadir pada acara tersebut adalah Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May dan ramai lagi tetamu-tetamu kehormat selain krew dan talent yang turut terlibat dalam pembikinan video tersebut.
Video keselamatan terbaru ini akan dipertontonkan kepada penumpang dalam semua penerbangan Malaysia Airline bermula Ogos ini, tapi kalau anda nak tonton video Satu, Dua, Tiga, Jom! ini boleh buat carian di Youtube dan enjoy. Tengok banyak kali pun tak bosan!
Video tersebut dihasilkan dengan kerjasama Enfiniti, kumpulan syarikat Malaysia yang memenangi anugerah mencipta pengalaman bertaraf dunia merentasi hiburan, pelancongan dan pendidikan, dan ditayangkan pada acara yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya.
Nak selesa sepanjang penerbangan, guna earpod ni!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bajet RM620 Untuk 4H3M Staycation Pulau Besar Mersing. Piihan Terbaik Layan Percutian Di Selatan!
Biasanya kita hanya membaca perkongsian mereka yang bercuti di pulau di sebelah Pantai Timur seperti Pulau Redang, Perhentian atau Kapas.
Pemandangan yang sangat indah dengan aktiviti menarik menjadi daya tarikan pengunjung untuk menikmati keindahan pulau-pulau ini.
Namun sebenarnya pulau di bahagian selatan juga tidak kurang menariknya. Misalnya yang terletak di negeri johor, iaitu Pulau Besar atau dulu dikenai dengan nama Pulau Babi terkenal dengan keindahan dan kejernihan air lautnya.
Perkongsian wanita ini di Grup Backpackers Buddies Malaysia mengelar dirinya Cik Kiah memberitahu kunjungannya ke pulau ini pada tahun lalu.
BERCUTI DI PULAU BABI BESAR, MERSING JOHOR
Memandangkan sebelom ni dah banyak kali ke Pulau Redang dan Pehentian, kali ni aku plan nak try pulau belah Johor pulak iaitu Pulau Besar atau dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Jangan risau takda sekor pon babi sondol kat sini. Yang ada hanya keindahan dan kejernihan air laut dia aje. Lawa gila okeh!
Perjalanan dari Kl ke Mersing makan masa dalam 5 jam. Sampai je Jetty Mersing, boat akan bawak kami ke Pulau tu dalam pukul 12.30 tengahari.
Naik boat dari Jetty ke pulau plak ambik masa 30 minit . Dekat la jugak dengan daratan kalau ombak tak besar time tu
Resort yang Yah stay nama dia Mirage Resort Pulau Besar. Pulau ni agak privacy dan tak crowded sebab nya hanya ada 4 resort je kat sini.
Yah pilih Mirage Resort sebab baca feedback semua best dan good review kat Tripadvisor lepastu dia murah sikit dari resort lain. Cam biasa la sebelom book kena la survey dulu review baik ke tak baik.
Apa yang best Mirage Resort ni lebih kepada konsep Kampung Style. Memang macam balik kampong la duk sini. Boleh la main kejar2 dengan ayam, itik dan angsa. Selepas itu sini chill2 dan tak crowded sangat dengan orang. Staff dan manager, Abang Man Coral pon memang sangat friendly dan jaga kami dengan baik sepanjang dekat sini
Untuk pakej pulak Yah amek 4D3N cottage A Frame types hanya RM620 per person. Nak pergi 2 atau 3 hari ke tak ada masalah cuma Yah prefer kalau kat pulau wajib pergi 4 hari sebab takut tak puas kalau kejap sangat.
Semua harga pakej tu dah termasuk
– Accommodation (air-cond)
– Return speed boat (Mersing – Resort – Mersing)
– 2 Breakfast + 1 Lunch + 2 Dinner (3D2N)
– 3 Breakfast + 2 Lunch + 3 Dinner (4D3N)
– Welcome Drink
Sebarang pertanyaan boleh contact kat bawah untuk booking
+6019-789 6355 (Christina)
+6019-777 6355 (Man Coral)
mirageislandresort@gmail.com
Ataupon booking thru website dia http://www.mirageislandresort.com.my/rooms.html
Banyak je aktiviti yang boleh buat dekat pulau ni antara nya, naik basikal keliling pulau, berkayak, snorkeling, memancing, jungle trekking dan berootidi.
Yang rasa nak bercuti tapi tanak bersesak ramai orang tu Yah suggest sini lah tempat yang paling sesuai.
Happy holiday dalam new norma dan patuhi SOP yang ditetapkan ok.
Credit to photographer Joe Haraza
Artikel Berkaitan:
Industri Pelancongan Kembali Rancak. Langkawi & Pulau Di Terengganu Mula Dibuka Untuk Pengunjung!
Mengembaran & Melancong Secara Solo Dengan Selamat, Terutamanya Untuk Kaum Wanita!
10 Lokasi Wajib Lawat Yang Kaya Dengan Pelbagai Tarikan Menarik Di Kelantan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI